Umum mengetahui vokalis kumpulan OAG, Radhi telah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu pada 25 Mac lalu. Bagaimanapun, perceraian mereka agak merumitkan apabila Radhi mengakui dia tidak mengingati lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya itu.
Susulan itu, Radhi diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya meminta dia membuat sumpah nafi berkaitan lafaz cerai tersebut. Sumpah nafi ialah sumpah yang perlu dibuat seseorang individu bagi menafikan apa yang dikatakannya sebelum mahkamah menjatuhkan sesuatu keputusan.
Sumpah saya tak ingat. Masa tu saya tak tidur dua hari jadi emosi saya tak stabil. Saya marah sangat, tumbuk pintu sampai pecah.
Saya marah sebab dia (Ayu) susah hendak pulang ke rumah kami kerana dia balik ke rumah keluarganya. Saya tak tidur risau pasal dia, apa dia buat.
Bagaimanapun, Ayu semasa prosiding di mahkamah menegaskan bahawa dia mendengar sendiri lafaz cerai yang dibuat oleh Radhi pada jam 4.20 pagi, 25 Mac lalu di rumah mereka. Radhi mengungkapkan lafaz cerai selepas berlakunya pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.
Dia lafaz ‘Aku ceraikan kau dengan talak satu’ . Lepas dia lafazkan ayat itu Radhi kata pada saya dia nak rujuk balik.
Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.