Abby Abadi Percaya Anak Perempuan Bermadu Sebab Nak Elak Maksiat – “Marissa & Aslam Belajar Agama Dari Kecil”

Hiburan

Abby Abadi Percaya Anak Perempuan Bermadu Sebab Nak Elak Maksiat – “Marissa & Aslam Belajar Agama Dari Kecil”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkata dia percaya keputusan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim untuk bermadu adalah kerana ingin mengelakkan maksiat.

Abby yakin anak bermadu nak elak maksiat

Ujar Abby, Marissa dan suami, Aslam mengambil langkah itu secara bersepakat memandangkan kedua-duanya bersekolah agama sejak kecil lagi.

Advertisement

Saya tak boleh jelaskan sampai sekarang kenapa dia pilih poligami. Mungkin masing-masing belajar agama, saya nampak mereka cari jalan halal untuk elakkan maksiat.

Saya kenal Aslam dah lama, anak-anak sekolah agama dan keluarga pun latar belakang agama. Bapanya ustaz, kita kenal daripada sekolah rendah dan kenal adik beradiknya.

Sudah mula menerima kenyataan

Katanya lagi, dia kini sudah mula menerima kenyataan mengenai hakikat anaknya yang memilih hidup bermadu meskipun dia tidak pernah bersetuju dengan kehidupan poligami.

Saya tak tahu tentang orang lain, sejujurnya saya tak boleh berkongsi tapi benda yang saya tak nak, ujian itu kena pada anak saya Marissa.

Semua orang pun, kalau diberi pilihan mesti tak mahu berkongsi kasih sebab saya pernah bersembang dan bergurau dengan dia untuk cari suami macam mana.

Terdahulu, Marissa Dania dan Aslam telah dilaporkan bernikah di Thailand pada 27 Disember 2023.

Aslam pada ketika itu mempunyai isteri bernama Umisya, menjadikan Marissa sebagai isteri kedua lelaki itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Eyka Farhana
1 hour ago

"Pada Mulanya Saya Agak Keberatan..." - Eyka Farhana Kongsi Detik Perkenalan Dengan Akhyar Rashid, Selesa Jalani PJJ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...