Written by Bella | March 9th, 2017

Selalunya kita jarang lihat Fasha Sandha melenting  meskipun dihimpit pelbagai gosip apatah lagi berkaitan hal penceraiannya dengan Jejai.

Sudah lebih setahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada dua orang anak, Fasha menerusi akaun Instagramnya mendedahkan beberapa foto yang menunjukkan seakan seseorang masih menagihkan cinta darinya.

Menerusi kapsyen yang ditulis Fasha, beliau sudah lama bersabar dengan hal berkenaan dan tidak mahu ia menjadi pengetahuan ramai. Namun, akibat sering diganggu beliau sudah tidak boleh berdiam diri lagi. Antara perkara yang turut dinyatakan oleh Fasha adalah berkaitan kebencian keluarga yang ramai mempercayai ia daripada pihak keluarga Jejai.

Malah, Fasha ada memberitahu beliau sudah beberapa kali cuba untuk menjauhkan diri daripada lelaki tersebut agar mereka tidak lagi bersama. Sebelum ini, Fasha menerima pelbagai cacian, herdikan serta hasutan daripada pihak berkenaan.

Kesabaran Fasha dicabar dan beliau selepas ini akan mendedahkan setiap apa yang berlaku, satu demi satu yang tidak pernah diketahui ramai sebelum ini. Fasha juga ada menyertakan #DramaSeribuEpisod berkaitan isu panas ini.

Difahamkan, Fasha juga bakal membawa perkara ini ke muka pengadilan dan menyertakan setiap bukti kata-katanya itu.

Kami tidak tahu apa yang terjadi tetapi berharap agar perkara ini dapat dibincang secara elok dahulu. Namun, satu perkara yang kami bersetuju adalah, jangan pernah mendesak dan mengganggu seseorang, setiap orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing apatah lagi mereka yang sebenarnya melalui penderitaan sebelum ini seperti Fasha.

Written by Bella | March 8th, 2017

Hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pelakon Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VIP. Bermula daripada berita berkenaan, netizen mengaitkan nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai teman istimewa Fattah. Mereka dikatakan mula rapat setelah Neelofa mengesahkan hubungan percintaannya bersama Fattah sudah berakhir.

Terbaru, Fattah menerusi portal mStar Online menafikan beliau kini sedang bercinta dengan Azrinaz seperti yang digembar-gemburkan. Fattah menyifatkan setiap spekulasi mengenai dirinya dan Azrinaz adalah satu fitnah semata-mata.

Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial. Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku. Saya cuba mengambil langkah berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga boleh jatuh sebagai fitnah. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri.

Fattah memberitahu Azrinaz sebenarnya hanya sekadar seorang pelanggan sahaja yang mengunjungi kafe miliknya iaitu Stalker Cafe bersama rakan-rakannya yang lain. Jadi, foto yang dimuat naik oleh Azrinaz di akaun Instagramnya itu tidak bermakna ia memberikan gambaran mereka sedang menjalinkan hubungan. Fattah berpendapat gosip percintaan itu timbul kerana beliau dan Azrinaz masih solo.

Mungkin isu ini timbul kerana saya pun masih tiada teman istimewa dan Azrinaz pun masih solo lagi. Saya mengharapkan sokongan dari peminat-peminat saya daripada sudut positif dan jangan mudah percaya dengan gosip seperti ini.

Harapnya dengan penjelasan ini tiadalah peminat Fattah yang salah faham ataupun mencetuskan sebarang spekulasi lagi.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 8th, 2017

Menerusi akaun Twitternya, Hafiz Hamidun baru-baru ini ada memuat naik foto kain dari gedung terkenal, Kamdar dengan nama Hafiz Hamidun Kain Baju Melayu Shine 44.

Status Twitter Hafiz jelas sekali menunjukkan beliau merasa bengang kerana namanya digunakan dan akan merujuk perkara berkenaan ke mahkamah.

Namun, isu tersebut mencetuskan kontroversi apabila ada sesetengah netizen yang kurang bersetuju dengan tindakan Hafiz. Mereka berpendapat Hafiz tidak patut menyaman Kamdar kerana ada kemungkinan nama yang digunakan pada kain tersebut milik orang lain. Iyalah, bukan seorang sahaja didalam Malaysia yang bernama Hafiz Hamidun bukan?

Apa pula pendapat anda?

Written by Bella | March 8th, 2017

Dihimpit kontroversi sehari selepas beliau mengumumkan perkahwinannya bersama , Gabriella Robinson, Datuk Hans Isaac bagaimanapun tidak mahu perkara itu menjadi penghalang hubungannya bersama wanita pilihannya itu.  Hans akui mereka sudah mengetahui tentang masa silam masing-masing dan ingin melupakan segalanya dan membina hidup baru bersama. Apa yang penting ialah kejujuran didalam hubungan yang terjalin itu.

Saya bersikap jujur dengan Gabriella, saya memberitahu dan menceritakan kepadanya apa yang terjadi sebelum ini. Bagi saya, pasangan kekasih harus bersikap jujur. Semua kisah lama harus ditinggalkan dan kita sebagai pasangan harus menghormati kisah lama masing-masing.

Sebelum ini, individu dengan nama Robin Coenraad menerusi laman sosial Facebook menuduh Gabriella berlaku curang dengannya. Lelaki berkenaan dalam status laman sosialnya mendakwa, beliau merupakan teman lelaki Gabriella dan mereka masih berhubung beberapa hari sebelum Hans mengumumkan berita perkahwinannya bersama Gabriella.

Berbicara mengenai isu itu, Gabriella juga memberitahu hubungan beliau dan Hans baik-baik sahaja.

Hans mempunyai kisah silam, saya juga mempunyai kisah silam. Bagi saya, semuanya baik-baik sahaja. Apa yang telah Hans lalui dahulu telah menjadikan dia insan yang saya temui sekarang. Saya menghormati perkara tersebut dan perkara tersebut tidak menjadi penghalang.

Hans dan Gabriella bakal berkahwin pada 29 Julai ini di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic. Mereka telah bertunang pada 29 Januari lalu di Singapura. Sumber Berita : Astro Gempak

P.S: Nak bergayut dengan awek/pakwe tapi top up dah habis? Nak top up tapi duit dalam dompet tak ada satu sen pun? Tak perlu risau tak perlu nak menangis. Download sahaja applikasi MANIS di https://goo.gl/QNDkm5 dan muat naik segala resit yang anda miliki. Kumpul point sebanyak mungkin dan kemudian tebus point tersebut untuk top up Hotlink, Xpax, Digi, Umobile dan Tune Talk anda. Kalau point anda terlebih-lebih, boleh tebus baucer KFC, AEON Big dan macam-macam lagi. Memang terbaik dan awesome sungguh applikasi MANIS ini. Sila download hari ini jugak untuk tidak ketinggalan peluang keemasan ini. Selamat mencuba!!!