Written by serenity | February 1st, 2013

Kalau semalam ND lala menerusi Harian Metro telah mengeluarkan kenyataan agar Sharnaaz Ahmad,pelakon yang dikaitkan sedang bercinta dengan anaknya Shila Amzah tidak biadap dan menghormatinya dan isteri sebagai ibu bapa Shila, Sharnaaz melalui portal Murai telah membalas kenyataan tersebut:-

Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.

Banyak orang pun kenal siapa dia, tapi orang malas hendak cerita. Dan, janganlah gunakan media untuk bercakap tentang hal ini. Hal peribadi, biarlah kita selesaikan secara peribadi. Jadilah seperti seorang lelaki.

Isu ini mula timbul apabila Sharnaaz mengumumkan Shila sebagai bakal isterinya di media maka dengan sebab itu mengakui dia mengongkong Shila. Tambah Sharnaaz lagi:-

Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.

Sharnaaz turut menyatakan yang keputusan untuk berkahwin di tangan Shila, bukan di tangan bapanya:-

Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

Dalam hal ini, saya sebenarnya kesian pada dia. Sebab, dia sebenarnya yang memalukan diri sendiri dengan cara dan tindakannya yang terlalu insecure itu. Tak perlulah hendak jadi insecure sangat.

Saya rasa biarlah dia yang bercakap. Sebab, keputusan terletak di tangan dia. Malah, dia pun dah besar panjang. Malah, yang saya hendak kahwin pun dengan dia, bukan dengan bapa dia. Jadi, tanyalah tuan empunya badan sendiri.

Makin hangat nampaknya situasi ini apabila Sharnaaz memberikan komen sebegini. Cuma mungkin, cara Sharnaaz ini akan menyebabkan ketegangan yang lebis serius antara dia dan bapa Shila.

Orang kata, ambil hati orang tuanya dulu, kalau hendak pinang anaknya. Bukan begitu?

560 responses to Sharnaaz Balas Kenyataan ND Lala – Tak Usah Pusing Cerita

  1. nora says:

    perkara ni dah lama berlalu. sharnaaz pun tak mahu memanjangkan konflik yang tak berasas ni. Ini semua gara2 para media yang kian aju soalan soalan berkaitan hubungan nya dengan shila. Jadi apa yang telah berlaku adalah satu salah faham antara sharnaaz dan n.d. lala tanpa berfikir lebih lanjut akan kesudahanya. Itu lah, apa pun kena ambil sikap lebih berhati hati apabila menjawab soalan dari pihak media sebab silap silap nanti akan jadi isu sensasi yang amat di cari oleh media.

  2. anonymous says:

    nampaknya ramai manusia yang memandang serong kepada sharnaaz. Kesiannya. Dia pun ada ibu bapa yang telah membesarkanya dengan didikan yang sempurna. Cuma keadaan yang mendesaknya berlagak begitu. Lagi pun dia selalu sangat akhir2 ini di aju soalan tentang keintimanya dengan shila pada akhir2 ini. Kerana kurang teliti dan ikut jawab saje, maka jadi lah pelbagai kontroversi. Kalau lah sharnaaz lebih berhati hati dalam menjawab soalan dari media, mungkin dia terselamat dari kekusutan ini. Malang memang tak berbau. Hard luck sharnaaz. May you and shila get together again as before. Yang bisa boleh diperbetulkan dengan memohon maaf antara ketiga tiga kalian. Itu lah perbuatan yang sebaik baik nya untuk mendapat kerahmatan didunia dan akhirat.

    • shashiee says:

      beb…lom ape2 dah maki2 anak org kat twitter ape hal…? mmg ler dia ader mak bpk…tp mulut dia tu terlampau celupar sgt…ko mmg nak kawen ngan anak dia….so lepas kawen parents dia ko abaikan ker…. mana soal2 agam yang ko belajo waktu sekolah dulu….adat org muda ngan org tua…? sape yg start kan benda2 ni…bukan sharnaaz ker???

  3. gudgirl says:

    dia ni x sesuai d jadikan menantu. belum ape ape dah bidas ND LALA.
    Kalo agak2 ND LALA tuh xsuka kt kau, berubah la amek hati ND LALA.
    ni kau nak mgata dia lg.
    mmg cnfrm cnfrm la kau kena reject.
    pada SHILA, ayah u dah nmpk yg shrnaz ni xsesuai tok u.
    dulu mase keluar dlm rcgan TV, u siap kata akan cari calon suami yg mcam AYAH u.
    tp right now ? mana jnj2 u?

  4. Orang says:

    Tu la pg berlakon citer Juvana tu ND Lala ingat ko jahat mcm dlm citer tu kot.kuikuikui

  5. nana tanjung says:

    Tak dinafikan kenyataan sharnaaz mmg biadap tp ND Lala pun sama biadapnya. Nk ckp shrnaaz biadap ckp lah betul2 dpn muka sharnaaz, call dia ke, atau sms ke. Mungkin dia boleh terima kesilapan dia. Ini tak, si ND Lala terus bg tau media. Dia pikir perasaan dia je, perasaan mak bapak sharnaaz dia tak pikir langsung. Tentu dia org pun terguris hati tp yg bagusnya Dato’ Basir Ahmad dan datin sgt cool, sikit pun tak balas balik kat si ND. Itulah ciri-ciri orang terhormat dan ada pelajaran..

  6. al kelangi says:

    Kita kalau nak kahwin dengan anak orang kena sabar, tak boleh panas baran. Dalam hal ini ND LALA dipihak yang benar dia adalah ‘wali nikah’. Walau apa pun kata ND lala shanaz kena ikut, kalau anak anaknya, kalau tak nak tak perlu buat kenyataan. Dia berjaya didik anaknya, dia yang tentukan jodoh anaknya, lagi pun sharnaaz ni masih mentah, barang kali kurang tahu adat ketimuran dan terbawa2 dengan dialog dalam lakunannya.

  7. myname says:

    aku rasa bongong jer dgn si ayah dia tu anak dia tu dah la pakai tudung dah berpeluk dengan jantan tu , kluar surat khabar majalah sana sini. Tapi tiba-tiba nak putus tunang . tak ke si ND lala tu fikir anak dia tu dh kena lelaki tu peluk sana sini tiba-tiba nak putuskan tunang …

  8. katjakaviar says:

    Hey! Quick question that’s entirely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My web site looks weird when browsing from my iphone 4. I’m trying to find a template or plugin that might be able to resolve this issue.
    If you have any suggestions, please share. Thanks!

  9. WHITNEY says:

    MEMANG BIADAP PUN, KALAU AKU JADI SHILA, WALAUPUN ND LALA SALAH ATAU ADA KEKURANGAN, TAPI KALAU JANTAN YANG BELUM ADA APA2, DAH BIADAP BEGINI…. SORRY TO SAY, BABAILAH…. BAIK KAHWIN DGN LELAKI BUDIMAN MCM ADAM AF… BYK BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK