Written by AbangNara | December 31st, 2013

Mungkin ramai yang tidak mengenali siapakah gerangan Azura Zainal ini. Pernah menjadi pengacara untuk program Studio Disney, Azura juga merupakan seorang penyampai radio. Ramai juga rakan-rakan Abang Nara yang pernah ada “crush” terhadap Azura. Tidak dinafikan kecomelan wajahnya memang mampu mencairkan hati ramai lelaki.
gambar nikah azura zainal28 Disember lalu, Azura Zainal telah pun sah menjadi isteri kepada Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva. Pasangan sama cantik sama padan ini disatukan di dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Suka Abang Nara tengok mereka berdua. Lebih-lebih senyuman Azura apabila dicium suaminya. Bahagia sangat-sangat.
gambar nikah azura zainalSemoga perkahwinan Azura Zainal dan Ibrahim Cristiano kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah diucapkan atas perkahwinan ini. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ketua Menteri Pulau Pinang bakal miliki Mercedes

 
Written by AbangNara | December 30th, 2013

Lusa tahun 2013 akan pergi meninggalkan kita. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik tahun 2014 akan menjelma. Seperti biasa, dunia hiburan Malaysia dikejutkan dengan kisah-kisah kontroversi, panas dan tak masuk akal sepanjang tahun 2013. Marilah kita sama-sama mengimbau kisah-kisah tersebut (tidak mengikut turutan kejadian).

kisah paling sensasi

1. Terputusnya hubungan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad

Hubungan percintaan yang terbina selama ini akhirnya terlerai jua selepas halangan daripada ND Lala, iaitu bapa kepada Shila Amzah. Menariknya Shila turut sama dilaporkan melarikan diri dan kemudian telah berkongsi sebuah video dirinya menyanyikan lagu “Ombak Rindu” ketika kontroversi ini berlaku. 

2. Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang

fizz fairuz tunang

Memang tak masuk akal tetapi itulah kenyataan. Fizz Fairuz mengambil keputusan untuk bertunang bukan dengan Almy Nadia, tetapi seorang isteri orang. Dikatakan terkena “buatan orang”, status tunangnya itu hanya diketahui selepas 4 hari pertunangan dilangsungkan. Pelik tapi benar kan?

3. Kontroversi Afiq Muiz dengan ibunya, Eina Azman turut dapat tempias

Dalam kontroversi Afiq Muiz dan ibunya, teman tapi mesra Afiq iaitu Eina Azman turut mendapat tempiasnya. Apa tidaknya, Eina Azman dalam satu kenyataan menyatakan yang emak Afiq “kurang siuman kot“. Afiq turut enggan meminta maaf sehingga berkata sanggup mati daripada sanggup disumpah ibu kandungnya.

4. Ashraf Muslim kahwin satu lagi dengan Wan Sakinah

ashraf

Terkejut seluruh peminat industri tanah air apabila Ashraf Muslim telah berkahwin seorang lagi dengan Wan Sakinah. Perkahwinan tersebut telah dilakukan di Bangkok tanpa izin isteri pertamanya, Dayana. Dikecam teruk oleh para peminatnya, kini Ashraf Muslim sedang bahagia menunggu saat kelahiran cahaya mata pertamanya yang dikandung oleh Wan Sakinah.

5. Shahrizal Jaszle ditangkap khalwat

Shah Jaszle yang sudah bertunang dengan Redzwani Puteri telah mengejutkan semua pihak apabila ditangkap khalwat dengan seorang wanita yang bernama Farah. Akibat penangkapan itu, pertunangan diputuskan. Ketika perbicaraan, Farah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat, sementara Shah Jaszle minta dibicarakan. Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini.

6. Wawa Zainal dan Aeril Zafrel “kantoi”  berkahwin dan ada anak
aeril wawa

Ini ialah kisah yang paling kelakar bagi Abang Nara untuk tahun 2013. Beria-ia kata diri difitnah, ada cubaan dijatuhkan dan itu semua tipu, akhirnya Aeril dan Wawa tidak dapat berselindung lagi dengan bukti perkahwinan dan kelahiran anak mereka. Punca merahsiakan perkahwinan mereka ialah kononnya takut dengan tindakan oleh MIG, iaitu pihak pengurusan Wawa.

7. Johan As’ari lamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu

Setelah dikaitkan mempunyai kisah cinta dengan Shila Amzah, tup-tup Johan As’ari tampil membuat pengakuan bahawa telah melamar Lana Nordin untuk dijadikan isterinya selepas 3 hari bertemu. Ku sangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tak sampai sebulan “bercinta”, Johan As’ari mengakui telah memutuskan hubungan dengan Lana Nordin. Cinta “touch n go” barangkali?

8. Skandal Adi Putra dan Nooraida

Imej baik pelakon Adi Putra tercalar apabila satu laporan polis menyatakan dirinya bertukar-tukar gambar tidak senonoh dengan isteri orang yang bernama Nooraida. Kes ini kemudiannya diklasifikasikan sebagai “no further action”. Namun suami Nooraida berkeras mahu meneruskan perbicaraan kes ini. Tidak lama kemudian, Nooraida diceraikan suaminya dengan talak satu.

9. Video isteri Mat Yo dan pak guard

isteri mat yoWalaupun tidak termasuk di dalam golongan artis, tak lengkap rasanya jika tahun 2013 tidak disenaraikan gelagat isteri Mat Yo yang bersikap kurang ajar terhadap seorang pak guard. Walaupun telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, banyak pihak yang mengecam dan kecewa dengan tindakan isterinya yang jelas tidak menghormati orang tua.

10. Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akhirnya bercerai

Setelah turun naik mahkamah bertahun-tahun lamanya, akhirnya Rita Rudaini sah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Aidil Zafuan menerusi SMS. Kini Aidil khabarnya dalam perancangan untuk berkahwin buat kali kedua dengan Zareema Zainal. Sementara itu Rita pula sedang sibuk memperjuangkan hak nafkah anak-anaknya di mahkamah.

Begitulah kisah-kisah, kontroversi dan suka duka yang melanda dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apakah kisah kegemaran anda? Apakah yang paling membuatkan anda terkejut? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan para pembaca BeautifulNara yang lain.

 

Written by AbangNara | December 30th, 2013

***(sila baca artikel ini sambil mendengar lagu Amoi Cantik atau Gadis Ayu)

Kawan-kawan Abang Nara ramai yang menyatakan kecairan hati mereka apabila melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.
felixia yeap bertudungNamun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang Abang Nara nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.
felixia yeap bertudungBaru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. Abang Nara tertarik dengan kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.

Sama-samalah kita doakan agar Felixia Yeap terbuka hati dan diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti. Doakanlah juga agar wujudnya seorang lelaki Islam yang benar-benar ikhlas mendampingi dan membimbingnya ke jalan yang benar. Pada pendapat Abang Nara, janganlah kondem, jatuhkan, kutuk atau hina Felixia. Berilah peluang kepadanya untuk berubah. Sekurang-kurangnya Felixia mencuba. Tak gitu?
felixia yeap bertudung

Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.

 
Written by AbangNara | December 30th, 2013

Khabar angin Stacy memeluk agama Islam seringkali bertebaran di dunia Internet. Ini mungkin kerana desas-desus percintaan antara dirinya dan Akim Ahmad. Banyak peminat yang mahu melihat mereka berdua disatukan atas ikatan suami isteri. Bagi Abang Nara, Stacy dan Akim umpama pinang dibelah dua. Memang sama cantik sama padan.

stacy dan akim

Namun bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih buat Stacy yang beragama Kristian sejak dari kecil. Menurut Stacy, andainya dirinya memeluk Islam satu hari nanti, ia adalah ikhlas dari hati dan bukannya kerana mahu berkahwin dengan Akim. Kata Stacy kepada MalaysianDigest:-

Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa.

Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.

Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam

stacy masuk islam

Bagus pendirian Stacy ini. Respek Abang Nara. Sebaik-baiknya biarlah Stacy mendalami Islam dengan kerelaan hati. Lebih manis jika bertukar agama kerana kemahuan diri sendiri. Abang Nara percaya dalam diam Akim ada juga mengajar Stacy serba sedikit mengenai Islam. Semoga satu hari nanti hati Stacy akan terbuka sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan.

 

P.S: Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan PETRONAS My Dream Getaway. 1,000 pemenang dengan jumlah hadiah bernilai RM1.5 juta telah pun disampaikan. 5 pemenang utama telah membawa pulang travel voucher bernilai RM35,000, wang tunai RM20,000 dan point kad Mesra bernilai RM15,000. Senarai penuh pemenang dah hadiah yang diberi ada di Facebook PETRONASBrands.

Kalau anda tak terpilih untuk menang dalam pertandingan PETRONAS My Dream Getaway ini, jangan risau kerana sekarang ini sedang berlangsung pertandingan Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX. Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun best-best belaka. Jangan lupa layari www.like2savefor.my/fuelledbyfans/ untuk mengetahui cara-cara menyertai pertandingan ini. Abang Nara pun dah join. Korang bila lagi?