Written by AbangNara | December 26th, 2013

Pening juga kepala Abang Nara dengan si Johan As’ari ini. Kadang-kadang bila baca kenyataan yang dibuat olehnya, memang macam tak masuk akal. Bila membaca kata-kata Johan menerusi Kosmo hari ini, nampak macam orang berilmu. Namun bagi Abang Nara, walaupun jodoh itu memang sudah ditetapkan, sedikit sebanyak usaha yang kita lakukan menentukan siapakah jodoh kita.

johan dan lana

Kata Johan:-

Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.

Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini

Yang tambah memeningkan Abang Nara apabila Johan memaklumkan dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. Terang Johan:-

Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.

Ramai yang beranggapan bahawa Johan selama ini sengaja mencari publisiti murahan dengan mengumumkan percintaan, kemudian putus. Perkara ini sudah terjadi beberapa kali. Johan menafikan perkara ini. Katanya:-

Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan

johan

Pendapat Abang Nara, jangan hanya salahkan takdir Allah semata-mata. Akan tetapi kalau dah sampai 3,4 kali perkara yang sama berulang, mesti ada “something wrong somewhere”. Apa kata Johan tanya hati sendiri sama ada benar-benar ikhlas mahu mendirikan rumahtangga atau masih belum bersedia sepenuhnya. Empunya badan pasti akan tahu jawapannya. Tak gitu?

P.S: Spyshot Perodua Alza 2014

Written by AbangNara | December 26th, 2013

Serius comel sangat Lisa Surihani pakai topi penutup kepala kerana ingin menahan kesejukan yang sedang melanda kota London. Cute sangat-sangat. Teringat kenangan Abang Nara ketika belajar di Korea dulu. Masa winter memang sejuk tak ingat punya. Nak keluar rumah pun malas. Asyik berselimut je. Hehehe.

lisa surihani di london

Pasti Lisa dan Yusry seronok menghabiskan masa hujung tahun di kota London. Sekali sekala bercuti selepas penat bekerja sepanjang tahun apa salahnya kan? Inilah “reward” untuk diri sendiri. Boleh kira ini sebagai honeymoon jugaklah untuk Lisa dan Yusry. Hehe.

lisa surihani di london

Buat Lisa dan Yusry, teruskan memakai baju tebal sepanjang berada di London. Jangan demam atau selsema pulak. Semoga selamat pulang kelak. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Rebat Touch N go bernilai RM49 juta tidak dituntut

 
Written by AbangNara | December 26th, 2013

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Respek dan kagum Abang Nara dengan Lana yang akan meneruskan hasratnya untuk berubah menjadi seorang muslimah yang baik walaupun perhubungannya dengan Johan As’ari sudah tamat. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!

lana nordin berubah

Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-

Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik

lana bertudung

Alhamdulillah. Abang Nara pasti hasrat Lana Nordin pasti disenangi orang ramai dan akan dipermudahkan. Entah-entah di kala sedang berubah, akan ada hati lelaki yang terpikat pada dirinya. Dan mana tahu lelaki tersebut benar-benar jujur dan ikhlas mahu membimbing Lana. Sama-samalah kita doakan. Teruskan perubahan anda wahai Lana Nordin.
lana bertudung

P.S: Abang Nara suka sangat dengan koleksi pakaian daripada www.misclaire.com. Bukan apa, walaupun berbadan besar, anda akan tetap nampak elegan dan bergaya dengan fesyen mereka. Saiz paling besar dijual sehingga 8XL. Malah MisClaire siap ada buat “outdoor shooting” untuk tunjukkan bagamana pembeli boleh gayakan pakaian mereka ketika di luar. Jangan lupa follow Facebook Misclaire dan Instagram Misclaire untuk mengetahui produk terbaru dan promosi terkini mereka.

Written by AbangNara | December 25th, 2013

Lana Nordin nampak tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka. Berkata kepada Berita Harian, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Nasib baiklah putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

lana nordin dan johan as'ari putus

Kata Lana Nordin:-

Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.

lana nordin dan johan as'ari putus

Diharap Lana Nordin redha dan pasrah dengan apa yang terjadi terhadap dirinya. Jangan sedih-sedih. Tak perlu kecewa dengan perhubungan yang separuh jalan ini. Kalau betul seseorang itu mahukan kita, pasti dia akan berusaha sekeras mungkin untuk menjadikan ia kenyataan. Abang Nara yakin ada jodoh yang lebih baik buat Lana di masa hadapan.