Written by serenity | March 27th, 2013

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.

Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.

Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.

Filem Mencari Cinta diarahkan oleh Shirin Khuzaimi dan dijangka mulai ditayangkan pada 25 April ini.

Bagi yang masih belum menonton, boleh saksikan treler filem Mencari Cinta di bawah:-

***

439 responses to Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora Danish Timbulkan Kontroversi

  1. rahsia says:

    dah nasihat2 org isu agama tetiba masuk isu politik, bodoh betul..nasihat guna agama dah la..tak payah nak libatkan hal politik plak, ntah ape2 jek..

  2. Mumui says:

    Blakon je pon ni kcoh2…lain ler dpan Mata sendiri real barulah mulut cam tapir…aduhhhhhh.,kecoh lh..dan2 orq yg duk ngata nora lg teruk ke luar sne….hihi hai..bingatlah dosa sendiri yerrrrr..

  3. dd says:

    eh eh eh. pelix2. filem DUKUN yang aku tunggu2 tak lulus2 katenye sbb sentuh sensitiviti masyarakat. tapi filem yang sentuh sensitivti agama macam nie boleh pulak. Thumbs up Finas. ADIL SANGAT!

  4. intim4ever says:

    bagi aku sape nak tengok atau tak nak terpulang kepada akal masing2. yg aku risau tu yang dok komen kuat-kuat tu ada nengok gambar yang boleng abis tak kat internet…heheheh, jgn mare!

  5. kipasmejanational says:

    apa nak jadi la filem Msia ni..dah takde org bijak agama untuk dirujuk atau memantau ke? pelakon2 terutama pelakon muslim jgn lah bagi alasan2 bodoh seperti “ikut script”, “arahan pengarah”, “tuntutan kerja”, etc..apakah tuntutan kerja kamu itu jauh lebih utama berbanding agama kamu? atau kamu sememangnya dah tak ada agama? penaja, penerbit, pengarah, penulis script, crew, dan tah sapa2 lagi yg terlibat dalam filem2 yang berunsur maksiat mcm ni pun sama bangang..korang ingat korang ni holliwood sgt ke? artist holliwood tu dah sah2 la semua bukan Islam..itu pun masih ada masyarakat barat non-muslim apatah lagi muslim yg mengutuk filem2 barat yg transform menjadi filem lucah, semata2 untuk menarik penonton..kenapa perlu ada scene di atas katil? kenapa perlu ada scene berpeluk2, bermesra etc? untuk apa? kalau tunjuk secara metafor pun penonton faham! jgn diperbodohkan penonton seolah2 mereka ni terlalu bodoh utk memahami, dalam masa sama impian yahudi untuk merosakkan umat islam terlaksana! malu saya baca jawapan rusdi ramli..itu baru satu..belum lagi baca alasan penuh mereka2 yg terlibat..harap kerajaan produksi yg buat filem2 ada unsur mcm ni..cantas org2 yg sebegini dari industri filem Msia yg semulajadi tak sihat tu.

    • Anonymous says:

      Org yg bikin filem tu cuma nak gambarkan kehidupan org yg sebenar kot..ya la..sekrgni ramai manusia yg dah x macam manusia dia..depan je baik..blkg perangai macam hantu..pelakon x salah la…mereka hanya melakonkan..

  6. princess77 says:

    makin rosak filem Msia..kalau yg buat filem, pengarah, pelakon dan semua terlibat tu non-muslim taklah rasa apa sgt sbb mereka non-muslim..tapi kalau dah nama pengarah pun nama melayu Islam, pelakon pun melayu Islam..sedih rasanya..sebab Islam tak ada ruang dalam hati & hidup mereka, sedangkan agama itu perkara paling penting dalam diri kita. saya berharap sgt semoga filem2 sampah mcm ni tak ditayang..sepatutnya penapisan fielm ambil tindakan..

  7. Mr.M says:

    Kes ni yang tak sebesar mana pun nak bising. Nora Danish tahu apa yang dia buat. Tak perlu orang lain nak komen itu ini pasal dia.

  8. Anonymous says:

    dosa & pahal ND dia sendiri yg tangung, buruk baik ND hanya allah yang tahu..kau ada????

  9. Anonymous says:

    Dah artis..kerja diorg laksanakan tugas yg di arah..korang sibuk nape..entah2 u org lagi teruk belakang tirai kan..kan

  10. azrul says:

    salam sejahtera…
    1) Sauadara zed zaidi pergi tgk muka dan nilai sendiri layakkah kamu menjadi ketua bagi artis kerana kamu gagal mendidik artis di bawah naungan kamu untuk membezakan antara lakonan dan pelacuran.

    2) Kepada JAKIM ubahlah agama anda semua, aku haramkan setiap sen duit gaji aku yang aku bayar cukai untuk bayar gaji korang. Nama jerk ketua agama tapi mcm hampeh…kalau berani ambiklah tindakan yg sewajarnya.