Written by serenity | October 1st, 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.

Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap

Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.

Apa pendapat anda?

Kredit info blog Tonton Filem.

Written by AbangNara | October 1st, 2012

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, nama Neelofa tetap laris dan laku bagai goreng pisang panas. Selepas dilantik menjadi duta Avon, kini Neelofa telah disambar oleh pembuat tilam terkemuka, King Koil sebagai duta produk mereka. Memang murah rezeki Neelofa ini.

neelofa king koil

Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan tilam King Koil selepas perlantikan Neelofa ini. Kepada jejaka-jejaka single, anda boleh mendapatkan tilam King Koil dan bayangkan Neelofa berada di sisi anda ketika tidur (ini gurau je nie). Tahniah kepada Neelofa atas perlantikan ini. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

P.S: Samseng jalanraya Russian style.

Written by AbangNara | October 1st, 2012

Semenjak muncul menerusi drama Kau Yang Terindah, nama Emma Maembong mula popular. Namun kata orang, kalau dah popular pasti ada cerita kurang molek mula kedengaran. Entah benar atau tidak, semalam menerusi Pancaindera, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur.

emma maebong

Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama team Pancaindera. Namun sampai ke sudah batang hidung Emma tidak kelihatan. Tiada pula SMS atau panggilan telefon daripada Emma untuk menyatakan hasratnya membatalkan temujanji tersebut. Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong berkelakuan sebegini.

emma maebong

Hmmmm. Kadang-kadang Abang Nara rasa pelik juga kenapa bila ada artis yang baru nak meningkat nama pasti ada cerita sebegini yang keluar. Kaki propalah, janji tak ditepatilah, bermasam mukalah dan macam-macam le lagi. Abang Nara pasti si Emma nie ada penjelasannya yang tersendiri. Sama-samalah kita tunggu.

P.S: Saat kematian paling epik.

Written by AbangNara | October 1st, 2012

Kalau dah namanya bukan kawan biasa, sudah tentulah dalam fasa percintaan kan? Nampaknya Leuniey dan Apek masih mahu peminat berteka-teki tentang status hubungan mereka berdua. Persoalan ini timbul selepas tersebarnya gambar mesra Leuniey dan Apek di Instagram mereka baru-baru ini.

leuniey dan apek

Ditemubual oleh Metro Ahad semalam, Leuniey memberitahu yang dia dan Apek kini bukan sekadar kawan biasa. Kata Leuniey:-

Bagaimanapun saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang. Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa. Saya tahu gambar saya dan Apek dipaparkan di sebuah blog. Saya rasa itu perkara biasa. Ia sekadar gambar.

apek dan leuniey

Alah kalau bercinta betul-betul pun bukannya orang nak marah. Lagi orang suka adalah. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Sesuai bagai pinang dibelah dua. Abang Nara berharap agar fasa mengenali ini akan berakhir secepat mungkin dan terus maju ke fasa berkahwin. Hehehe.

P.S: Tan Sri Abdul Ghani Minhat, Raja Bola Malaysia.