Written by AbangNara | December 25th, 2013

Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
lana nordin dan johan putus cintaBagi Abang Nara,Johan sepatutnya harus lebih bersabar dan berusaha untuk memenangi hati kedua ibu bapanya. Nampak seperti mudah sangat putus asa. Ikuti kata-kata Johan di bawah:-

Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.

Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.

Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.

Memang benar restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Namun Johan menegaskan perpisahan ini adalah berpunca dari dirinya,bukan ibunya.

Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.

Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.

Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.

lana dan johanAbang Nara pasti Lana Nordin sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Iyerlah sebelum ini Johan beria benar ingin menjadikan Lana sebagai isterinya. Nampak gaya memang tiada jodoh. Namun Abang Nara pasti ramai lagi lelaki di luar sana yang mengimpikan Lana Nordin menjadi kekasih/isteri mereka. Sabarlah Lana!!!

Written by AbangNara | December 24th, 2013

Wow. Ramai sungguh tetamu yang datang mengerumuni majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang diadakan di Butik Fareeda Pulau Pinang. Bukan senang untuk bersua muka secara “live” dengan Fizo dan Mawar, jadi Abang Nara memahami keterujaan mereka yang hadir. Majlis ini telah berlangsung pada 22 Disember yang lalu iaitu pada hari Ahad.

gambar resepsi fizo mawar

Pengantin baru ini baru sahaja pulang daripada berbulan madu di Eropah. Walaupun kepenatan, Abang Nara respek dengan semangat Fizo dan Mawar melayan keletah peminat mereka. Pasti para peminat gembira dan terharu dengan layanan mesra pengantin ini.

gambar resepsi fizo mawar
Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi Fizo Omar dan Mawar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Fareeda.

 
Written by AbangNara | December 24th, 2013

Pejam celik pejam celik, tahun 2013 hampir sampai ke penghujungnya. Pantas sungguh masa berlalu. Seperti tidak percaya 2014 sudah mengintai daripada pintu kamar. Adakah azam anda untuk tahun 2013 sudah tercapai? Apa pula azam tahun 2014? Apa yang menarik telah terjadi dalam hidup anda sepanjang 2013? Apa pengalaman pahit dan manis tahun ini? Banyak betul persoalan yang bermain di minda.

tahun 2014

Seperti biasa, Abang Nara kongsikan 10 artikel yang paling popular iaitu yang mendapat komen terbanyak daripada anda semua. Berikut ialah artikel-artikelnya:-

Bagi Abang Nara, tahun 2013 memang penuh dengan kejutan untuk dunia hiburan tanah air. Antara kisah-kisa menarik yang tak boleh Abang Nara lupakan ialah Shila Amzah putus cinta, Afiq Muiz derhaka, Fizz Fairuz bertunang dengan orang lain, Ashraf Muslim kahwin dua dan Johan As’ari bercinta dengan Lana Nordin. Secara jujur banyak kontroversi yang tak disangka muncul pada tahun ini. Namun kesemua kontroversi ini sedikit sebanyak telah menceriakan dunia hiburan Malaysia.

ashraf muslim

Untuk tahun 2013, BeautifulNara sekali lagi mendapat tempat di dalam Google Zeitgeist 2013. Berada di kedudukan keempat untuk carian mobile terbanyak, ia adalah satu pencapaian mengkagumkan kerana menewaskan nama besar seperti AirAsia, Kosmo dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua yang menjadikan ini satu kenyataan.

Nantikan beberapa lagi artikel untuk menyingkap apa yang telah terjadi di dalam dunia hiburan Malaysia sepanjang tahun 2013. Apa pun, semoga tahun 2014 yang akan menjelma menjadikan kita semua insan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Teruskan membaca BeautifulNara dan kalau boleh, komenlah dengan secara berhemah.

Written by AbangNara | December 24th, 2013

Hidup di zaman sekarang ini memang penuh dengan cabaran. Lebih-lebih lagi di kala kesemua barangan naik harga. Terasa hidup ini sangat complicated terutamanya bagi kita yang “middle income”. Kadang-kadang terasa seperti kita tidak menghargai  kehidupan kita sendiri.   Kalau dalam bahasa omputihnya, kita tak “lives the life to the fullest”.

maybank livelifeamplified

Abang Nara adalah seorang pengguna Maybank sejak dari dulu lagi. Memang tiap-tiap hari bukak website Maybank2u untuk check duit. Selalu jugak Abang Nara tengok kot-kot ada contest yang menarik untuk disertai. Tup-tup mulai 1 November hari itu, Maybank dah mula menganjurkan contest #LiveLifeAmplified. Contestnya nampak sangat menarik. Terus Abang Nara join tanpa berfikir panjang.

maybank livelifeamplified

Eh, senang sangat contest #LiveLeIfeAmplified ni”, bisik hati Abang Nara selepas membaca mengenainya di Facebook Maybank. Hanya perlu sebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga-keluarga mengenai kredit kad Maybank 2 Cards. Abang Nara memang pengguna Maybank 2 Cards nie pun. Dah dekat 3 tahun dah. Memang best sebab dapat TreatPoints 5 kali ganda jika berbelanja dalam dan luar negara dengan Maybank 2 American Express Card. Kalau beli belah hujung minggu, dapat lagi 5% weekend cashback. Lagi best hanya perlu bayar one service tax, dapat lifetime fee waiver dan caj kewangan yang dikenakan serendah 8.88% setahun. Abang Nara paling suka kalau beli barang guna EzyPay sebab boleh bayar secara ansuran tanpa sebarang faedah. Terbaik kan?

maybank livelifeamplified

Cara nak sertai contest #LiveLifeAmplified yang bakal berakhir pada 31 Disember ini sangat mudah. Hanya perlu ke applikasi #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank, masukkan details termasuk nombor handphone, tunggu kod pengesahan yang dihantar ke handphone dan tuliskan apakah kemahuan anda untuk mencapai #LiveLifeAmplified. Macam Abang Nara memang teringin sangat nak bercuti di Kepulauan Maldives bersama isteri tercinta. Sambil honeymoon sambil rehatkan badan.

maybank livelifeamplified

Dan untuk berpeluang memenangi grand prize sebanyak RM10,000, apa yang anda perlu lakukan ialah ajak seberapa banyak rakan dan keluarga untuk bersama-sama bermain applikasi #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank. Lagi ramai anda jemput, lagi tinggilah peluang untuk menang. Tak perlu beli apa-apa, tak perlu ada Maybank 2 Cards dan tak perlu cipta slogan untuk menyertai contest ini. Mudah sangat kan?

maybank livelifeamplified

Daripada pengalaman sendiri, Abang Nara suka guna Maybank 2 Cards kerana beberapa sebab. Selain dapat kumpul mata untuk “redeem points”, Abang Nara paling gemar dengan “Travel Coverage” yang disediakan. Kalau kehilangan bagasi atau berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian atau ketidakupayaan, at least ada coverage sehingga RM1 juta. Menarik kan? Itu belum kira kelebihan “retail protection” yang membolehkan Abang Nara tukar balik atau minta “refund” sekiranya tidak berpuas hati dengan barangan yang dibeli. Terbaik gila ah Maybank 2 Cards ini.

maybank livelifeamplified

So far Abang Nara berada di kedudukan ke 15. Masih jauh untuk mengejar yang nombor 1. Namun usaha tangga kejayaan. Abang Nara perlu memenangi RM10,000 supaya dapat #LiveLifeAmplified dan pergi bercuti bersama isteri di Maldives. Kalau nak kumpul duit mahu 10 tahun lagi baru dapat pergi kot. Inilah satu-satunya peluang untuk Abang Nara mengejar impian dan menghargai kehidupan ini.

maybank livelifeamplifiedKita hidup hanya sekali. Hargailah ia. Gunakanlah peluang ini menjadikan mimpi anda satu kenyataan. Ukirkanlah senyuman di wajah anda. Sertai contest #LiveLifeAmplified di Facebook Maybank sekarang juga. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.