Written by AbangNara | April 8th, 2013

Abang Nara sedang kecewa ketika menulis entri ini. Ini kerana pelakon pujaan Abang Nara iaitu Neelofa gagal memenangi sebarang kategori di ABPBH2012 semalam. Memang tersasar jauh ramalan Abang Nara. Kecewa.

neelofa abpbh2012

Namun begitu, Neelofa memang meletup, bling-bling dan memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema “Ledakan Geometri” semalam. Nora Danish juga turut terserlah kecantikannya di dalam pakaian berwarna serba hijau. Yang penting, pakaian mereka berdua tidaklah sepelik Didie Alias.

neelofa abpbh2012

Lagi 6 keping gambar Neelofa dan Nora Danish di ABPBH2012 semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
 
Written by AbangNara | April 8th, 2013

Sementara menanti gambar-gambar berkualiti tinggi daripada jurugambar BeautifulNara, apa kata kita layan dulu beberapa keping gambar yang diambil di Internet. Paling mencuri perhatian sudah tentu Didie Alias dengan bentuk segiempat di kepalanya.

didie alias abpbh2012

Emak Abang Nara hampir terkena serangan sakit jantung apabila melihat penampilan Didie Alias. Abang Nara percaya kalau Lady Gaga tengok pun dia juga akan terkejut. Pasti dia pun tak sangka ada orang yang lebih hebat berfesyen daripadanya. Nak jalan pun tak boleh akibat rambut segiempat itu.
didie alias abpbh2012

Lagi 31 keping gambar sekitar ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 7th, 2013

Nampaknya ramalan Abang Nara memang tersasar untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kali ini. Shaheizy Sam telah berjaya bergelar Bintang Paling Popular kali ini dan merampas kembali gelaran tersebut daripada pemenang tahun lepas Aaron Aziz.

shaheizy sam

Jutaan tahniah diucapkan buat Shaheizy Sam atas kemenangan ini. Juga diucapkan tahniah kepada semua pemenang. Walaupun ada beberapa kejutan, kebanyakan pemenang adalah mereka yang telah memenangi kategori masing-masing untuk beberapa kali.

sam
Semoga kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi masing-masing. Nantikan gambar red carpet ABPBH2012 selepas ini. Tahniah sekali lagi. Apa pula pendapat anda tentang ABPBH2012 kali ini?

Written by AbangNara | April 7th, 2013

Malam ini akan berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012). Acara yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil ini akan disiarkan secara langsung di TV3. Kepada anda yang tidak dapat menontonnya namun menggunakan Internet, bolehlah mengikuti keputusan terkini di BeautifulNara.

abpbh 2012

Abang Nara akan update segala keputusan yang diumumkan di sini. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Twitter BeautifulNara untuk ulasan secara santai. Jangan lupa LIKE Facebook BeautifulNara untuk sama-sama berkongsi pendapat di sana dengan pembaca lain.

KEPUTUSAN TERKINI ABPBH2012

1. Artis Baru Lelaki Popular -  Aiman Hakim Ridza
2. Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
3. Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black & Malique
4. Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
5. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
6. Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz
7. Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal
8. Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
9. Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
10. Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda
11. Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak
12. Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah
13. Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Search
15. Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
16. Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
17. Bintang Paling Popular Berita Harian 2012 - Shaheizy Sam

Tamat sudah ABPBH2012 untuk kali ini. Apa pendapat anda tentang keputusan yang diumumkan? Adakah anda berpuas hati? Sila kongsi pendapat anda di ruangan komen.