Written by AbangNara | December 30th, 2013

Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.

mizz nina tudung

Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?

mizz nina tudung

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

mizz nina tudung

Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

Written by AbangNara | December 30th, 2013

Menariknya gambar-gambar bulan madu yang dikongsi oleh Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri.  Mereka berdua telah terbang ke Eropah dan antara tempat yang dilawati ialah Istanbul dan Rome. Abang Nara suka melihat gambar-gambar bangunan yang dilawati oleh mereka. Penuh informasi sejarah. Kagum Abang Nara melihatnya.

gambar bulan madu jovian

Antara tempat yang paling menarik pada pandangan Abang Nara ialah bangunan Hagia Sophia. Bangunan ini adalah gereja yang telah ditukarkan kepada masjid setelah ditawan oleh empayar Uthmaniah. Jadi boleh dilihat gabungan kedua-dua agama iaitu Kristian dan Islam padanya. Best kan?

gambar bulan madu jovian

Tak sabar rasanya nak melihat lebih banyak gambar-gambar daripada pengantin baru ini. Kalau anda berminat, boleh ikuti Instagram Jovian Mandagie dan Instagram Nina Ismail Sabri. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepeuhnya.

P.S: Michael Schumacher dilaporkan koma akibat kemalangan ski

 
Written by AbangNara | December 30th, 2013

Rasanya semua orang tahu yang Izreen Azminda satu ketika dahulu pernah bercinta dengan Johan As’ari. Kalau anda tak tahu, satu ketika dahulu, Johan pernah mengajak Izreen bertunang. Namun seperti yang anda boleh agak, hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Izreen bahagia di samping suami dan anak tercinta.

izreen azminda nasihat johan

Tampil menerusi Mstar Online hari ini, Izreen menasihatkan Johan agar berhenti mempermainkan hati wanita. Kata Izreen:-

Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya.

Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing

izreen

Hehehe. Sepatutnya Johan sebagai seorang lelaki tak perlu dinasihatkan bab-bab cinta ini. Tak apalah. Kita tak tahu sama ada Johan benar-benar mencintai mereka yang pernah terlibat dengan dirinya atau sekadar main-main cinta sahaja. Apa pun, tahun 2014 tinggal 2 hari sahaja lagi. Semoga tahun ini Johan meletakkan “taknak mainkan hati perempuan lagi” sebagai salah satu azamnya. Hehehe.

reiza

P.S: Maxi dress bukan sahaja dipakai ke majlis tertentu, malah untuk pakaian harian yang selesa. Padankan maxi dress yang ringkas ini bersama heels/wedges dan handbag kegemaran kamu, dan kamu bersedia untuk ke pejabat mahupun shopping :). Layari www.edz.com.mywww.facebook.com/eightdesignswww.instagram.com/edzmalaysia

Written by AbangNara | December 29th, 2013

Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.

gambar resepsi fizo omar

Secara jujur, Abang Nara suka melihat Fizo Omar kerana dia adalah seperti seorang ikon kepada remaja Malaysia. Bermula dengan lakonan, kini Fizo telah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Bukan mudah, namun sikap Fizo yang tidak pernah putus asa dan gigih berusaha harus dicontohi ramai.

gambar resepsi fizo omar

Apa pun semoga dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, majlis resepsi perkahwinan Fizo dan Mawar lebih diberkati dan dirahmati. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.