Written by AbangNara | December 24th, 2013

Pejam celik pejam celik, tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Seperti tidak percaya 2014 sudah mengintai daripada pintu kamar. Adakah azam anda untuk tahun 2013 sudah tercapai? Apa pula azam tahun 2014? Apa yang menarik telah terjadi dalam hidup anda sepanjang 2013? Apa pengalaman pahit dan manis tahun ini? Banyak betul persoalan yang bermain di minda.

tahun 2014

Seperti biasa, Abang Nara kongsikan 10 artikel yang paling popular iaitu yang mendapat komen terbanyak daripada anda semua. Berikut ialah artikel-artikelnya:-

Bagi Abang Nara, tahun 2013 memang penuh dengan kejutan untuk dunia hiburan tanah air. Antara kisah-kisa menarik yang tak boleh Abang Nara lupakan ialah Shila Amzah putus cinta, Afiq Muiz derhaka, Fizz Fairuz bertunang dengan orang lain, Ashraf Muslim kahwin dua dan Johan As’ari bercinta dengan Lana Nordin. Secara jujur banyak kontroversi yang tak disangka muncul pada tahun ini. Namun kesemua kontroversi ini sedikit sebanyak telah menceriakan dunia hiburan Malaysia.

ashraf muslim

Untuk tahun 2013, BeautifulNara sekali lagi mendapat tempat di dalam Google Zeitgeist 2013. Berada di kedudukan keempat untuk carian mobile terbanyak, ia adalah satu pencapaian mengkagumkan kerana menewaskan nama besar seperti AirAsia, Kosmo dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua yang menjadikan ini satu kenyataan.

Nantikan beberapa lagi artikel untuk menyingkap apa yang telah terjadi di dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apa pun, semoga tahun 2014 yang akan menjelma menjadikan kita semua insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Teruskan membaca BeautifulNara dan kalau boleh, komenlah dengan secara berhemah.

23 responses to BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013

  1. CIK CINTA says:

    LIHAT PENCARIAN TU TAK TERDAPAT PUN UTUSAN MELOYA…… HAHAHAHA……. BERCABAN-CABANG KISAHNYA

    0

    0
  2. peanut says:

    kami suka BN sb boleh gaduh2 manja.
    Tahniah! Nara..

    0

    0
  3. zaia says:

    Ye menceriakan dan menambahkan dosa yg mengutuk huhu..

    0

    0
  4. apa pun tak bley says:

    Moga nara bertambah kayo.. leh beli bmw 7 siries plak..

    0

    0
  5. nok gebuzzz says:

    suke baca komen2 dlm BN,kadang2 tersenyum sdiri..ketawa sdiri….walaupon abg Nara suke copy paste..huhu!!

    0

    0
  6. fara says:

    bang nara, gosip pasal nouri ramli tu patutnya xde dlm list pun..sbb halfway komen dah yang merepek2..dah off topic. bukan komen pasal gosip tu pon…

    0

    0
  7. Tahniah Abg nara. Semoga murah rezeki dan bertambah amal ibadat

    0

    0
  8. Aiman Tak Kisah says:

    5 artis/selebriti/yang perasan artis pun ado paling menyampah sepanjang 2013 :

    (1) Skandal Adi Putra & Suaminya
    (2) Bini Mat Yo
    (3) Ashraf Muslim
    (4) Bini Ke2 Ashraf Muslim
    (5) Johan Ashaari

    0

    0
    • zean yes says:

      gossip JOHAN ASHAARI paling menyampah sekali! suka mainkan perasaan perempuan! kejap2 tukar girlfriend! paling latest dia dah putus cinta dgn Si LANA NORDIN…kalau ada Anugerah Artis Playboy Tahun 2013 pemenangnya mmg si Johan Ashaari.

      0

      0
  9. zaia says:

    adoi smpi skang tak ada update terbaru?
    hehehe.tadi aku gi cari artikel lama2 nk tau dari bila aku start buka BN.
    dah masuk 2014 dh nie..huhu..Sapa yg masih ingat dari tahun bila dia start komen kat BN?x ada kan??xD. aku pun x ingat tp dr masih belajar smpi skang dh keje still buka BN lg cuma x kerap la.
    tadi aku gi baca beberapa gossip lama n komen korang2 yg dulu,hahaha lawak n nostalgianyanya ntah hidup ke lagi pengomen yg lain-lain tu.

    0

    0
  10. amy says:

    semoga maju jaya abg nara

    0

    0
  11. Sabri Ali a.k.a Nick says:

    Halaman ini lebih best daripada segala macam rancangan hiburan termasuk MELODI di TV3.

    0

    0
  12. layann aje la.. says:

    suka bkk BN sbb cara nara susun blog die.. blog gosip lain pening cara nk scroll

    0

    0
  13. intan says:

    sbgai suri umah yg rilek 24jam,
    suka layari web BN time kt tv citer mcm hampeh..

    0

    0
  14. Nasoha says:

    Insaflah nara, adakah kau bangga dengan kedudukan tertinggi sebagai penyebar berita fitnah dan menjatuhkan maruah orang, menyebar gambar-gambar wanita tidak menutup aurat dan mengghairahkan. Carilah rezeki halal agar selamat dunia dan akhirat.

    0

    0
  15. […] BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013 (20) […]

    0

    0