Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Hattan Nafi Tipu Pasangan Suami Isteri Sehingga Jutaan Ringgit

Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Kak Zab telah berjaya menarik perhatian ramai menerusi sebuah video yang mendakwa dirinya dan suami telah muflis gara-gara menjadi penjamin kepada penyanyi Datuk Hattan. Katanya, Datuk Hattan menipu mereka sehingga jutaan ringgit nilainya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Datuk Hattan telah tampil untuk menafikan dakwaan Kak Zab dan sekaligus ingin membersihkan namanya. Difahamkan, beliau juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung perkara ini yang telah menjejaskan namanya.

Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut. Semua yang dinyatakan adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Hattan menganggap apa yang berlaku adalah ujian buat dirinya yang semakin popular dan mungkin individu terbabit cuba untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Kami harap apa pun masalah yang dihadapi oleh Datuk Hattan dan Kak Zab, cubalah untuk bertemu empat mata dan meluahkan segala rasa tidak puas hati serta selesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top