October 3rd, 2012

Menderma sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Selalunya kita menderma wang ringgit, baju terpakai dan alat mainan kepada mereka yang memerlukan. Namun adakah kita bersedia untuk menderma organ selepas kita meninggal dunia satu hari nanti?

organ

Secara jujur, Abang Nara takut untuk membayangkan badan tough ini dibedah untuk dikeluarkan organ supaya boleh didermakan kepada yang memerlukan. Senang cerita, Abang Nara memang skeptical. Jadi untuk menghilangkan rasa skeptical ini, Abang Nara mencari sedikit info tentang pendermaan organ. Rupa-rupanya memang ada website khas tentang pendermaan organ di www.agiftoflife.gov.my.

organ

Selepas membaca lebih kurang 30 minit di website itu, barulah Abang Nara tahu organ yang boleh diderma ialah jantung, paru-paru, hati dan ginjal. Selain organ, kita juga boleh mendermakan tisu kulit, injap jantung, kornea dan tulang. Pendermaan selalunya dilakukan selepas seseorang itu meninggal dunia kerana tiada risiko (kerana penderma telah meninggal dunia) dan ianya dinamakan pendermaan kadaverik.

organ

Namun hanya mereka yang mati otak (brain death) sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Kalau mereka yang mengalami kematian jantung (cardiac death) hanya boleh menderma tisu sahaja. Apa beza mati otak dan mati jantung? Itu anda kena layari www.agiftoflife.gov.my sebab Abang Nara nak terangkan pun sukar.

organ

Setakat 31 Ogos 2012, sudah 203,497 orang berikrar untuk menjadi penderma organ selepas mereka meninggal dunia. Manakala jumlah pendermaan organ (penderma meninggal dunia) ialah sebanyak 384 orang sejak tahun 1976 sehingga kini. Ini sebenarnya satu angka yang agak rendah jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang seramai 28.3 juta orang. Manakala pada ketika ini, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani transplant (dan jumlahnya meningkat setiap tahun). Sesetengahnya dah menunggu hampir berbelas-belas tahun! Bayangkan macammana perasaan mereka menanti setiap hari. Sedih kan?
organ
Bersempena dengan kempen derma organ ini, Abang Nara nak mengajak anda semua sama-sama berikrar menjadi penderma organ. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.agiftoflife.gov.my. Namun pastikan anda terlebih dahulu berbincang dengan keluarga. Mereka wajib tahu yang anda ingin mendermakan organ selepas kematian anda. Kang tak pasal-pasal berlaku kekecohan pulak kalau anda berikrar menjadi penderma organ tanpa diketahui pihak keluarga. Kepada yang beragama Islam, jangan risau sebab para ulama telah mengeluarkan fatwa harus untuk pendermaan organ sejak tahun 1970 lagi.

organ

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, layarilah dulu www.agiftoflife.gov.my dan YouTube A Gift For Life untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh berinteraksi dengan pihak National Transplant Resource Centre (NTRC) di Facebook NTRC dan Twitter NTRC.
organ
Pendermaan organ adalah satu anugerah kehidupan yang tidak ternilai…..

Advertisement
October 3rd, 2012

Berhubung dakwaan sebuah akhbar semalam yang Jue Aziz telah mendapat hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini semakin serius dengan panggilan sayang, Jue Aziz telah ditemuramah oleh Kosmo! dan mendakwa semua cerita tersebut mengarut dan tidak betul. Menurut Jue, dia sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku.

Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul.

Ditanya mengapa dia tidak mengambil tindakan jika semua gosip itu tidak benar, Jue menjawab:-

Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.

Dia juga mendakwa tahu siapa yang membuat gosip tersebut tetapi tidak mahu mendedahkannya:-

Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.

Ditanya tentang komen orang ramai tentang gosip tersebut, Jue menambah:-

Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil, namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan Allah.

Mengenai perkembangan kerjaya, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Menurutnya, ada tawaran lain yang diterima tetapi buat masa ini dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program tersebut memandangkan dia baru sahaja habis penggambaran episod yang menjalani penggambaran di Sabah.

Bila sudah selesai semuanya, insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.

Advertisement
October 2nd, 2012

Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan hubungan  Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka berdua menggunakan perkataan “sayang” sebagai kata ganti diri.

aidil jue

Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya berkawan dengan Aidil.

aidil

Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak.

aidil rita

Abang Nara cuma berharap agar kalau benar Aidil ada hubungan dengan Jue Aziz seperti yang ditulis dalam Utusan Malaysia ini, biarlah hubungan tersebut dilakukan selepas penceraian. Tak manis kalau bercinta dengan orang lain sedangkan status masih suami orang. Selesaikan apa yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu?

P.S: Selalu terlepas update terkini daripada Abang Nara? Jangan risau sebab anda boleh hilangkan masalah itu dengan follow BeautifulNara di Nuffnangx. Kalau anda pengguna android dan iPhone, silalah download apps Nuffnangx untuk memudahkan pembacaan BeautifulNara.

Advertisement
October 2nd, 2012

Ramai yang menyatakan Wawa Zainal bakal menggantikan Lisa Surihani sebagai “Malaysia Sweetheart”. Bakal terjadi atau tidak, itu terpulang kepada peminat-peminat hiburan Malaysia. Daripada segi pakej, memang Wawa ada ciri-ciri untuk menakluk dunia hiburan Malaysia suatu hari nanti.

wawa zainal

Kepada peminat Wawa Zainal, jangan lupa dapatkan majalah Lisa keluaran bulan Oktober 2012. Si kecil molek ini tampil menghiasi muka depan dan berkongsi kisah-kisah menariknya bersama editor Lisa. Agaknya siapa yang membenci Wawa? Dapatkan majalah Lisa sekarang juga untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini.

Advertisement