October 21st, 2011

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Yasmin Hani Richardson, 32 tahun yang kini sudah sah bergelar isteri kepada Sha’arin dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlansung petang tadi selepas solat Jumaat di Duchess Place Jalan Ampang.

gambar pernikahan yasmin hani

Yasmin telah menerima wang hantaran sebanyak RM32,000 berserta tujuh dulang hantaran iaitu cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran. Majlis resepsi akan dijalankan pada malam ini juga di lokasi yang sama.

Layankan beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Yasmin Hani dan Sha’arin yang diambil daripada Twitter AtiliaCLPT dan SazzyFalakCLPT.

gambar pernikahan yasmin hani

gambar pernikahan yasmin hani

gambar pernikahan yasmin hani

gambar pernikahan yasmin hani


75 responses to “(GAMBAR)Majlis Pernikahan Yasmin Hani Dan Sha’arin”

  1. […] korang tengok dalam blog abangnara, banyak pula komen yang ‘menyenget’ lebih-lebih lagi bab bertudung. Tak pasal-pasal […]

Loading...