Written by serenity | October 24th, 2011

Kebelakangan ini, angin tak ada, ribut pun tak ada pun tiba-tiba boleh terkeluar cerita artis bercerai-berai. Nana adalah seorang lagi artis yang dikatakan telah bercerai dengan Brian oleh seorang kaunselor, seperti yang disampaikan oleh pengunjung Forum Cari yang menghadiri ceramah kaunselor itu. Menurut kaunselor yang disebutkan, Nana dan Brian bercerai kerana menjadikan gitar sebagai hantaran perkahwinan.

Walau bagaimanapun, Nana telah membuat satu entri agak panjang di blognya yang berita tersebut adalah satu fitnah. Nana menerangkan yang dia, Brian dan bayinya Althea sedang bahagia dan tiada apa-apa yang berlaku dalam rumahtangga mereka.

Kepada Nana, sabor je lah. Mungkin kaunselor tersebut tidak membuat homework dengan betul, hendak bercakap tentang Nana lain, Nana yang tidak kena mengena pula yang dikatakannya bercerai. Kredit foto Facebook Nana Mahazan.

Written by serenity | October 24th, 2011

Walaupun baru-baru ini dilanda gosip mengenai keruntuhan rumah tangga, Ayu Raudhah dan suami telah menafikannya dan mendakwa rumah tangga mereka masih utuh. Malah Zaquan juga sempat tweet yang dia sayangkan isterinya selama-lamanya. Berita yang kami baca dari Kak Pora Berita Harian semalam walau bagaimanapun mengatakan yang Ayu Raudhah kini mengandung 6 minggu. Kredit foto ixoraprestige.

gambar hamil ayu raudhah

Untuk itu tahniah diucapkan dari Beautifulnara.com. Ayu pernah berkata dia mengimpikan sepasang kembar sebagai anaknya. Kami berharap dia akan berjaya mencapai impiannya itu.

***

Raih peluang memenangi sebuah Gitar Akustik tajaan The Guitar Store dengan menonton pertandingan akhir Evolusi Muzik Sihat “Revolusi Cipta Kreatif”!

Written by AbangNara | October 24th, 2011

Lama rasanya tak bercerita tentang si comel Nur Aisyah Humairah ini. Berita terbaru yang Abang Nara terima, Aisyah baru-baru ini sudah keluar dalam majalah Bintang Kecil. Serius sangat comel.

nur aisyah humairah

Ada beberapa keping lagi gambar comel Nur Aisyah Humairah dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook Nur Aisyah Humairah untuk mendapatkan maklumat lanjut si comel ini.

 
Written by AbangNara | October 24th, 2011

Memang galak. Itu yang Abang Nara mampu katakan apabila melihat gambar-gambar Miera Liyana di Kosmo Ahad semalam. Harap-harap dengan bimbingan kekasih hati yang bernama Shah Jaszle, galak Miera Liyana dapat dikurangkan di masa hadapan. Ke korang nak je dia galak sebegini?

gambar miera liyana

Layankan lagi beberapa keping gambar Miera Liyana di Kosmo Ahad semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya.