Written by serenity | October 24th, 2011

Ada yang meminta kami kemas kini cerita tentang Ida Nerina dalam bahagian komen entri lepas. Jadi kami telah melakukan sedikit ‘intipan’ tentang apa yang sedang dilakukan oleh pelakon wanita yang berbakat itu.

Hasil carian kami ialah Ida Nerina sedang dalam persediaan untuk mementaskan sebuah teater berjudul What’ll Break You /Apocalips yang bakal berlangsung pada 3 hingga 13 November ini di Pentas 2, KLPac, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Bukan itu saja, Ida akan menjadi pengarah teater ini yang membariskan pelakon-pelakon seperti Zahim Albakri, Gavin Yap, Vince Chong, Stephanie Van Driesen, Tania Khan dan Ash Nair. Teater ini diterbitkan oleh Susan Lankester dan ditulis oleh Ivan Yeo.

Menerusi blog Ida Nerina, kami dapati dia adalah penulis pojok di The Star di mana dia menceritakan tentang kehidupannya. Dia baru saja mendapatkan kerusi roda baru yang dinamakannya Jessica Rabbit. Menurut Ida, kerusi rodanya super ringan, kalis bom dan berwarna merah menyala.

Ida Nerina mungkin tidak berlakon secara aktif lagi tetapi dia kini sedang mengembangkan bakatnya dalam bidang kreatif yang lain. Dia sentiasa bersyukur dengan perkara-perkara kecil dalam kehidupan yang menceriakannya. Kami juga dengar cerita dia telah hadir menonton sebuah teater di ibu kota dan kelihatan ceria beberapa hari lepas.

Korang boleh mendekati hasil kerjanya dengan hadir ke teater What’ll Break You /Apocalips. Tiket boleh dibeli di laman web KLPac dan ilassotickets. Untuk berita terkini tentang Ida, ikuti beliau di blog dan Facebook. Kredit foto www.idanerina.net.

Written by AbangNara | October 24th, 2011

Abang Nara ialah peminat setia pasukan bola sepak Manchester United. Setiap hujung minggu sampai wife Abang Nara merajuk sebab Abang Nara tak layan borak dengan dia sebab terlalu asyik tengok Rooney, Nani, Park Ji Sung dan ramai lagi membelasah team-team EPL lain. Dan kalau dah namanya die hard fan, semestinya kena ada jersey Man Utd kan?

manchester united

Dalam hati setiap peminat Manchester United, pastinya ada cita-cita untuk melihat dengan mata sendiri aksi lincah player-player Red Devils di Old Trafford. Abang Nara sebenarnya pun tengah kumpul duit nak pergi The Theater of Dreams nie. Barulah fan sejati kalau dapat jejakkan kaki kat Old Trafford.

manchester united

Tapi kan kalau nak kumpul duit rasanya makan tahun jugak baru dapat tengok Manchester United beraksi secara live. Nasib baiklah Abang Nara dapat tahu yang Mister Potato kini sedang mengadakan peraduan Mister Potato & Man Utd 2011. Ini semua sempena kerjasama Mister Potato dengan Manchester United baru-baru ini. Untuk pengetahuan, Mister Potato kini adalah Global Snack Partner of Manchester United.

manchester united

Yeah ~~~~~~~~~~ 2 pemenang setiap bulan akan merasai pengalaman sekali seumur hidup ke Old Trafford. Bukan sahaja dapat tiket VIP malah penginapan disediakan, tiket kapal terbang pergi balik pun ada, sesi lawatan stadium Old Trafford, sesi pertemuan dengan pemain Manchester United if diorang available (oh my god ini gila hebat) dan juga dapat duduk di kerusi pemain Manchester United yang anda minati di dressing room Old Traffod. Gila tak gila lah hadiah dia ~~~~~~~~~

manchester united

Abang Nara sebenarnya taknak bagitau korang cara nak masuk contest nie sebab Abang Nara nak kurangkan pesaing. Tapi tak apalah. Orang kata kalau ada rezeki tue tak akan ke mana. Senang je nak masuk contest Mister Potato & Man United 2011 nie. Syaratnya anda kena beli pek edisi Mister Potato Man Utd dan hantarkan kod yang ada pada pek tersebut .

manchester united

Contohnya Pek edisi Mister Potato Man Utd yang Abang Nara beli pagi semalam.

manchester united

Banyak kan? Nak menang la katakan. So kalau dah beli tue, nanti dalam pek edisi Mister Potato Man Utdanda akan ada kod yang perlu dihantar menerusi SMS atau menerusi http://www.mister-potato.com. Sila simpan kod nie sebab nanti kalau korang menang anda perlu tunjukkan kod ini sebagai bukti pembelian.

Dan Abang Nara berani jamin kesedapan perasa Mexican Wave ini terutamanya yang perisa pedas tue. Perghhh ~~ Rasa dia memang rangup, penuh dengan kentang dan bakal membuatkan anda rasa ingin mengunyah je. Tambah menarik sebab “wavy cut” yang ada pada snek Mexican Wave nie. Memang berbaloi Abang Nara beli banyak-banyak terus.

manchester united

Abang Nara cadangkan korang hantar kod nie menerusi http://www.mister-potato.com sebab lagi mudah. Kalau korang nak guna SMS jugak, pastikan korang ikut step macam gambar kat bawah tue. Takut nanti invalid pulak penyertaan korang.

manchester united

Step terakhir ialah pergi beli lagi pek edisi Mister Potato Man Utd dan hantarkan lagi kod yang ada dalam snek tersebut. Ala, kalau hujung minggu nak layan bola tue belilah sedozen pek edisi Mister Potato Man Utd. Sambil tengok bola sambil mengunyah dengan rangupnya snek Mexican Wave Mister Potato dan terus dapat peluang nak pergi Old Trafford percuma 100%. Jangan lupa berdoa agar dimurahkan rezeki.

manchester united

Sekali lagi Abang Nara kongsikan pek edisi Mister Potato Man Utd yang sudah beli dengan harapan menggunung akan dipilih menjadi pemenang ke Old Trafford untuk bulan Oktober nie. Kalau menang confirm Abang Nara nak duduk atas kerusi Wayne Rooney sambil berharap anak Abang Nara nanti akan jadi player Manchester United yang hebat macam dia. Amin ~~~~~~~

manchester united

So tunggu apa lagi? Belilah pek edisi Mister Potato Man Utd hari ini jugak dan layari http://www.mister-potato.com untuk info lanjut.

Written by serenity | October 23rd, 2011

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson, 32, telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Sha’arin Razali, 41, Jumaat lepas. berikut adalah gambar-gambar perkahwinan mereka dari jurugambar rasmi, REDPhotography.

Majlis perkahwinan Yasmin dan Sha’arin telah berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Selangor dalam suasana meriah. Lagi 5 keping gambar boleh anda layan dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

***

 
Written by serenity | October 23rd, 2011

Ianya pernah diceritakan oleh salah seorang komentator dalam entri luahan perasaan Izreen di BeautifulNara sebelum ini tetapi kesahihannya tidak dapat kami pastikan. Laman web Gua walau bagaimanapun, telah mengeluarkan artikel terbaru di mana Izreen menceritakan Johan As’ari ada mengajaknya bertunang, bagi membalas kenyataan Johan yang mereka berdua hanya kawan baik.

Izreen turut menunjukkan bukti mereka bercinta kepada pihak media iaitu video yang dirakam oleh Johan yang diberikan kepada Izreen. Izreen mendakwa mempunyai bukti video dan SMS cinta lain tetapi mahu menyimpan saja semua itu.

Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini.

Dia memang ada hubungi dan juga menghantar SMS kepada saya, tapi hanya selepas habis penggambaran Cinta Elysa. Kenapa perlu selepas habis penggambaran baru nak hubungi saya? Saya tak tahu yang dia ingat saya masih wujud ke tidak. Bagi saya, dia tidak perlu perjelaskan apa-apa.

Dia juga ada SMS memohon maaf kepada saya. Johan memberitahu dia dah habis shooting dan tak ada apa-apa hubungan dengan Fasha. Saya tak pernah salahkan Fasha dalam hal ini. Isu yang timbul ialah dari sikap lelaki itu sendiri. Ini bukan soal kuat cemburu, tapi biarlah saya sendiri saja yang tahu sebabnya.

Adalah benda-benda yang buat saya kecil hati dengan dia. Bagi saya, jika dia tak nak dengan saya, cakap saja dari awal, kan senang. Saya tak gaduh dengan dia, tapi yang paling membuatkan saya kecil hati dengan dia ialah jangan sesekali menggunakan isu agama untuk tutup kesalahan sendiri.

Izreen turut memaklumkan dia sudah putus dengan Johan:-

Saya dah putus dengan dia. Tak mungkin kami akan merujuk semula. Namun, jika nak digandingkan selepas ini, saya tak ada masalah. Saya okay dan profesional untuk berjumpa atau bergambar dengan dia.

Ini kerana saya tak ada masalah dengan dia. Saya tak salahkan dia kerana ada juga salah saya. Bagi saya, jika dia mengaku, tak akan jadi macam ini. Kalau boleh saya tak nak panjangkan lagi isu ini kerana pada masa akan datang, mungkin kami akan berlakon bersama-sama lagi.

Kecanggihan teknologi zaman sekarang menyebabkan kita semua menjadi kreatif dalam menyampaikan ayat-ayat cinta kepada kekasih. Tetapi kalau ada apa-apa berlaku, ia juga boleh menjadi bukti yang tidak dapat disangkal. Walaupun begitu, kumbang bukan seekor dan perjalanan karier Izreen masih jauh. Kami berharap Izreen akan sukses dalam bidang lakonan walaupun tanpa Johan.

***

Kolam selalunya dilakukan untuk menggalakkan keharmonian dan keuntungan kepada sesebuah isi rumah. Dekorasi kolam lazimnya dilakukan kaum perempuan menggunakan beras putih dan bijirin yang diwarnakan berwarna-warni dan biasanya menjadi simbol selamat datang dan kegembiraan menyambut hari perayaan terutamanya perayaan Cahaya- Deepavali.

Sedang berlangsung sekarang di Piazza, The Curve, Damansara pertandingan mereka cipta kolam di Pesta Kolam Antarabangsa serta Majlis Perasmiannya pukul 3.00 petang ini, jangan lupa menjenguk. Budaya 1Malaysia yang terindah untuk anda!

Page 8 of 31« First...678910...2030...Last »