Written by Bella | July 17th, 2019

Seperti yang dimaklumkan, semalam penyanyi Radhi OAG telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.

Radhi kelihatan tenang ketika disoal wartawan dan cara dia menjawab soalan pula mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen mengatakan perlakuan Radhi agak pelik seakan sedang khayal. Ada juga yang perasan gerak tubuh Radhi juga berbeza dan agak pelik. Ramai yang meninggalkan komen “kacip”.

Menurut penjelasan salah seorang pengguna Twitter, “kacip” adalah istilah yang digunakan oleh penagih dadah untuk merujuk seseorang itu khayal dan salah satu kesan sampingan apabila mengambil barang terlarang tersebut.

Tidak dinafikan sebelum ini Radhi sendiri pernah mengakui dia terlibat dengan pengambilan barang terlarang itu sejak remaja lagi. Bagaimanapun, itu tidak bermakna apa yang didakwa netizen itu benar. Ia sekadar penilaian mereka sahaja. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Radhi agar dia berubah menjadi insan yang lebih baik.

Sumber Berita : Forum CARI & Twitter

Written by Bella | July 16th, 2019

Disahkan bercerai talak satu dengan isterinya, Nur Shahira Ayu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, pagi tadi, penyanyi Radhi OAG mengakui di berhasrat untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu. Meskipun akan meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini, Radhi tetap akan berusaha untuk memujuk Ayu.

Saya akan cuba rujuk dengan Ayu. Islam memang cantik. Allah bagi pilihan untuk cerai dan rujuk. Jadi kehidupan perlu diteruskan.

Dalam proses merujuk, saya perlu ada perancangan baru. Dugaan ini adalah cara Allah menegur saya dan saya yakin apa yang berlaku ini ada hikmahnya.

 

Bagi Ayu pula, dia sangat bersyukur prosiding perceraian berjalan dengan lancar dan buat masa ini tidak memikirkan lagi soal rujuk dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, Ayu menjelaskan mereka masih boleh kekal berkawan seperti biasa.

Alhamdulillah. Rasa lega sangat kerana semuanya susah selesai dan dipermudahkan. Pasal rujuk itu saya belum fikir apa-apa lagi. Saya minta maaf tidak dapat kongsi sama ada masih ada perasaan sayang terhadap Radhi atau tidak.

Radhi seorang yang baik. Kami masih boleh jadi kawan macam biasa. Hari ini pun kami jumpa macam kawan. Rumah kami pun dekat saja untuk dia datang melawat anak-anak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3. Radhi melafazkan talak terhadap Ayu pada jam 4.20 pagi 25 Mac lalu, selepas berlakunya pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.

Sumber Berita & Foto : Utusan Online

Kredit Video : YouTube Harian Metro

Written by Bella | July 16th, 2019

Sebelum ini,  hangat dengan berita vokalis kumpulan OAG, Radhi telah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu. Bagaimanapun, perceraian mereka agak merumitkan apabila Radhi mengakui dia tidak mengingati lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya itu.

Terbaru, hari ini pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.

Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan jatuh talak satu terhadap Ayu ketika Radhi melafazkan talak di rumah mereka kira-kira jam 4.20 pagi pada 25 Mac lalu. Radhi mengungkapkan lafaz cerai selepas berlakunya pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.

Menurut Husaini, lafaz cerai yang dibuat Radhi diluar dan tanpa kebenaran mahkamah adalah sah dan memenuhi lima syarat yang perlu dipenuhi mengikut syarak.

Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : Facebook  Astro Gempak

Written by Bella | June 25th, 2019

Umum mengetahui vokalis kumpulan OAG, Radhi telah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu pada 25 Mac lalu. Bagaimanapun, perceraian mereka agak merumitkan apabila Radhi mengakui dia tidak mengingati lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya itu.

Susulan itu, Radhi diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya meminta dia membuat sumpah nafi berkaitan lafaz cerai tersebut. Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.

Sumpah saya tak ingat. Masa tu saya tak tidur dua hari jadi emosi saya tak stabil. Saya marah sangat, tumbuk pintu sampai pecah.

Saya marah sebab dia (Ayu) susah hendak pulang ke rumah kami kerana dia balik ke rumah keluarganya. Saya tak tidur risau pasal dia, apa dia buat.

Bagaimanapun, Ayu semasa prosiding di mahkamah menegaskan bahawa dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat oleh Radhi pada jam 4.20 pagi, 25 Mac lalu di rumah mereka. Radhi mengungkapkan lafaz cerai selepas berlakunya pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.

Dia lafaz ‘Aku ceraikan kau dengan talak satu’ . Lepas dia lafazkan ayat itu Radhi kata pada saya dia nak rujuk balik.

Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.

Sumber Berita : Harian Metro