October 22nd, 2011

Rebiu ini mengandungi spoiler: baca atas risiko sendiri.

Sebenarnya kami tidak begitu menantikan filem ini, hanya berminat kerana kami adalah peminat tegar Hugh Jackman yang begitu dikenali dengan watak Wolverine dalam filem X-Men, dan juga si cantik Evangeline Lilly yang mula dikenali melalui siri televisyen LOST. Ianya adalah  sebuah filem yang berkisar pada masa hadapan, di mana tinju robot adalah sejenis sukan yang diminati ramai.

Charlie Kenton (Hugh Jackman) adalah bekas penggusti yang kini menumpukan perhatian untuk menjana wang melalui sukan tinju robot dengan dibantu oleh teman wanitanya, Bailey (Evangeline Lilly) tetapi sikapnya yang agak terburu-buru menyebabkan dia kalah banyak perlawanan dan berhutang. Melalui satu perjanjian, dia telah berjaya mendapatkan wang yang cukup untuk membeli satu lagi robot bernama Noisy Boy untuk berlawan tetapi dalam masa yang sama dia diberi tanggungjawab untuk menjaga anak lelakinya, Max yang berusia 11 tahun selama dua bulan sebelum diserahkan kembali kepada bekas kakak iparnya yang memiliki hak penjagaan sah anak itu.

Max (Dakota Goyo) walau bagaimanapun mempunyai perangai yang sama dengan bapanya, degil dan cerdas. Charlie dan Max mengembara bersama untuk menyertai perlawanan liga robot menggunakan Noisy Boy, walau bagaimanapun, robot itu musnah bila Charlie gagal mengawalnya. Dalam usaha mencari robot baru, Charlie dan Max telah terjumpa secara tidak sengaja dengan sebuah robot generasi lama iaitu Atom di tempat pembuangan sampah.

Walaupun Charlie menganggap Atom sebagai sampah, Max sayangkan robot itu dan cuba membaikinya. Atom yang direka sebagai robot ‘punching bag’ mempunyai ketahanan yang tinggi, tetapi tidak begitu bagus dalam menyerang. Salah satu ciri Atom yang tidak ada pada robot lain ialah keupayaannya untuk meniru dan mengingat pergerakan orang dan secara misterinya ia juga memiliki ‘semangat untuk tidak menyerah kalah’ yang datangnya entah dari mana.

Dengan kawalan Max dan panduan dari Charlie, Atom telah berjaya memberi kejutan dalam perlawanan demi perlawanan sehingga pada satu tahap, ia berjaya mendapatkan satu perjanjian perlawanan menentang juara liga robot yang jauh lebih besar dan kuat darinya iaitu Zeus yang dikawal oleh Tak Mashido (Karl Yune). Adakah Atom, robot generasi lama dari tempat pembuangan sampah itu akan berjaya memenangi perlawanan menentang robot Zeus? Anda perlu ke pawagam untuk mengetahui sendiri.

Real Steel mungkin bukan sebuah filem yang menuntut anda berfikir, dan tidak juga mencabar minda, malah kami fikir ia bukan sebuah filem yang berusaha untuk kelihatan sebegitu. Tetapi ianya berjaya dengan apa yang ingin dilakukannya iaitu membuat anda terhibur dengan watak-wataknya yang menimbulkan keceriaan. Lagi pula filem jarang boleh gagal dengan watak underdog menentang superior yang lebih berkuasa, kerana kita semua sukakan underdog. Lakonan Hugh, Evangeline dan Dakota juga kelihatan hidup dan mereka ada kimia yang baik di permukaan skrin.

Dan bila anda dapati penonton di sekeliling dalam pawagam dan juga bersorak untuk Atom, Charlie dan Max dalam perlawanan menentang Zeus seolah-olah ia perlawanan yang sebenar, anda menyedari yang filem ini lebih dari sekadar sebuah filem untuk menghiburkan anda. Tahap keterlibatan penonton dalam filem ini adalah lebih dari apa yang mampu dicapai oleh filem robot berbajet mega arahan Michael Bay (Transformers).

Untuk itu, filem ini wajar diberi 4.5 / 5 bintang.

October 22nd, 2011

Penyanyi dan pelakon yang telah melangsungkan perkahwinan tidak lama dulu, Tomok, baru beberapa jam tadi mengumumkan yang isterinya mengandung.

Budak yang kami kenal semenjak dia menjadi penyanyi kumpulan New Boys yang menjadi kegilaan remaja perempuan sekitar awal 2000-an sudah menjadi dewasa. Tahniah diucapkan kepadaTomok dan isteri dari BeautifulNara.com.

October 22nd, 2011

Filem Hidden, yang menjalani penggambaran di Malaysia pada tahun 2007, hanya menjalani tayangan di sini Khamis lalu, dan menurut khabarnya Erra Fazira sendiri tidak mengetahui filem itu sedang ditayangkan. Filem itu yang turut dibintangi oleh Christopher Atkins, hero yang muncul bersama Brooke Shields dalam filem The Blue Lagoon (1984).

Menurut MSN Malaysia, filem ini dalam bahasa Malaysia dan Inggeris -‘Hidden’ (‘Sorok’) turut dibintangi oleh Elaine Daly bersama Shawar Ali, Karlos, Shazad dan Shona. Ia dikategorikan sebagai filem seram dan diarahkan oleh seorang pengarah India, Sameet Badkar.

Erra Fazira berlakon sebagai Dian, seorang ibu yang risau tentang anaknya, Adam yang bertukar senyap dan telah mula mempunyai tabiat untuk menyorok. Setelah seorang asing memberitahu beberapa tempat mengundang bahaya kepada anaknya, Dian melarang anaknya dari meninggalkan sisinya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila anak Dian telah menyorok kembali secara tiba-tiba dan kematiannya juga tidak diketahui.

Ini pula treler penuh filem ini:

Korang boleh semak jadual tayangan filem ini di laman web Golden Screen Cinema. Layankan lagi 23 keping gambar dari filem Hidden dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit foto MSN Malaysia.
























October 22nd, 2011

Sudah lama Arnold Schwarzenegger berada dalam industri. Bermula sebagai seorang ahli bina badan, kerjayanya memuncak apabila menyertai dunia lakonan dan mula dikenali dalam filem-filem aksi blockbuster. Kerjayanya berada di kemuncak apabila dia terpilih sebagai gabenor California. Walau bagaimanapun, nama Arnold telah tercemar dengan pendedahan skandalnya bersama salah seorang pembantu rumahnya pertengahan tahun ini. Dia mengakui yang dia bersalah, dan memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun dengan skandalnya itu.

1968

Arnold juga telah menginspirasikan satu watak yang sinonim dalam siri animasi The Simpsons, McBain:

Begitu pun, ramai peminat yang masih menghargai Arnold sebagai seorang hero aksi dan bagi sesetengah orang, walaupun dia telah curang dengan isterinya Maria Shriver dan akan ke mahkamah untuk proses perceraian dan tuntutan, Arnold akan kekal sebagai seorang wira aksi di zaman kanak-kanak mereka. TheChive.com telah mengumpulkan gambar-gambar Arnold dari  permulaan kemunculannya, sehinggalah yang terbaru Ogos lalu. Lagi 31 keping gambar Arnold boleh anda dapati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

1970
1976
1977


1982
1983
1984

1985
1986
1987
1988
1990

1991
1993

1994

2000
2001



2007
2010
2011