Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Awie Hanya Tahu Cabang Perniagaan Kelab Malam, Cari Rezeki Untuk Keluarga

Walapun ada pihak yang mempertikaikan tindakan Awie menjalankan perniagaan kelab malam yang bertempat di Ipoh, Perak, Awie mendakwa dia mempunyai perancangan untuk membuka tiga lagi cawangan kelab malamnya yang dipanggil Malai Rock Station.

Menurut mStar Online, Awie merancang membuka cawangan kelab malamnya Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang.

Advertisement

Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh.

Awie berkata berkata begitu kerana tidak puas hati dengan pihak media yang bertanyakan perkara tersebut semasa malam gala filem Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dekat sini malam Selasa lepas.

Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.

Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?

Tambah Awie lagi:-

Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?”

Begitu pun, kami tidak memahami apa yang susah dengan membuka perniagaan nasi lemak sehingga Awie rasa tercabar untuk menubuhkannya kerana kami tahu ada peniaga nasi lemak yang tidak mempunyai pendidikan tinggi pun mampu membukanya. Kata orang, tak hendak seribu dalih. Lagi beberapa keping gambar suasana di Malai Rock Station dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P/S: Salam Maulidur Rasul dari kami di BeautifulNara untuk pembaca-pembaca BN!

Advertisement



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top