Bibir Saya Asli, Tiada Botox – Kilafairy

Hiburan

Bibir Saya Asli, Tiada Botox – Kilafairy

Susah juga bila orang Melayu mempunyai bibir yang seksi dan cantik seperti Kilafairy. Ramai yang berkata bibir mungil milik Kilafairy adalah palsu dan mendapat keseksian menerusi suntikan botox. Namun Kilafairy ada jawapan untuk tuduhan melulu tersebut.

bibir kilafairy

Advertisement

Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki. Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan. Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini

Mungkin ramai yang cemburu dengan bibir dan bentuk badan Kilafairy yang melentik sehingga ramai yang menyatakan dia menggunakan rawatan tertentu. Namun kata Kilafairy dia terlalu muda untuk semua itu:-

Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya. Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli.

Kepada Kilafairy, bersabarlah. Biasalah orang jeles sebab bibir mereka tak seseksi bibir anda. Dan kalau dah tua nanti, tak payahlah nak cucuk sana sini jugak. Menjadi tua itu adalah sebahagian daripada kehidupan seorang manusia. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...