Written by Bella | March 13th, 2017

Bukan mudah untuk seorang pelakon wanita bertudung seperti Emma Maembong  untuk mengelak ataupun tidak mahu melakonkan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki lain kerana umum mengetahui kebanyakkan pelakon harus mematuhi kehendak pengarah dan jalan cerita sesebuah drama ataupun filem.

Bakal muncul dengan filem Kimchi Untuk Awak tidak lama lagi, Emma akui beliau sudah bersedia untuk menerima segala kritikan apabila ada babak dimana beliau berpelukan dan berpegangan tangan bersama hero filem tersebut, Aiman Hakim Ridza. Emma tidak akan melenting kerana apa yang beliau lakukan itu adalah atas kehendaknya sendiri.

Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja.

Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian.

Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang ditangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak. Cukuplah saya katakan sebagai manusia biasa saya akan cuba belajar menjadi lebih baik.

Kadang-kadang kita tidak tahu situasi yang dihadapi oleh sesetengah pelakon wanita berhijab di set penggambaran. Harapnya Emma akan tabah dengan segala kritikan yang bakal beliau terima nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | March 12th, 2017

Baru-baru ini selebriti, Hafiz Hamidun mengumumkan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ibu tunggal pada bulan Mei depan dan majlis pernikahan beliau akan diadakan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, Hafiz masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi teman hidupnya itu.

Namun, menurut satu sumber, bakal isteri Hafiz bukanlah calang-calang orangnya. Wanita itu seorang yang agak terkenal dan berjaya dalam bidang kosmetik.

Wanita itu ialah Siti Arifah Amin ataupun lebih dikenali sebagai Joy Revfa Sofia. Jika anda perhatikan foto dibawah, Hafiz dan Joy menggunakan hashtag yang sama ketika memakluman info mengenai perkahwinan mereka.

Joy merupakan pengasas kepada MERVE Group Holdings Berhad yang menjual produk kosmetik hasil formulanya sendiri. Menguatkan lagi dakwaan beliau adalah bakal isteri Hafiz, Joy didalam biodatanya turut mengakui beliau adalah seorang ibu tunggal satu orang anak.

Emm, bertuah Hafiz memang cun bukan bakal isterinya?

Written by Bella | March 12th, 2017

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Adira Suhaimi dan suami, Datuk Red atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Adira selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Anggrek,  dengan berat 3.2 kilogram disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 11.30 malam pada 10 Mac lepas.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan cahaya mata sulung namun memerlukan rehat kerana masih lemah dan sedang menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baharu. Terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya dan bayi. Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas itu.

Alhamdulillah segala proses bersalin berjalan dengan lancar. Semoga kehadiran Anggrek didalam kehidupan Adira dan Datuk Red akan memberikan rezeki dan kasih sayang selain penyeri buat rumah tangga mereka. Tidak sabar kami untuk melihat wajah Anggrek sepenuhnya, mesti comel bukan?

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by serenity | March 11th, 2017

Pelakon cantik jelita Uqasha Senrose diketahui ramai terlibat dengan pelbagai kontroversi sebelum ini. Pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim, kemudian dikaitkan dengan beberapa orang pelakon lelaki seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.
17200779_1263902736979806_615410571_o

Namun, gambar yang kami terima menunjukkan Uqasha kini sedang rapat dengan pelakon kacak dari Singapura, Shah Iskandar.