4.8 Juta Rakyat Kita Melancong Ke Thailand Tetapi Hanya 1.3 Juta Rakyat Thai Bercuti Di Malaysia. Apa Sebabnya?

Travel

4.8 Juta Rakyat Kita Melancong Ke Thailand Tetapi Hanya 1.3 Juta Rakyat Thai Bercuti Di Malaysia. Apa Sebabnya?

Hanya seramai 1.3 juta rakyat negara Thailand bercuti di Malaysia setiap tahun berbanding 4.8 juta rakyat negara ini yang melancong ke sana. Apa sebabnya?

thailand

Advertisement

 

Tak fasih cakap Inggeris, Melayu jadi faktor

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu mewujudkan ketidakseimbangan dan kesukaran berbahasa Inggeris dan Melayu menjadi antara faktor rakyat negara jiran tidak cenderung memilih Malaysia sebagai lokasi percutian.

Pihak Thailand memaklumkan memang ada kesukaran kerana rakyat Thailand agak sukar berbahasa Melayu dan Inggeris berbanding rakyat Malaysia yang lebih fasih berbahasa Inggeris dan ada yang turut menguasai bahasa Thai.

thailand

 

 

Usaha promosi pelancongan perlu ditingkatkan

Sanusi juga berkata usaha perlu ditingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong Thailand seperti melaksanakan pelbagai aktiviti promosi dan penerangan lokasi menarik di dalam negara.

Dalam pertemuan dengan delegasi Thailand diketuai Gabenor Songkhla, Somnuk Promkheaw baru-baru ini, Sanusi berkata mereka membincangkan langkah-langkah untuk mempermudah urusan kemasukan kenderaan perdagangan dari Thailand ke Malaysia.

sanusi

Ujarnya, terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan delegasi Thailand tidak dapat diputuskan kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Persekutuan, namun kerajaan negeri sedia membawa ia ke peringkat lebih tinggi.

Kita juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Sempadan antara Kedah dan Songhkla untuk menyelesaikan isu dibangkitkan kedua pihak bagi kebaikan bersama terutama dalam sektor perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya.

Dalam pada itu, Sanusi berkata satu lawatan balas akan diadakan daripada kerajaan negeri Kedah ke Songkhla pada masa terdekat dan turut memohon wakil agensi Persekutuan turut serta bagi menyelesaikan isu di bawah bidang kuasa mereka.

pasar siti khadijah
2 months ago

"Sedih Takda Orang, Orang Tak Mari Dah.." - Pasar Siti Khadijah Kini Sepi Tiada Pelancong, Semua Pakat Pergi Hatyai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...