Written by AbangNara | October 4th, 2011

Ah. Sedih pulak mendengar perkembangan terkini Abby Abadi. Menerusi Facebook Abby Abadi, pihak admin telah mengupdate status yang menyatakan Abby dimasukkan ke hospital akibat terlalu stress. Namun punca stress terpaksa dirahsiakan.

abby abadi masuk hospital

Buat pengetahuan semua, Abby Abadi admitted di sebuah hospital di KL krn teramat ‘stress’ dgn bbrape pkara yg tak dpt nk si kongsi disini. Mohon doa dr kalian semua agar Abby Abadi cepat sembuh yer. Page ni hilang sebelum ni, jd maaf sbb lambat umumkan hal ini.

Buat Kak Abby, semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan hidup. Jangan stress kerana orang lain sebab diorang tak stress pun sebab kita. Tak gitu?

Written by AbangNara | October 4th, 2011

Kalau anda membaca luahan hati Fida di entri sebelum ini, nampak gaya seperti Fida belum benar-benar memaafkan Mamat. Dan hari ini menerusi Mstar, Mamat juga memaklumkan yang dia tidak pasti sama ada sudah mendapat kemaafan sepenuhnya daripada Fida.

mamat

Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu.

Tak apalah Mamat. Slow-slow try menang balik hati Fida. Kes nie pun agak besar. Memang kalau terjadi kat mana-mana wanita pun mereka akan bengang tahap gaban. So kenalah pujuk gila-gila punya. Tak gitu?

Apa pun Mamat dah tak mahu bercakap tentang isu gambar Fida yang diuploadnya dan menyerahkan kepada individu dan masyarakat untuk membuat kesimpulan sendiri.

Written by AbangNara | October 3rd, 2011

Sungguh hangat entri tentang kata-kata seseorang yang kemungkinan besar adalah kakak Norman Hakim yang membidas kenyataan Chef Wan di Facebook pagenya. Petang tadi ada seseorang yang telah menghantar link entri tersebut kepada Chef Wan dan berikut adalah kenyataan Chef Wan untuk menjelaskan perkara sebenar.

chef wan

Menurut Chef Wan, beliau hanya menyampaikan pendapat peribadinya dan tidak mempunyai sebarang niat lain.

chef wan

Semoga dengan penerangan ini, mereka yang terlibat tidak lagi membangkitkan perkara ini. Cukuplah sekadar kita mendoakan agar pasangan pengantin baru ini bahagia hingga ke akhir hayat.

chef wan

Sila LIKE Facebook Page Chef Wan untuk mengikuti perkembangan terkini beliau.

Written by AbangNara | October 3rd, 2011

Lama rasanya tak dengar cerita Yasmin Hani. Paling last sudah tentu perancangan perkahwinannya dengan Shahrin Blackrose. Namun ketika hadir ke majlis resepsi Norman dan Memey baru-baru ini, Yasmin Hani memukau para hadirin dengan fesyen pakaiannya di bawah.

gambar yasmin hani

Kalau Abang Nara jadi Shahrin, sekarang jugak Abang Nara ajak menikah. Hahaha.

gambar yasmin hani

Teringat Yasmin Hani masa Wacha~~ dulu. Innocent je. Hmm. Semoga selepas berkahwin nanti akan lebih sopan sedikit. Sama-sama kita doakan.

Page 30 of 31« First...1020...2728293031