March 22nd, 2017

Selepas kontroversi hangat dimana pihak Walt Disney enggan memotong babak gay didalam filem Beauty and The Beast, filem yang dinantikan ramai itu akhirnya dibenarkan untuk tayangan pada 30 Mac ini tanpa sebarang potongan.

Filem tersebut ditayangkan di bawah klasifikasi PG13  (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa).

Terdahulu, kontroversti filem Beauty and The Beast bermula apabila pengarahnya Bill Condon berkata, karektor LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan seorang gay. Ia telah diharamkan di beberapa pawagam di Amerika Syarikat dan Rusia telah melabelkan filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.

Filem ini yang sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac lalu telah ditangguhkan dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) pula menerusi satu kenyataan berkata pihak mereka akan meluluskan tayangan filem  muzikal fantasi itu dengan memotong beberapa babak yang dirasakan tidak sesuai buat tontonan di Malaysia.

Pihak Walt Disney Co pula menegaskan mereka enggan memotong babak gay yang  penuh kontroversi itu dan lebih rela untuk tidak menyangkan filem Beauty and The Beast di negara ini.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...