Written by Bella | June 20th, 2019

Sah bercerai pada 25 Mac lalu, penyanyi Radhi OAG baru sahaja memberitahu dia dan bekas isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri akan hadir ke mahkamah semula untuk proses rujuk.

Namun, kenyataan Radhi jauh berbeza dengan Ayu dimana wanita itu sudah nekad dengan keputusan untuk meneruskan kehidupan solo membesarkan anak-anaknya.

Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cerai kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu saya juga tidak lagi tinggal bersamanya di kediaman kami. Selepas daripada itu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama tapi sejujurnya saya sudah nekad dengan keputusan ini.

Jika dia nak rujuk semula, saya tetap tidak mahu. Saya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak-anak tanpa dia. Saya mengharapkan semua orang dapat mendoakan yang terbaik buat saya dan Radhi.

Difahamkan, mereka telah memfailkan kes penceraian pada 3 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dan kes mereka akan dibicarakan dalam masa terdekat.

Radhi dan bekas isterinya enggan mendedahkan punca mereka bercerai. Kita tidak mengetahui apa yang mereka lalui dan mungkin berpisah adalah jalan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 20th, 2019

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, setiap hari kita akan dengar berita artis bercerai. Terbaru, perceraian vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi dan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri yang sah bercerai pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, ada khabar agak gembira buat pasangan ini apabila Radhi memberitahu mereka akan ke mahkamah syariah pada Isnin depan untuk proses rujuk.

Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir. Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut.

Ditanya mengenai pengumuman perceraian yang dibuat oleh bekas isterinya, Radhi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. Hanya mahu berfikiran positif sahaja atas tindakan Ayu.

Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar.

Dikala ramai juga netizen yang sedih dengan siri episod perceraian artis, akhirnya ada juga khabar gembira. Lumrah berumah tangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa. Pasangan mana yang tidak bergaduh dan rumah tangga mana yang tidak akan dilanda badai. Hanya perlu banyak belajar, bertolak ansur dan bersabar.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | June 20th, 2019

Spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga vokalis kumpulan OAG, Radhi akhirnya terjawab apabila isterinya, Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan penyanyi itu sudah pun melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.

Mereka juga sebenarnya sudah lama tidak tinggal sebumbung dan Ayu juga tidak pasti apakah tujuan sebenar Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua di media sosial.

Bagaimanapun, Ayu enggan mendedahkan punca perceraian mereka dan memaklumkan dia dan bekas suami masih lagi berhubung dengan baik demi anak-anak.

Radhi sudah melafazkan cerai terhadap saya pada 25 Mac lalu. Malah, lafaz cerai akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat. Jujurnya, saya tidak mahu membuka mulut mengenai status perkahwinan kami, namun ramai yang bertanya kerana Radhi banyak memuat naik gambar lama saya dan dirinya. Malah, ada juga yang keliru sama ada saya masih berhijab gara-gara gambar berkenaan.

Kami juga sudah lama tidak tinggal sebumbung, namun masih berkomunikasi dengan baik demi anak-anak. Begitupun, biarlah punca perpisahan tidak dikongsikan kepada umum kerana ia bersifat terlalu peribadi.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nur Aisyah dan Muhammad.

Sumber Berita : BH ONLINE