BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013

Hiburan

BeautifulNara Sepanjang Tahun 2013

Pejam celik pejam celik, tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Seperti tidak percaya 2014 sudah mengintai daripada pintu kamar. Adakah azam anda untuk tahun 2013 sudah tercapai? Apa pula azam tahun 2014? Apa yang menarik telah terjadi dalam hidup anda sepanjang 2013? Apa pengalaman pahit dan manis tahun ini? Banyak betul persoalan yang bermain di minda.

tahun 2014

Advertisement

Seperti biasa, Abang Nara kongsikan 10 artikel yang paling popular iaitu yang mendapat komen terbanyak daripada anda semua. Berikut ialah artikel-artikelnya:-

Bagi Abang Nara, tahun 2013 memang penuh dengan kejutan untuk dunia hiburan tanah air. Antara kisah-kisa menarik yang tak boleh Abang Nara lupakan ialah Shila Amzah putus cinta, Afiq Muiz derhaka, Fizz Fairuz bertunang dengan orang lain, Ashraf Muslim kahwin dua dan Johan As’ari bercinta dengan Lana Nordin. Secara jujur banyak kontroversi yang tak disangka muncul pada tahun ini. Namun kesemua kontroversi ini sedikit sebanyak telah menceriakan dunia hiburan Malaysia.

ashraf muslim

Untuk tahun 2013, BeautifulNara sekali lagi mendapat tempat di dalam Google Zeitgeist 2013. Berada di kedudukan keempat untuk carian mobile terbanyak, ia adalah satu pencapaian mengkagumkan kerana menewaskan nama besar seperti AirAsia, Kosmo dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua yang menjadikan ini satu kenyataan.

Nantikan beberapa lagi artikel untuk menyingkap apa yang telah terjadi di dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apa pun, semoga tahun 2014 yang akan menjelma menjadikan kita semua insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Teruskan membaca BeautifulNara dan kalau boleh, komenlah dengan secara berhemah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...