“Apa Yang Rosak Kita Perbaiki Saja” – Cukup Beristeri Satu, Datuk Red Nasihat Para Suami Jangan Kahwin Dua

Kehidupan

“Apa Yang Rosak Kita Perbaiki Saja” – Cukup Beristeri Satu, Datuk Red Nasihat Para Suami Jangan Kahwin Dua

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan suami kepada penyanyi hebat, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red memberi pesanan kepada para suami.

Jangan kahwin dua

Dalam video tersebut, Datuk Red ketika menghadirkan diri sebagai tetamu di stesen radio Zayyan menasihati para suami untuk tidak berpoligami.

Advertisement

Katanya, berdasarkan pengalaman mempunyai dua isteri, dia merasakan para suami hanya perlukan satu isteri saja.

Nasihat saya tak payah lah (kahwin dua). Apa kurangnya dia (isteri), ubahlah sendiri. Apa yang rosak, kita perbaiki saja lah.

Biar urus 10 syarikat

Dalam pada itu, Datuk Red berkata untuk menguruskan hal rumah tangga dengan mempunyai dua isteri bukanlah satu perkara yang mudah.

Saya sebagai ahli perniagaan, ibaratnya biar lah kita uruskan 10 syarikat.

Sekadar info, Datuk Red sudah bernikah sebanyak tiga kali, di mana isteri pertama diceraikan selepas tidak lama kemudian mendirikan rumah tangga bersama Datin Red.

Manakala, Adira Suhaimi pula dijadikan isteri pada tahun 2015, di mana mereka bernikah di Songkla, Thailand.

datuk red
6 days ago

"Tak Boleh Nilai Saya Dari Media Sosial.." - Datuk Red Pulang Ke Rumah Datin Red Raya Ketiga, Masih Berlaku Adil Sebagai Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...