October 4th, 2011

Kalau anda membaca luahan hati Fida di entri sebelum ini, nampak gaya seperti Fida belum benar-benar memaafkan Mamat. Dan hari ini menerusi Mstar, Mamat juga memaklumkan yang dia tidak pasti sama ada sudah mendapat kemaafan sepenuhnya daripada Fida.

mamat

Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu.

Tak apalah Mamat. Slow-slow try menang balik hati Fida. Kes nie pun agak besar. Memang kalau terjadi kat mana-mana wanita pun mereka akan bengang tahap gaban. So kenalah pujuk gila-gila punya. Tak gitu?

Apa pun Mamat dah tak mahu bercakap tentang isu gambar Fida yang diuploadnya dan menyerahkan kepada individu dan masyarakat untuk membuat kesimpulan sendiri.


Comments are closed.

Loading...