(TAHNIAH)Lisdawati Kini Hamil 4 Bulan

Hiburan

(TAHNIAH)Lisdawati Kini Hamil 4 Bulan

Alhamdulillah. Makin murah rezeki Lisdawati sejak berhijrah memakai tudung bermula Mei yang lalu. Terbaru, Lisdawati telah mengesahkan dirinya hamil 4 bulan. Isteri kepada Fauzi Nawawi ini telah pun melahirkan 2 cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 5 dan Nur Aina Fazneesya, 4. Harap-harap dapat “baby boy” pulak kali ini.

lisdawati hamil 4 bulan

Advertisement

Untuk makluman anda, Lisdawati kini sudah pun berusia 35 tahun. Menariknya kehamilan kali ketiga ini menyaksikan Lisdawati agak “moody” dan alahan. Kata Lisdawati kepada Sinar Harian:-

Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak ‘moody’ tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian.

Walaupun hamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan ‘menyorokkan’ perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat.

lisdawati bertudung

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisdawati dan keluarga untuk kehamilan kali ini. Jangan kerja berat sangat. Pastikan dapat rehat yang secukupnya. Yang penting, jangan lupa makan minum walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran drama. Tahniah sekali lagi buat Lisdawati dan Fauzi Nawawi atas kehamilan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...