Written by AbangNara | December 30th, 2013

Apa yang Abang Nara suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.

mizz nina tudung

Menerusi Pancaindera semalam, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?

mizz nina tudung

Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. Abang Nara turut tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.

mizz nina tudung

Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? Kejujuran dan keikhlasan inilah yang memikat hati para peminat Mizz Nina yang mengkagumi perubahan yang dilakukan olehnya. Kepada Mizz Nina, semoga tahun 2014 akan menjadi lebih baik buat anda dan suami. Teruskan menjadi role model untuk peminat-peminat anda. Tahniah Mizz Nina.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

59 responses to Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina

  1. naruto says:

    wahhh~keep it up miz nina!
    Allah always be with you~
    solute!

  2. melati says:

    terbaik..Tuhan bagi Mizz Nina segala galanya..dari kekayaan dunia dan kekayaan Fikiran…

  3. chantique says:

    jangan cukur kening.

    • nana says:

      kdg2 kening tu natural.. mcm kening sya.. bila ada org tnya cukur kening ke,,,? agak terasalah dn sedih jugk la…

  4. […] Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara […]

  5. zurin says:

    Menyanyi pun aurat ,haram kalau melalak lagi atas pentas

  6. Mah mat sabu says:

    Semua dah ok Alhamdulilah !!!! tapi tolong Jgn buat kening mcm Ustazah abby abdi yea mizz nina !!!!!

  7. comot says:

    asal lah anak-anak orang kaya rupa hodoh-hodoh. adik kembar jejai, nedim, jejai etc

  8. bunga says:

    g usrah plus berpendidikan,lahir dalam keluarga prominent sebab itulah komen n percakapan mizz nina bernas dan tak mengarut,kipidapp miz ninaa..
    tak cam sesetengah retis ummah pprt berlagak syumul ahlil sorga ittew,menagis2 konon dapat hidayah,sejadah melekap kat dahilah,pakai tudung mekap berkati gak,potoshoot kaki meniasrap jugak,,,huh!!
    tggu nowa lak yg bertudong n theroyans…

  9. Miss Umie says:

    Tahniah Mizz Nina! 102 % sokongan dari saya teruskan hasrat murni semoga kekal hingga akhir waktu.ameen..contoh!!!

  10. encikburn says:

    Alhamdulillah syukran ya Allah,tahniah tahniah tahniah..smple n asli je tak stgh artis y tunjuk2 bila dorg bhijab,smogamiz nina d berkati n d tetapkn iman hingga k jannah

  11. […] Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina (57) […]