Sebelum ini, hangat dengan berita vokalis kumpulan OAG, Radhi telah bercerai dengan isterinya Nur Shahira Ayu. Bagaimanapun, perceraian mereka agak merumitkan apabila Radhi mengakui dia tidak mengingati lafaz cerai yang dilakukan terhadap isterinya itu.
Terbaru, hari ini pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.
Hakim Syarie Husaini Roslin memutuskan jatuh talak satu terhadap Ayu ketika Radhi melafazkan talak di rumah mereka kira-kira jam 4.20 pagi pada 25 Mac lalu. Radhi mengungkapkan lafaz cerai selepas berlakunya pertengkaran mulut antara mereka akibat salah faham.
Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 3 Jun lalu.
Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad.

Anonymous
July 16, 2019 at 3:01 pm
Tak ingat masa dia lafaz cerai??? Dia lalok kot masa tu. Dadah & Radhi berpisah tiada
Janda Hot
July 16, 2019 at 2:39 pm
kawin cerai kawin cerai si Radhi nie..hadoiii tak faham aku :(