Can You ‘Chop’ This Letter?

1. Can you ‘chop’ this letter (Sampai sekarang pun Abang Nara rasa still ada buat kesilapan mudah ini.  Tahu tak apa perkataan yang sepatutnya digunakan instead of ‘chop’?)

2. Repeat again (hahaha. Ini memang sampai sekarang Abang Nara buat lagi. Ah, malunya….. Cuba teka apa perkataan yang sepatutnya digunakan?)

Antara kesilapan lain yang Abang Nara pernah buat ialah menggunakan ayat “Open the Fan”. Sepatutnya “Switch on the Fan”. Kadang-kadang memang nampak remeh kesalahan ini, tapi sebenarnya agak memalukan juga apabila di”kantoi”kan oleh orang lain. Oleh sebab itu, Abang Nara berjanji menggunakan Bahasa Inggeris yang betul di masa hadapan.

ohmyenglish

Dan Abang Nara ingin mengajak anda semua untuk berjanji tidak melakukan lagi kesilapan-kesilapan bahasa Inggeris seperti di atas melalui laman web www.ohmyenglish.com.my. Setakat ini sudah 1721 janji yang telah dibuat dan kebanyakan memang benda-benda yang “simple”. Abang Nara percaya korang pun ada janji yang nak dibuat untuk bercakap bahasa Inggeris dengan lebih baik kan?
ohmyenglish

Sebagai permulaan untuk penggunaan Bahasa Inggeris yang lebih baik, Abang Nara nak mengajak anda semua menonton rancangan Oh My English! pada setiap hari Ahad jam 10 pagi bermula 20 Mei ini menerusi saluran Astro TVIQ. Rancangan Oh My English! ini pasti seronok kerana ianya disampaikan secara santai dan di dalam bentuk komedi. Abang Nara jamin anda semua akan bergelak ketawa sambil belajar menggunakan Bahasa Inggeris dengan cara yang betul.
ohmyenglish

Let’s speak better English. Let’s promise to do it at www.ohmyenglish.com.my.

 
 

Ady Putra Failkan Permohonan Cerai, Nafi Wujud Orang Ketiga

Rasanya baru saja  membuat entri tentang ulangtahun perkahwinan Ady Putra dan isterinya yang ke-enam.

Namun hari ini Harian Metro melaporkan yang pelakon Ady Putra mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah, 11 Mei lalu.

Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.

Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut namun yang pasti dia dan isteri tiada persefahaman.

Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.

Ady menambah mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.

Kiranya agak mengejutkan juga berita ini kerana Ady dan isteri tampak bahagia saja sebelum ini terutamanya semasa jelajah ABPBH yang lepas. Namun yang empunya diri lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupnya.

Semoga Ady dan isteri menemui kebahagiaan selepas ini.

 

(5 GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Berbulan Madu Di New York

Masih tidak banyak gambar berbulan madu yang dikongsi oleh pasangan pengantin baru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Mungkin mereka berdua ingin berkongsi kegembiraan menghabiskan masa bersama di New York selepas selamat pulang ke Malaysia kelak. Buat masa ini, Abang Nara berjaya mengumpulkan 5 keping gambar honeymoon mereka.

gambar honeymoon awal dan scha

Terserlah kebahagiaan di wajah mereka berdua. Namun Abang Nara paling jeles apabila melihat gambar Scha di Statue of Liberty. Terasa nak terbang ke New York hari ini jugak. Hehehe. Lagi 4 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

Pixie Lott Live In Malaysia 26 Mei Ini

Anda yang menggemari artis antarabangsa seharusnya gembira kerana hampir setiap bulan mereka turun ke Malaysia untuk membuat persembahan. Selain daripada Jason Mraz pada 19 Jun ini, Pixie Lott yang popular dengan lagu All About Tonight bakal membuat persembahan di KL Live Centre pada 26 Mei ini.

pixie lott

Mungkin ada di antara yang tidak mengenali Pixie Lott. Secara jujur, Abang Nara pun tak berapa kenal namun selepas mendengar dan melihat video klip All About Tonight di bawah, Abang Nara terus jatuh cinta dengan Pixie Lott.

Sekiranya anda memang peminat setia Pixie Lott namun tidak berkesempatan menghadiri showcasenya pada 26 Mei ini, jangan risau kerana Pixie Lott akan turun padang untuk sesi autograph di Rock Corner, The Curve pada 27 Mei bermula jam 2 petang. Pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan untuk beramah mesra dengan Pixie Lott secara up close and personal di hari tersebut.

pixie lott

Untuk info cara mendapatkan tiket ke showcase Pixie Lott, sila ke laman web Universal Music Malaysia ataupun LIKE Facebook Universal Malaysia.

 

6ixth Sense Terus Bawa Lagu Positif

Selepas berjaya dengan single Penerang Hati bersama Saujana, 6ixth Sense kembali dengan lagu-lagu berunsur islamik, kali ini dengan single Cintaku Padamu Seluas Angkasa. Lagu berbentuk selawat ini merupakan single terbaru yang bakal dimuatkan dalam album terbaru 6ixth Sense, Damai Yang Hilang yang khabarnya akan dipasarkan Jun ini.

sixth sense

Gjie, selaku gitaris utama 6ixth Sense, ketika ditemui baru-baru ini di Restoran Sofea Wangsa Maju, menyebut usaha untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur islamik ini telah lama mereka perjuangkan.

Antara lagu kami dahulu yang memiliki genre yang hampir serupa ialah lagu Cinta Matiku dan lagu duet bersama Letto, Cinta Yang Sempurna. Kedua-duanya lagu ketuhanan. Kini kami kembali dengan lagu-lagu berunsur nasihat agar kami dan semua peminat mendapat pengajaran dan manfaat. Moga usaha kami mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.”

Apabila ditanya tentang perkembangan terbaru, Gjie mengakui mereka masih sibuk dengan program realiti VERSUS TV9 dan akan kembali fokus pada promosi album terbaru apabila selesai Versus Final pada 8 Jun kelak. Antara rangka promosi yang diaturkan pihak Universal Music ialah tour IPT, showcase TentangKita bersama perunding motivasi Nizal Mohamad dan Idzhar Jumali, serta siri berbuka puasa bersama peminat dan media.

Abang Nara dah dengar lagu Cintaku Padamu Seluas Angkasa menerusi video klip di atas. Sememangnya lagu tersebut menenangkan jiwa dan berkonsepkan ketuhanan seperti yang telah dikatakan. Respek kepada 6ixth Sense yang terus memperjuangkan genre lagu sebegini.