Written by AbangNara | October 5th, 2011

Abang Nara daripada kecik-kecik dulu memang suka membaca buku terutamanya novel-novel. Teringat novel-novel cinta yang pernah Abang Nara baca dulu. Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu, Bicara Hati dan banyak lagilah. Memang betullah kata orang yang membaca itu jambatan ilmu sebab banyak ilmu mengorat Abang Nara dapat daripada membaca novel-novel cinta ini. Hehehe ~~

pts

Tapi untuk zaman yang serba moden ini, rasanya pepatah “membaca jambatan ilmu” perlu ditukar. Mungkin lebih sesuai ditukar kepada “membaca jambatan ilmu dan jambatan nak dapatkan iPad2, Samsung Galaxy Ace dan macam-macam lagi”.  Ini semua disebabkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia yang dianjurkan oleh penerbit buku PTS.

pts

Hadiah-hadiah yang sangat awesome untuk peraduan yang bermula 1 Oktober sehingga 23 Disember 2011 ini boleh dimenangi sekiranya anda membeli buku-buku terbitan PTS. Sambil membaca sambil dapat peluang menang iPad 2. Menarik kan? Abang Nara dah beli dah pun buku-buku PTS nie. Semuanya memang best.

pts

Meh sini Abang Nara terangkan step-step untuk anda join peraduan nie. Senang sangat eh.  First thing first korang kenalah beli buku terbitan PTS yang ada logo “Bongkar Kod Rahsia”. Lepas dah beli, korang masuk website peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS.  Login dan bongkarkan kod rahsia menggunakan kod yang ada di dalam buku yang anda beli tadi. Lepas tue iPad 2 akan jadi milik anda. Senang kan?

pts

Namun perlu diingatkan yang peraduan ini berlangsung sebanyak 12 pusingan. Untuk melayakkan anda memenangi hadiah-hadiah yang super best ini, anda kena join contest ini sebanyak 8 pusingan tidak kira berturut-turut ataupun tidak. Maksudnya untuk pertandingan ini, anda akan ada minimum 8 buku baru untuk dibaca. Bestnya ~~

pts

Abang Nara rasa sepanjang hidup ini, inilah pertandingan yang paling tinggi moralnya. Dahlah dapat baca buku, dapat tambah ilmu dan akhir sekali dapat menang iPad 2. Memang bijak betul mereka yang mencipta pertandingan Bongkar Kod Rahsia ini. So korang tunggu apa lagi? Sila join contest ini hari ini jugak. Abang Nara nak sambung baca buku kejap.

pts

Lebih info di website peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS.

Written by serenity | October 5th, 2011

Pelakon Ana Dahlia telahpun selamat melangsungkan pertunangan dengan Chef Riz, anak lelaki kepada Datuk Redzuawan Ismail, chef selebriti Malaysia. Berikut ialah gambar-gambar di majlis pertunangan tersebut yang berlangsung di rumah Ana Dahlia di Changkat Jering, Taiping, Perak. Sememangnya Ana Dahlia seorang yang cun. Kredit gambar kepada Aleeya Wedding Photographer.

gambar pertunangan ana dahlia

Layankan lagi 11 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

ana dahlia

Jangan lupa ke “Sounds of Johor” dan menyaksikan sendiri Catatan Malaysia Book of Records Persembahan Ghazal 24 jam pada 7-9 Oktober 2011 ini di Taman Merdeka, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru.

 
Written by AbangNara | October 5th, 2011

Minggu lepas menyaksikan berakhirnya sebuah majlis perkahwinan yang digembar-gemburkan sebagai wedding of the year di mana Norman dan Memey akhirnya telah disatukan menjadi suami isteri. Menariknya majalah Media Hiburan berjaya mendapatkan maklum balas tentang cahaya mata yang mahu ditimang oleh pasangan pengantin baru ini.

norman dan memey

Mungkin naluri keibuan Memey sudah diasah sepanjang bersama dengan anak tirinya, Memey dan Norman sepakat untuk menimang 4 cahaya mata.  Memey pun muda lagi dan rasanya tak ada masalah untuk mencapai target yang ditetapkan. Norman kenalah bekerja keras sikit. Hehehe.

Sama-sama kita doakan agar hajat mereka berdua termakbul sekaligus meramaikan lagi umat Islam di muka bumi ini.

Written by AbangNara | October 5th, 2011

Susah juga bila orang Melayu mempunyai bibir yang seksi dan cantik seperti Kilafairy. Ramai yang berkata bibir mungil milik Kilafairy adalah palsu dan mendapat keseksian menerusi suntikan botox. Namun Kilafairy ada jawapan untuk tuduhan melulu tersebut.

bibir kilafairy

Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki. Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan. Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini

Mungkin ramai yang cemburu dengan bibir dan bentuk badan Kilafairy yang melentik sehingga ramai yang menyatakan dia menggunakan rawatan tertentu. Namun kata Kilafairy dia terlalu muda untuk semua itu:-

Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya. Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli.

Kepada Kilafairy, bersabarlah. Biasalah orang jeles sebab bibir mereka tak seseksi bibir anda. Dan kalau dah tua nanti, tak payahlah nak cucuk sana sini jugak. Menjadi tua itu adalah sebahagian daripada kehidupan seorang manusia. Tak gitu?

Page 28 of 31« First...1020...2627282930...Last »