“Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus..” – Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi

Kehidupan

“Kita Kena Jadi Tuan Rumah Yang Bagus..” – Pelancong China Riuh Dalam ETS, Pak Nil Dipuji Pandai Kawal Situasi

Seperti yang ramai tahu, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya menjangka ketibaan pelancong dari luar negara ke Malaysia bakal mencecah 27.3 juta bersamaan jangkaan pendapatan sebanyak RM102.7 bilion.

Mengalu-alukan kedatangan

Terbaru, personaliti TV terkenal, Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil berjaya meraih pujian netizen dengan sifat peramahnya ketika berjumpa pelancong.

Advertisement

Dalam video yang dikongsikan melalui TikTok itu, terlihat Pak Nil yang bertembung dengan pelancong asal negara China yang sangat riuh ketika menaiki ETS. Namun begitu, pengacara ini tidak memarahi mereka sebaliknya mengajak salah seorang daripada mereka berbual.

Diaorang cakap kuat, diaorang kan pelancong. Kita kena tunjuk jadi tuan rumah yang bagus, tak boleh lawan dia, kita join lah dia.

 

Kita jangan cakap omputih kita cakap melayu je, kita cuba jadi itik ayam nak? Buat kawan, sebab dia datang negara kita, bawa duit, kita perkenalkan bahasa Melayu kita.

@datukaznilnawawi Pilihan di tangan anda. Nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Kejadian berlaku dalam ETS @KTMB ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Respon netizen

Dalam pada itu, melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Pak Nil bijak mengendalikan situasi tersebut. Mereka juga menyokong cara pengacara ini yang melihatkan imej positif negara kita kepada orang luar.

Excellent example of disarming a tense situation. Steady lah Pak Nil, contoh yang baik.

 

Contoh yang sangat baik. Mesti dia nak datang lagi sebab nak belajar bahasa Melayu sebab susah sangat nak translate.

ss

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

thailand
1 hour ago

4.8 Juta Rakyat Kita Melancong Ke Thailand Tetapi Hanya 1.3 Juta Rakyat Thai Bercuti Di Malaysia. Apa Sebabnya?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...