“2 Kali Diceraikan Dalam Setahun, Dia Rasa Bangga Dapat Caras Suami Saya”

Trending

“2 Kali Diceraikan Dalam Setahun, Dia Rasa Bangga Dapat Caras Suami Saya”

16 Mac 2017, saya sekarang di Pejabat Agama, menunggu suami saya, Mamat, yang beria-ria nak failkan cerai. Dia paksa saya untuk setuju. Saya dah cuba pujuk, nasihat, tetapi tak jalan juga. Jadi saya ikutkan saja.

Advertisement

Kami bernikah pada awal tahun 2016. Inai di jari jemari masih merah tetapi tidak sampai dua bulan nikah, dia kenal dengan seorang perempuan bernama Siti, berasal dari Johor Bahru.

Dia kata, dia sayang Siti selepas seminggu berkenalan. Cinta pandang pertama. Saya pergi berjumpa dengan perempuan itu, Siti juga meluahkan perkara yang sama. Dia sayang Mamat sampai tak boleh nak lupa.

Saya senyum sahaja. Sebenarnya dia tidak mahu mengalah tetapi enggan berkongsi. Dia mula bermain drama air mata di depan mamat, seperti drama jam 7 petang di channel TV3.

Sejak dari itu, mereka selalu dating, ambil gambar sweet bersama-sama. Masing-masing letak gambar berdua di Facebook, WeChat, Telegram dan WhatsApp. Bersepah gambar-gambar mereka berdua. Bangganya Siti dapat caras suami orang.

Mamat pula bangga dapat bakal isteri baru yang cantik. Erkk? Cantik? Hihi. Dari gambar-gambar itu, keluarga Mamat dapat tahu dan semua mengamuk. Mereka memang sangat baik dengan saya terutamanya ibu mertua.

Berlakulah perang besar di antara Mamat dan keluarganya tetapi saya tidak mahu masuk campur. Ekoran dari itu, Mamat rasa tercabar lalu menceraikan saya pada bulan Jun 2016, selepas 4 bulan menjadi suami isteri.

Selepas jatuh talak 1, saya terus block Mamat dan Siti dari semua sudut. Saya teruskan hidup dengan muhasabah diri sendiri. Alhamdulillah, saya hidup selesa walaupun bersendirian.

Tak sampai sebulan kemudian, Mamat mencari saya, nak rujuk semula sebab ibu mertua yang pujuk. Saya beri peluang dan akhirnya kami rujuk semula selepas sebulan bercerai.

Tetapi Mamat minta saya rahsiakan dari Siti sebab dia tak mahu perempuan itu mengamuk. Saya ikutkan saja, malas nak bising.

Suami minta izin dari saya untuk berkahwin dengan Siti, saya izinkan. tetapi saya kata, jangan kejar yang sunnah sampai abaikan yang wajib.

Saya akui, Mamat memang baik, tak pernah pukul, maki, angkat suara pada saya. Kadang-kadang dia belikan makanan untuk kami berdua bila pulang ke rumah sebab tak nak susahkan saya memasak.

Oh lupa, kami duduk berasingan tetapi di daerah yang sama. Mamat takut, tak nak kantoi dengan Siti. Jadi dia menyewa di rumah lain. Dia balik 3, 4 hari seminggu.

Walaupun saya ada di sebelah dia, Mamat tetap buat seperti biasa bila Siti Call. Bersayang-sayang, muah-muah bagai. Saya biarkan saja. Nasihat jugalah sikit-sikit untuk jaga batasan.

Kami teruskan perkahwinan kami seperti biasa. Saya tetap tutup mulut dari semua pihak. Keluarga saya, kawan-kawan saya, tiada yang tahu, saya masih nak menjaga aib suami tercinta. Nak keluar rumah pun masih minta izin dari dia walaupun cuma ke pasar malam.

Sejak berkahwin, saya tetap menanggung perbelanjaan Mamat dalam semua hal sebab masa itu dia belum ada kerja tetap. Saya siswazah dengan gaji empat angka.

Alhamdulillah, cukup untuk kami berdua. Saya doakan setiap hari supaya Mamat dapat kerja. Susah sikit sebab dia belajar sampai Tingkatan 4 sahaja. Saya tak kisah, saya halalkan sebab kami sudah berjanji dulu untuk hidup susah senang bersama.

Akhir tahun 2016, Mamat dapat kerja tetap dengan gaji yang agak selesa. Namun tak dapat buat loan sebab belum ada slip gaji tiga bulan.

Satu hari, dia minta saya belikan barang-barang untuk hantaran. Saya menolak sambil tergelak-gelak. Kemudian dia nak pinjam RM10,000 dari saya untuk berkahwin dengan Siti yang semakin mendesak untuk kahwin cepat. Saya tetap berkeras enggan memberi.

Mamat mula stress dan marah-marah, kemudian mengajak saya ke pejabat agama untuk bercerai. Tapi last-last dia cakap tak jadi, saya ikutkan saja.

Sekarang gaji Mamat dah semakin tinggi, dia dah tak minta dengan saya seperti dulu. Dia dah mula bagi saya duit sikit-sikit. Alhamdulillah.

Loan bank pun dah dapat, katanyanya nak kahwin dengan Siti hujung bulan Mac 2017. Saya biarkan saja, saya langsung tak bersuara. Saya buat hal sendiri, tenang dan bahagia seadanya.

Ingatkan semuanya okey, tetapi tiba-tiba satu hari dia marah-marah cakap nak cerai. Saya confuse, cuba berbincang, cuba pujuk dan bertolak ansur, tetapi dia tetap nak bercerai. Mungkin kes lama berulang lagi agaknya yang mana Siti tak nak bermadu.

Saya jadi pening, sampai migrain. Tetapi akhirnya saya turutkan saja. Saya akui saya bukan orang baik-baik tetapi saya tidaklah jahat sangat. Kalau saya jahat, sudah lama saya huru-harakan hidup Mamat dan Siti.

Saya tahu Siti kerja di mana, keluarga dia duduk di mana, tahu nombor telefon dia, tahu Facebook dia. Saya boleh saja beritahu keluarga Mamat untuk tindakan lanjut atau bertindak sendiri kasi panas line.

Saya boleh saja call sumpah seranah maki hamun Mamat dan Siti. Saya boleh beritahu Siti yang Mamat ada perempuan lain selain dari dia (Siti kerap check telefon Mamat, siap delete semua nombor telefon saya dalam handhone itu tetapi Mamat kata Siti tak tahu dia ada tiga telefon. Hahaha!).

Tapi saya tak buat semua itu. Hari itu saya berjumpa dengan Siti pun cakap elok-elok. Saya tak balas apa yang Mamat dan Siti buat pada saya, sebab apa?

Sebab saya sedar saya cuma hamba. Yang berhak menghukum cuma Allah, sebab Dia yang Maha Adil. Lagipun, sorry to say, Mamat dan Siti bukan level saya. Bukan jenis saya nak serang-serang orang, tak berbaloi.

Saya dah penat berjuang, dah setahun cuba mempertahankan rumahtangga saya sebab saya tahu itu jihad. Saya ubah apa yang Mamat tak suka, saya buang ego saya, kawal amarah saya, buang rasa cemburu, saya senyum saja bila dia balik, layan dia baik-baik. Kalau dia tak balik, saya tak pertikaikan. Saya bagi Mamat peluang tetapi semua usaha saya tidak berjaya.

Sekarang saya dah give up. Siti bangga sebab dia dah menang. Dua kali dia hancurkan rumahtangga saya dalam masa setahun. Tapi tak apalah, Allah tahu apa yang terbaik. Akan ada hikmahNya.

Lelaki ke, perempuan ke, kita semua buat salah tetapi tolonglah perbetulkan. Bukan salah sebelah pihak sahaja. Bukan terus dibuang, bagi peluang pada pasangan masing-masing. Tetapi kalau masih tak berubah juga, carilah jalan terbaik. Jangan terus nak cerai.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...