October 5th, 2012

Di petang Sabtu yang hening, Abang Nara dengan langkah penuh  kacak bergaya telah menjejakkan kaki ke Pavilion. Ramai gadis-gadis yang mengushar diri ini tetapi Abang Nara buat tak tahu sahaja. Abang Nara ada tugasan yang lebih menarik di sini.

zinger double down

Setelah menolak ajakan 2,3 orang gadis-gadis yang ingin berkenalan, Abang Nara tiba di destinasi yang ingin dituju. KFC Pavillion.

zinger double down

Selera makan Abang Nara terus meningkat apabila bau ayam KFC menerjah ke hidung. Namun Abang Nara menahan selera makan yang membuak itu. Perut harus dikosongkan untuk mencuba produk terbaru daripada KFC.

zinger double down

Gyeah ~~~~~~~~~ Inilah dia KFC Zinger Double Down. Dengan tagline “All Meat All Man”, sememangnya KFC Zinger Double Down ini disasarkan kepada lelaki kacak tough seperti Abang Nara. Tiada roti yang meliputi burger ini. 100% daging. Keterujaan semakin terasa apabila Abang Nara membuka kotak ini.

zinger double down

Pergh ~~~~ Meleleh sudah air liur Abang Nara dibuatnya. Dengan rakus (tapi Bismillah tetap dibaca), Abang Nara memulakan proses menikmati KFC Zinger Double Down ini.

zinger double down

Gigitan pertama membuatkan Abang Nara memejamkan mata. Kerangupan daging ayamnya memang enak tidak terkata. Lain daripada yang lain. Di gigitan kedua, Abang Nara merasai kemanisan mayonis yang ada di dalamnya. Tak sampai 5 minit, keseluruhan KFC Zinger Double Down ini telah selamat berada di dalam perut Abang Nara.

zinger double down

Sambil tersandar kekenyangan, Abang Nara bertanya bilakah penggemar-penggemar KFC dapat merasai sendiri keenakan KFC Zinger Double Down ini. Jawapannya ialah bermula sekarang sehingga stok masih ada! Ini bermakna kita semua, terutamanya lelaki berusia 18 sehingga 29 tahun seperti Abang Nara ada masa yang amat terhad untuk menikmati kelazatan KFC Zinger Double Down “All Meat All Man” ini.

zinger double down

Dengan harga hanya RM8.40 untuk ala carte dan RM10.50 untuk combo dengan air (tambah lagi RM2 untuk combo large drink dan regular fries atau regular wedges), KFC Zinger Double Down ini memang dapat memenuhi selera makan yang besar untuk golongan lelaki. Untuk makluman, KFC Zinger Double Down sudah mendapat sambutan yang hangat di US, Canada, Philipines dan Singapura.

zinger double down

Abang Nara terasa lebih gagah selepas mencuba KFC Zinger Double Down “All Meat All Man” ini. Pesanan Abang Nara, bersegeralah ke KFC untuk mencuba burger tanpa roti ini. Pasti tidak ada penyesalan. Keenakannya memang lain daripada mana-mana burger yang ada di Malaysia sekarang. More info layari www.kfc.com.my dan Facebook KFC Malaysia.

Advertisement
October 5th, 2012

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Melissa Saila yang kini sudah tampil dengan imej bertudung. Kesedaran ini tampil apabila usia Melissa Saila tahun ini menginjak ke angka 40. Mula bertudung sejak bulan Jun, Melissa Saila tampak sangat manis dengan imej barunya ini.

melissa saila kini bertudung

Melissa Saila adalah salah seorang pelakon feveret Abang Nara ketika muda dahulu. Daripada dulu sampai sekarang, muka Melissa Saila maintain sama je. Tak makan dek usia. Tambah cantik apabila tampil bertudung.

melissa saila kini bertudung

Semoga dengan penghijrahan ini, rezeki Melissa Saila akan dimurahkan lagi. Tahniah sekali lagi kepada Melissa Saila. Info asal Kosmo.

P.S: Graffiti berskala besar.

Advertisement
October 4th, 2012

Abang Nara tak pasti bagaimana kesilapan sebegini boleh terjadi. Namun kesalahan menggunakan “Allah S.A.W” harus diperbaiki dengan segera oleh Mizz Nina dan mereka yang terlibat dengan pembikinan albumnya. Seharusnya penggunaan yang sebenar ialah “Allah S.W.T” kerana “S.A.W” adalah untuk Nabi Muhammad.

kulit album mizz nina

Sekiranya mereka yang terlibat di dalam pembikinan kulit album ini ialah orang Islam, kesilapan semudah ini seharusnya tidak berlaku. Rasanya semua orang tahu apa yang patut digunakan dan apa yang tidak patut digunakan. Semoga Mizz Nina segera menyelesaikan kesilapan ini dan tidak mengulanginya lagi di masa hadapan. Kupasan lanjut boleh dibaca di www.hazrey.com.

Advertisement
October 4th, 2012

Lama sungguh tak mendengar perkembangan terbaru Ummi Nazeera. Sejak Ummi melanjutkan pelajarannya ke Australia, populariti Ummi boleh dikatakan semakin berkurangan. Namun Abang Nara respek pengorbanan yang Ummi Nazeera lakukan demi pelajaran.

ummi nazeera

4 minggu lagi, Ummi Nazeera akan pulang ke Malaysia. Balik for good atau hanya sementara, tidak pula diketahui. Semoga semasa cuti ini, Ummi Nazeera akan berlakon banyak drama dan filem untuk mengubati rindu para peminatnya. Bagi Abang Nara, Ummi Nazeera adalah salah seorang pelakon wanita yang benar-benar berbakat dan tidak bergantung hanya pada rupa.

ummi nazeera

10 lagi gambar Ummi Nazeera yang diambil daripada Facebook Ummi Nazeera dengan membaca entri ini sepenuhnya.

ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera

Advertisement