Written by AbangNara | July 22nd, 2013

Minggu lepas dan minggu ini pastinya topik paling hangat di dalam dunia hiburan Malaysia ialah perkahwinan Ashraf Muslim. Suami kepada Dayana ini telah melangsungkan perkahwinan keduannya dengan Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.
gambar kahwin ashraf muslimNamun begitu, menerusi BiPop semalam, Ashraf Muslim menafikan yang mereka berdua kahwin lari. Sebaliknya menurut Ashraf, perkahwinan di Thailand tersebut turut dihadiri oleh ibu bapa Wan Sakinah. Kata Ashraf:-

Ya memang betul saya berkahwin seorang lagi pada 7 Julai lalu di Thailand dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Kami berkahwin di luar negara dengan mengikut syarak. Ini bukan kahwin lari sebab saya berkahwin dengan Wan Sakinah mendapat restu ibu bapanya. Malah, ibu bapa Wan Sakinah juga bersama kami ketika majlis pernikahan di Thailand itu. Malah ada juga ahli keluarga saya yang turut bersama dalam rombongan kami ke Bangkok. Jadi, saya nafi kahwin lari, cuma kami berkahwin di luar negara dan mendapat restu ibu bapa Wan Sakinah dan keluarga saya.

wan sakinah

Apabila ditanya alasan mengapa tidak memberitahu Dayana dan bapa mertuanya mengenai hasratnya untuk berkahwin di Bangkok, Ashraf Muslim menerangkan:-

Saya ada alasan mengapa saya tidak boleh beritahu terlebih dahulu mengapa saya pergi ke Bangkok. Takkan saya nak beritahu, saya nak ke sana untuk kahwin lagi. Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini. Hari itu, apabila saya hantar surat permohonan poligami pun sudah jadi kecoh, jadi saya fikir, perkara ini kena teruskan dengan cara baik dan senyap-senyap asalkan ia bukan kahwin lari dan mendapat restu.

Selepas pulang dari Bangkok, memang niat saya untuk beritahu Dayana mengenai hal perkahwinan saya dengan Wan Sakinah, tetapi masa sesuai belum ada… tetapi apa nak buat, Dayana tahu hal ini terlebih dulu apabila melihat salinan dokumen dalam beg pakaian saya. Dia yang kemaskan beg dan pakaian saya, tentulah dia terjumpa dokumen dalam beg. Dayana minta penjelasan, jadi saya berterus terang.

ashraf muslim

Apabila ditanya soalan “Sebelum ini, Ashraf buat permohonan poligami untuk bernikah seorang lagi di dalam negara. Jadi kenapa pula bernikah di Thailand?“, Ashraf Muslim menjawab:-

Ada sebab kenapa saya dan Wan Sakinah tukar perancangan untuk bernikah di Thailand. Saya harus cakap, saya terpaksa pilih cara ini. Tapi, saya tegaskan, kami bukan kahwin lari. Emak dan bapa Wan Sakinah juga pergi ke sana bersama kami. Ini bukan kahwin lari tetapi keadaan yang menyebabkan saya terpaksa tukar rancangan. Alhamdulillah… keluarga mereka terima saya dengan baik. Cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa).

Panjang lebar penjelasan daripada Ashraf Muslim kan? Kalau nak baca yang lebih panjang, sila dapatkan naskhah BiPop semalam. Daripada gaya penjelasan Ashraf, nampak seperti dia dan Wan Sakinah telah pun merancang perkahwinan ini dalam waktu yang panjang. Apa pun, tahniah diucapkan atas perkahwinan anda berdua. Semoga berbahagia.

P.S: Gambar Honda Fit/Jazz 2014 yang rasmi. Nampak menarik!!!

431 responses to Kami Bukan Kahwin Lari – Ashraf Muslim

  1. KeraniNyanukSukaMainGameBola says:

    Sekinah ko xrespect dayana..n ko bleh plak bg knyataan putar alam kate dayana bg ko kwin eh? sllu ko covr story pon ko putar alam la ye.. suka twist knyataan org la kn.
    si ustaz xyah la defend2 si sekinah, sah2 ko tgh mabuk cinta sekinah so defend la kn..
    so, dua2 putar alam..manusia btopengkn syaitan. Sekian.

  2. perempuan terluka says:

    geramnya baca.. boleh cakap cuma, Wan Sakinah tentulah juga berasa sedih sekarang kerana tidak sangka boleh kecoh begini (berita dalam media massa). Abih, buat macam tu Dayana x sedih ke??? Dayana lagi sedih dari Wan Sakinah… kat sini pun dah nampak x adilnya…

  3. PI says:

    ‘Saya ada sebab, sebab mudahnya saya tidak mahu kecoh-kecoh urusan ini.’

    Eh cik abang, bukan ke dlm Islam perkahwinan kena diuar2kan utk mengelak fitnah? apa daa. tgk sekarang jadi apa?

  4. geram says:

    aishhh… mak ayah sakinah ni stuju bg restu sbb ashraf tu artis agak nye…. nk2 plak die tu ala2 alim la sgt kan…. ce klu ashraf tu bkn artis?? mamat biasa jer.. kerja pun cikai2 je… muka tak handsome… ader mak ayah die nk bg restu??? sakinah ni tak payah lah nk sedih sgt…. rasa kene madu tu lagi perit n sedih… nk2 plak kene tipu cm ni…. korang ni mmg dh rancang awal2 nk kawen… klu tak takkan dh ader baju pengantin bagai…. klu si ashraf n sakinah ni bg tahu awal2 maybe tak lah keruh cm ni… maybe dayana tu tak sesedih cm skang ni…. ustaz azhar kawen ramai gok… tapi tak lah buat bini2 terawal die sedih… bg tahu dgn jujur lah… tak payah nk tipu2…. dayana tu bukan robot nk tipu2…

  5. jamal says:

    Well done bro…,
    pedulikan org ckp. laki klau nak poligami x perlu mnta izin isteri, pak mertua pun x perlu. ini hak kita jnji pasni adil. sy pun mcm ni dlu dah lama2 ok dua2 madu dh bleh trima. syok kwin dua ni betul p ramlee ckp – sperti dunia ana yg punya.

    hrp bahagia lps ni

  6. Anonymous says:

    Dayana akan dapat yang lebih baik..Inshaallah…

  7. unknown says:

    Macam dalam movie ceritanya.

  8. Nabilah says:

    Saya rasa Ashraf ni patut diam je sebab lagi banyak statement dia keluar lagi bangang rasanya.. memang tak da masalah ko nak kawen .. kawen la tetapi sebagai seorang lelaki yang membawa imej2 “baik” seharusnya tindakan tu selari dengan imej kau tu..

    For sakinah,mesti puas hati janji dah kawen.. doesnt matter laa kawen dekat mana pun.. mak pak pun setuju kan.. if saya la terjatuh hati sekali pun dengan suami orang… i nak dengan cara yang betul, kawen secara proper dah kate kawen kan.. x kan nak lari sana sini.. kalau mak pak dah izinkan buat la majlis yang ok skit kt negara sendiri..takkan u tak de nak merasa kawen macam orang len.. nampak sangat gelojohnye nak kawen.. x leh sabar ye… isk isk.. tapi tak pe kan janji dah jadi isteri kepada ashraf kau dah puas..

    saya cuba nak bercakap dengan komen yang baik memandang kan bulan pose ni tapi rasa malu sebab ada spesies perempuan macam ni.. Wishing u all the best moga bahagia ye.

    Wishing u all the best.. pls read this comment..

  9. The truth says:

    Pergi mampos sama lu la Ashraf Muslim! Phuiiihh! Hati wan sakinah perampas tu sedih, ko kisah. Hati Dayana? Ada ko kisah? Kalo ko kisah, ko x kawen sembunyi2 dr dia kt Siam sane.

  10. nur says:

    assalamualaikum.. :)

    Sdra Ashraf selaku suami harus menjadi contoh yang baik untuk isteri dan keluarga. Alasan Ashraf untuk menikahi Wan Sakinah kerana Dayana masih belum mampu memberikan zuriat? Sekiranya selepas 3 tahun hidup bersama Wan Sakinah dan masih belum di kurniakan anak, adakah Ashraf akan berkahwin secara senyap lagi di Thailand? Wan Sakinah tak perlu berasa sedih kerana apa yang jadi sekarang adalah kerana tindakan diri sendiri. Perasaan Dayana yang kecewa, hancur luluh apabila mengetahui penipuan yg dilaukan oleh suaminya sendiri tak mungkin dapat di bandingkan dengan perasaan sedih Wan Sakinah akibat gosip kecoh di media massa. Zalim apabila kita sebagai manusia meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. sama seperti keadaan Sdra Ashraf & Dayana. Dayana masih lagi ister pertama dan pada pendapat saya Sdra Ashraf seharusnya bertindak jujur pada Dayana mengenai perancangan perkahwinannya bersama Wan Sakinah. Walau apa pun alasan yang Ashraf utarakan, Ashraf tetap BERBOHONG pada Dayana & keluarga mertua. Talian hubungan perkahwinan itu suci, tidak kisah di mana pernikahan terjadi, hanya keredhaan Allah yang ingin kita cari. Namun rosaklah suatu hubungan yang terjadi atas dasar penipuan, bukan sahaja kita, Allah s.w.t juga murka dengan pembohongan.Besar dugaan Dayana sebagai seorang isteri yang masih setia walaupun di perlakukan seperti boneka. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk Dayana tabah menghadapi segala ujian. Semoga Wan Sakinah sedar akan musibah dari tindakannya yang melulu untuk segera bernikah di sempadan negara. Semoga Ashraf sedar kekhilafan beliau dan cuba perbaiki diri untuk memimpin dua wanita ke arah yang di redhai. Benar, manusia biasa tak semua sempurna, ada cacat celanya. Dan mungkin bukan Dayana sahaja yang mengalami keadaan seperti ini, namun kita harus jadikan ini sebagai iktibar untuk kita mjalani hidup berkeluarga.

  11. sakinah says:

    Memang benar aku lah cinta hati nya
    tiada guna kalian menafikan segala
    simpan saja marahmu utk menghina
    berhentilah dari nanti kalian kecewa

    Maafkan diri ku o andai kau terasa
    ikhlas ku katakan niat ku yg suci

    Tidak perlu utk kau menghina lagi
    sememangnya cinta dia yang ku nanti
    dan andai nya kau masih terus membenci
    jgn harap utk ku mengalah pergi

    Memang benar ku katakan asyraf milik ku
    biar pun kau mengganggu dia setia padaku
    sudah jgn kalian cuba utk terus mencaci
    kerna aku tak selemah yang kalian sangka

    Bukan sudah ku kata kan asyraf milikku
    biar apa dikata dia tetap kan ku cinta
    mmg sukar dipercaya harus kau terima
    kerna hanya diriku berhak di atas cintanya

    Bukan nya maksud ku terlanjur bicara
    maafkan diriku andai kalian terasa
    ikhlas ku katakan niat ku yg suci
    utk pertahankan perkahwinan ini

    hehehe…jom ubah lirik

  12. ZIOE says:

    sabarlah semua wahai pengkritik….ini pengajaran terbaik serta contoh untuk kita semua..nasib orang kita dah nampak..buruk n busuknya juga kita dah hidu..jangan ditambah lagi..walaupun aku pun xsuka,menyampah juga..meluat rasa….kepada lelaki-lelaki diluar sana….ambil iktibar….ok!!

  13. ZIOE says:

    awal-awal lagi dah tak adil….camno nni? taubat la..minta ampun banyak-banyak dengan D..rasanya raya tahun ni AM yang kena cium tangan D…ohhh pada syurga diwajahmu… tiada tanda kau berdosa…biar aku cium tangan mu…..

  14. insan yang alpa says:

    takpayah la nak kata2 kat org, koang belum tau masa depan korang, itu hidup dia, takdir dia.

  15. mat telengkup kejar puki says:

    sebuk dgn ppoan, akhirnya perempuan2 juga yg meluat tengok. Dari nak jadi playboy, casanova – *lover*, terus ke *fucker loser* of the year……KKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

  16. Anonymous says:

    iiiiiii dulu minat sgt dgn asyraf muslim ni….dh lh handsome,baik plk tu…. tp skrg iiii geram sgt tgk asyraf muslim ni

  17. Everything is very open with a really clear clarification of the challenges.
    It was truly informative. Your site is extremely helpful. Thanks for sharing!

  18. saje nak komen says:

    boring…

  19. saje nak komen says:

    susahnye soklan maths ni….