Written by AbangNara | October 21st, 2011

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yasmin Hani Richardson, 32 tahun yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Sha’arin dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlansung petang tadi selepas solat Jumaat di Duchess Place Jalan Ampang.

gambar pernikahan yasmin hani

Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran. Majlis resepsi akan dijalankan pada malam ini juga di lokasi yang sama.

Layankan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Yasmin Hani dan Sha’arin yang diambil daripada Twitter AtiliaCLPT dan SazzyFalakCLPT.

 
Written by serenity | October 21st, 2011

Bukan senang nak cari selebriti yang cool. Macam-macam perangai. Ada baru setahun jagung dalam arena hiburan pun mendiva tak ingat. Tetapi Fazley Yaakob sememangnya seorang yang bukan saja pintar malah ‘cool’, walaupun sudah lama dan sudah masak dengan asam garam dunia hiburan di Malaysia.

Kami suka baca komen pembaca sebenarnya, menghiburkan dan banyak informasi boleh didapati. Komen-komen di sini juga buat kami bersemangat untuk kemas kini gosip setiap hari.  Ada yang minta kami padam komen-komen tertentu, tapi kami tak buat sebab kami menghormati hak bersuara.

Mungkin kemunculan Fazley akan mengingatkan kita serba sedikit tentang batas dalam memberikan komen. Juga mengingatkan kami batas dalam menulis gosip. Apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana Fazley sudi melawat BeautifulNara.com.

Written by AbangNara | October 21st, 2011

Can you actually handle gadis-gadis cantik, menarik dan tertarik seperti Vivy Yusof, Chuckei dan Cheeserland?

ultimat cheesy 7 pizza

Atau Hanis Zalikha dan Maria Elena di bawah? Adakah anda rasa anda boleh handle mereka?

ultimat cheesy 7 pizza

Yes you can handle them dengan Ultimate Cheesy 7 Pizza daripada Pizza Hut. Abang Nara baru-baru nie berjumpa dengan mereka semua kat Pizza Hut Kota Damansara dan sememangnya mereka ini sukar untuk dikawal. Mulut tak berhenti-henti bercakap. Ada je benda nak diborak. Tapi bila Ultimate Cheesy 7 Pizza ini berada di atas meja kami semuanya terus diam seribu bahasa.

ultimat cheesy 7 pizza

Diam bukan sebarang diam, diam sebab khusyuk melantak Ultimate Cheesy 7 Pizza ini. Ultimate Cheesy 7 Pizza ini dilengkapi dengan 7 jenis cheese iaitu Romano, Monterey Jack, Parmesan, Mozzarella, Cheddar, Provolone and Cream Cheese dengan Garlic Herb yang ditaburkan di atasnya. Sesuai sangat dengan taglinenya yang berbunyi “7 delicious cheeses, more to indulge”. Lazat tak terkira!!!

ultimat cheesy 7 pizza

Cuba tengok muka Hanis di bawah yang dah terliur tak sabar nak makan Ultimate Cheesy 7 Pizza nie. Untuk pengetahuan apabila Ultimate Cheesy 7 Pizza ini sampai Hanis terus tidak bercakap langsung dengan manusia di sekelilingnya akibat terlalu asyik mengunyah.

ultimat cheesy 7 pizza

Mata Maria pula daripada normal terus bertukar menjadi juling akibat terlalu happy dapat memakan Ultimate Cheesy 7 Pizza (matanya kembali menjadi normal selepas setengah jam)

ultimat cheesy 7 pizza

Muka bangga Abang Nara kerana berjaya mengawal wanita-wanita ini dengan menggunakan Ultimate Cheesy 7 Pizza. (kebuncitan perut agak terserlah di situ)

ultimat cheesy 7 pizza

Secara jujur, kalau anda penggemar cheese, inilah pizza yang wajib dimakan oleh anda. Rasa cheese dia akan memenuhi mulut anda. Inilah pizza yang dilengkapi dengan 7 jenis cheese yang hanya boleh didapat di Pizza Hut. Sebab itulah ianya dipanggil Ultimate 7 Cheesy Pizza. Sila tengok video di bawah untuk membayangkan kenikmatan pizza ini. Tengok gaya diorang menyuap pizza ke dalam mulut pun dah terliur.

Tambah seronok apabila anda berama-ramai lepak di Pizza Hut dan makan Ultimate 7 Cheesy Pizza bersama mereka yang tersayang. Dapat berborak-borak, catch up latest stories dan bergosip di dalam suasana yang tenang dan merilekskan. Contohnya macam kitorang blogger-blogger yang kekenyangan makan Ultimate 7 Cheese Pizza sambil mengupdate perkembangan terkini sesama sendiri.

ultimat cheesy 7 pizza

Dan ada berita baik untuk anda semua, bersempena dengan penjualan Ultimate 7 Cheesy Pizza, turut disediakan pertandingan Ultimate Cheesy SMS. Hadiah-hadiah contest ini sangatlah mantap. Grand prize dia boleh buat anda jadi kaya raya sekelip mata.

  • Hadiah utama x 1 pemenang : RM100,000 wang tunai.
  • Hadiah tempat pertama x 5 pemenang: 1 unit Panasonic Viera TH-L42U30K 40” LCD TV setiap seorang
  • Hadiah tempat kedua x 10 pemenang: 1 unit Apple iPad 2 setiap seorang.
  • Hadiah saguhati x 20 pemenang: voucher Pizza Hut bernilai RM500 setiap seorang.

ultimat cheesy 7 pizza

Tunggu apa lagi? Pergi ke Pizza Hut hari ini juga untuk mencuba Ultimate 7 Cheesy Pizza  sambil berpeluang menang hadiah yang super duper hebat. Untuk info lanjut, boleh ke laman web Pizza Hut atau Facebook Pizza Hut.

Written by serenity | October 21st, 2011

Katanya rambut ini hanya untuk satu majlis yang akan Fazley hadiri Sabtu ini, sementara saja. Kelihatan sesuai juga dengan dirinya yang agak kacak. Fazley telah muncul dalam siaran langsung Semanis Kurma semalam.

Macam mana korang rasa, okay ke imej baru Fazley? Atau beliau lebih sesuai dengan imej handsome boynya dulu-dulu? Kredit foto pada Facebook Fazley Yaakob. Layan 6 keping lagi gambar terbaru Fazley dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman, akan menyempurnakan Majlis Perasmian Rhythms of Kinabalu pada hari ini jam 3.00 petang di Kinabalu Park, Kundasang, Sabah.


Antara yang akan membuat persembahan ialah penyanyi world rythymn Zainal Abidin, dan artis-artis tempatan seperti Abu Bakar Ellah, Linda Nanuwil, Jimmy Palikat, Lee Cheng Wen serta turut dipersembahkan pelbagai persembahan kebudayaan lain. Rhythms of Kinabalu ialah satu program yang mengetengahkan muzik dari instrumen buluh dan logam bertemankan keindahan alam semula jadi. Datang beramai-ramai bah!

 
Page 10 of 31« First...89101112...2030...Last »