Written by AbangNara | May 21st, 2013

Gila. Ini memang kenyataan gila daripada Eina Azman. Tak sangka perkataan “kurang siuman” akan keluar daripada mulut Eina. Bagi Abang Nara, ini sudah tahap kurang ajar dan tidak beradab langsung. Memang sangat mengecewakan.

eina azman

Korang bacalah sendiri kata-kata yang dikeluarkan oleh Eina Azman menerusi Sinar Harian ini:-

Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut…sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah

eina azman
Malah Eina memberitahu yang Afiq membenarkan dia menyaman ibunya untuk mempertahankan hak. Kata Eina lagi:-

Afiq OK saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab dia (ibu Afiq) sudah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh. Tapi tak apa, kita teruskan (saman). Kita tengoklah nanti siapa, menang siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah. Boleh tanya dengan Afiq, sepanjang masalah ini, siapa yang ada dengan dia? Mak dia ke keluarga dia ke atau Eina dan keluarga Eina? Memang Eina tak ada masalah dengan Afiq. Sehinggalah mak dia mencetuskan kontroversi murahan seperti ini. Pada Eina, ini adalah kontroversi murahan yang meminta simpati

Kepada Eina, tak perlulah untuk anda melabel ibu seseorang sebagai “kurang siuman”. Rasanya Eina ini perlu pergi kelas belajar nak keluarkan kenyataan. Jangan main sedap mulut je. Banyak hati yang perlu dijaga. Kang tak pasal-pasal anda makin dibenci kerana mengeluarkan kenyataan bukan-bukan.
ronasutra
P.S: Lebih cantik, lebih menawan dan lebih bergaya bersama mineral makeup Ronasutra. Memang sudah terbukti keberkesannya. Cubalah hari ini. Info lanjut layari www.ronasutra.com atau LIKE Facebook Ronasutra.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.