October 1st, 2012

Selalunya orang bercinta, bila putus ada kemungkinan untuk bersambung balik. Remy Ishak dan Tiz Zaqyah pun macam itu jugak. Sepanjang percintaan mereka, banyak kali putus sambung, putus sambung. Namun kali ini, Tiz Zaqyah berkata yang ikatan percintaan mereka sudah terlerai.

tiz remy

Walaupun sedang menjalani penggambaran sebagai pasangan kekasih di dalam drama Cinta Jangan Pergi, Tiz Zaqyah berkata antara dirinya dan Remy sudah tiada keserasian:-

Kali ini antara saya dan Remy, kami benar-benar putus cinta. Lebih kurang tiga bulan ikatan percintaan itu sudah terlerai. Rasanya kali ini putus terus, tak mahu sambung-sambung macam dulu lagi. Saya dan Remy bercinta kira-kira tiga tahun, tapi di pengakhiran kedua-duanya menyedari tiada keserasian dan persefahaman antara kami. Justeru jalan terbaik, kami bawa haluan masing-masing.

tiz remy putus

Malah Tiz Zaqyah memohon peminat-peminat mereka (RITZ) untuk tidak mencari kesalahan dirinya ataupun Remy. Kata Tiz:-

Seperkara lagi, cukup-cukuplah orang nak mencari kesalahan saya mahupun Remy. Mereka tak lalui apa yang kami rasa dalam perhubungan. Kepada mereka yang berpengalaman bercinta tapi tiada jodoh untuk melangkah ke fasa seterusnya, akan tahu apa yang kami lalui. Perlu terima hakikat. Apabila tiada jodoh, kita tak boleh paksa. Tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan.

Abang Nara setuju dengan kata-kata Tiz. Bukan semua yang kita rancang, bukan semua yang kita nak akan terjadi. Pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini. Abang Nara yakin Tiz akan berjumpa dengan lelaki yang lebih sempurna sebagai suaminya suatu hari nanti. Good luck and all the best kepada Tiz dan Remy dalam mengharungi kehidupan solo selepas ini.

P.S: Cara menangkap labah-labah.

Advertisement
October 1st, 2012

Setiap tahun, Malaysia menghasilkan sejumlah filem-filem, namun tidak semuanya boleh dipanggil filem berkualiti. Kualiti filem biasanya dinilai melalui Festival Filem Malaysia (FFM), namun pada tahun ini satu lagi majlis anugerah yang mengiktiraf kualiti filem tempatan diadakan pada tahun ini iaitu Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur (merangkumi sekitar Lembah Kelang).

Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di “pawagam” Malaysia, termasuk di International Screening GSC.

Tahun ini, Majlis ini telah meneliti 62 buah filem. Menurut mereka, terdapat peningkatan kuantiti dalam pencalonan sulung ini, tetapi secara purata, kebanyakan filem masih lemah seperti tahun-tahun lalu, dan tidak mencapai piawaian sebuah filem yang boleh ditonton dengan berlandaskan formula dan bahasa yang benar-benar sinematik, walaupun untuk sebuah filem kontemporari (komersial). Kebanyakan filem masih lemah dalam asas pembikinan, khususnya cerita dan penceritaan.  Sungguhpun begitu, terdapat sekumpulan filem tempatan yang mencapai mutu baik yang amat dipuji. Rekomendasi diberikan terhadap beberapa filem, yakni Songlap, Misteri Jalan Lama, Bunohan,  3 Temujanji dan 29 Februari.

Buat pengetahuan anda juga, keputusan majlis ini telah dikeluarkan hari ini. Senarai pemenang utama ialah:-

FILEM TERBAIK
Songlap (Lina Tan, Ahmad Puad Onah, dan Lee Mee Fung sebagai penerbit)
PENGARAH TERBAIK
Dain Said untuk Bunohan
PELAKON LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein untuk Bunohan
PELAKON WANITA TERBAIK
Mislina Mustafa untuk Sumpahan Puaka
SINEMATOGRAFI TERBAIK
Haris Hue Abdullah untuk Songlap
LAKON LAYAR TERBAIK
Fariza Azlina Isahak untuk Songlap
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Husyairy Hussein untuk Bunohan
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Normah Damanhuri untuk Songlap

Majlis ini turut memberi pengiktirafan penghormatan buat Charin Pengpanich sebagai pengarah sinematografi untuk Bunohan yang bukan warganegara Malaysia, walaupun begitu telah menunjukkan hasil kraf sinema yang amat tinggi dan paling menyemarak antara kesemua filem Malaysia yang dipertandingkan. Untuk tahun hadapan, pencalonan akan dibuka buat warganegara bukan Malaysia yang membikin filem tempatan, usahasama mahupun di bawah produksi tempatan.

Pada pendapat kami, keputusan ini terbaik, sememangnya Songlap ialah sebuah filem yang menyampaikan mesej dengan mudah dan bermakna dan yang penting, menimbulkan impak mendalam. Bunohan, walaupun jalan cerita sukar difahami tetapi teknik pembikinan filem ini boleh dikatakan terbaik setakat ini.

Apa pendapat anda?

Kredit info blog Tonton Filem.

Advertisement
October 1st, 2012

Walaupun dilanda pelbagai kontroversi, nama Neelofa tetap laris dan laku bagai goreng pisang panas. Selepas dilantik menjadi duta Avon, kini Neelofa telah disambar oleh pembuat tilam terkemuka, King Koil sebagai duta produk mereka. Memang murah rezeki Neelofa ini.

neelofa king koil

Pasti ramai yang teruja untuk mendapatkan tilam King Koil selepas perlantikan Neelofa ini. Kepada jejaka-jejaka single, anda boleh mendapatkan tilam King Koil dan bayangkan Neelofa berada di sisi anda ketika tidur (ini gurau je nie). Tahniah kepada Neelofa atas perlantikan ini. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

P.S: Samseng jalanraya Russian style.

Advertisement
October 1st, 2012

Semenjak muncul menerusi drama Kau Yang Terindah, nama Emma Maembong mula popular. Namun kata orang, kalau dah popular pasti ada cerita kurang molek mula kedengaran. Entah benar atau tidak, semalam menerusi Pancaindera, Emma Maembong dikatakan kaki propa kerana gagal menghadiri temujanji yang diatur.

emma maebong

Menurut si penulis (Syed), Emma ada membuat temujanji kira-kira jam 11 pagi bersama team Pancaindera. Namun sampai ke sudah batang hidung Emma tidak kelihatan. Tiada pula SMS atau panggilan telefon daripada Emma untuk menyatakan hasratnya membatalkan temujanji tersebut. Menurut Syed, ini bukan kali pertama Emma Maembong berkelakuan sebegini.

emma maebong

Hmmmm. Kadang-kadang Abang Nara rasa pelik juga kenapa bila ada artis yang baru nak meningkat nama pasti ada cerita sebegini yang keluar. Kaki propalah, janji tak ditepatilah, bermasam mukalah dan macam-macam le lagi. Abang Nara pasti si Emma nie ada penjelasannya yang tersendiri. Sama-samalah kita tunggu.

P.S: Saat kematian paling epik.

Advertisement