Written by Bella | June 20th, 2019

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, setiap hari kita akan dengar berita artis bercerai. Terbaru, perceraian vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi dan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri yang sah bercerai pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, ada khabar agak gembira buat pasangan ini apabila Radhi memberitahu mereka akan ke mahkamah syariah pada Isnin depan untuk proses rujuk.

Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir. Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut.

Ditanya mengenai pengumuman perceraian yang dibuat oleh bekas isterinya, Radhi bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. Hanya mahu berfikiran positif sahaja atas tindakan Ayu.

Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar.

Dikala ramai juga netizen yang sedih dengan siri episod perceraian artis, akhirnya ada juga khabar gembira. Lumrah berumah tangga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa. Pasangan mana yang tidak bergaduh dan rumah tangga mana yang tidak akan dilanda badai. Hanya perlu banyak belajar, bertolak ansur dan bersabar.

Sumber Berita : Kosmo Online

9 responses to Dah Lafaz Cerai Tapi Saya Tidak Mahu Perkahwinan Ini Berakhir – Radhi OAG

  1. faraj says:

    bagus lah…demi anak….!!! kalau org PAS tahu buat anak jer pastu tak amik tahu…Sebab org2 PAS kedekut hanat..!!! RM10 hinggit org PAS anggap mcm Tuhan dia….!!

  2. Anonymous says:

    pas 1 lagi 1 artis bercerai. musim cerai berai ni……………..

  3. Anonymous says:

    faraj sakit otak ke??

  4. Anonymous says:

    lain kali jgn lafaz cerai terlalu cepat..walaupun bini mendesak..kecuali memasing dh x ada hati..

  5. Anonymous says:

    Bro, kalau dah lafaz cerai = perkahwinan dah berakhir noktah

  6. Anonymous says:

    perkahwinan bukan satu mainan. buduhnya sjap mao cerai sjap rujuk. laen kali fikir sebelum bertindak

  7. ex bini radhi says:

    aahh masa dia 1st kawin dulu pun cani gak…radhi xnk cerai..tp bini dia nak cerai gak..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini