Written by Bella | March 13th, 2017

Elly Mazlein ataupun lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom sering menjadi mangsa kritikan netizen. Terbaru, ada yang tergamak melabelkan beliau “janda gila glamor” dan mencari publisiti murahan kerana sering meluahkan perasaannya di media sosial.

Janda gila glamor? Eh, saya sukalah gila glamor! Adakah salah untuk saya rasa macam tu? Bagi saya seseorang artis, bila dah duduk dalam industri ni memang kena ada perasaan mahu gila glamor.

Eh tak kisah lah orang nak kata saya ni apa pun,gila glamor ke, drama queen ke, saya okey saja dan saya suka dengan gelaran seperti itu. Kalau difikirkan dari satu sudut, bukan senang juga nak dapat gelaran macam tu bukan, jadi saya harus rasa gembira.

Dalam pada itu, Elly menafikan beliau kini bersikap lebih sinikal. Jelas Elly, sikapnya masih lagi sama dengan dirinya dahulu , cuma didalam kelembutan ada juga sedikit kerasnya ketika bicara.

Sekarang, saya cakap saja apa yang saya nak cakap. Bukan apa, dulu, saya selalu kena. Sekarang saya rasa diri saya makin kuat disebabkan apa yang pernah berlaku dan apa yang saya dah harungi selama ini.

Dalam erti kata lain, saya ni dah tak larat nak jaga hati orang lain sebagaimana yang saya selalu buat dulu.

Mulut tempayan kita boleh tutup tetapi tidak mulut orang. Biarlah mereka hendak mengata, jangan cepat melatah. Kalau dilayan lebih menjadi-menjadi. Betul tak?

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Written by Bella | March 13th, 2017

Sejak beberapa bulan, nama Fattah Amin melonjak naik. Kata orang, Fattah dikatakan berada di puncak popularitinya.  Namun, menjadi popular ada perkara yang Fattah harus lalui seperti sering terpalit dengan gosip dan kontroversi terutama sekali berkaitan dengan wanita dan cinta.

Berbicara mengenai soal itu, Fattah akui beliau sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta. Fattah berpesan, peminatnya jangan mudah percaya dengan khabar angin yang tidak berasas.

Saya sudah rimas dikaitkan dengan isu wanita dan cinta. Saya berharap peminat tidak mudah percaya dengan gosip seperti ini. Mungkin isu ini timbul kerana saya belum ada teman istimewa.

Fattah enggan terasa hati dengan segala komen yang dilemparkan kepada dirinya oleh netizen dan hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Segala pujian dan komen negatif, saya ambil pendekatan positif. Banyak perkara yang perlu saya fikir untuk melangkah lebih jauh, jadi hal kontroversi itu saya letakkan di tepi. Apa yang penting ketika ini, saya berusaha meningkatkan mutu lakonan.

Fattah sebelum ini hangat diperkatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Neelofa ketika mereka bergandingan didalam drama Suri Hati Mr Pilot sehingga tercetusnya fenomena Lofattah. Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu mereka hanya pernah bercinta selama seminggu dan kini hubungan mereka sudah berakhir.

Baru-baru ini pula, Fattah didakwa sedang berkawan rapat dengan seorang wanita berstatus VIP. Ramai yang mempercayai wanita tersebut adalah Azrinaz Mazhar Hakim selepas wanita itu memuat naik fotonya bersama Fattah ketika mengunjungi Stalkers Cafe milik Fattah. Namun, Fattah dan Azrinaz kemudiannya menafikan mereka sedang hangat bercinta seperti yang digembar-gemburkan.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

Written by Bella | March 13th, 2017

Kebelakangan ini, macam-macam cerita tentang Neelofa hangat diperkatakan terutama sekali kisah cinta beliau. Paling mendapat perhatian ramai adalah keakraban beliau dengan Raja Muda Selangor Tengku Amir, beberapa pihak mendakwa mereka sedang hangat bercinta.

Terbaru, status Neelofa di akaun Twitternya meminta agar segala khabar angin dihentikan mencetuskan persoalan dikalangan peminatnya.

Namun, menerusi akaun Twitter itu juga,  status Neelofa itu juga berkemungkinan ada berkaitan dengan satu berita dimana kononnya Menteri Besar Selangor bakal mengumumkan tarikh perkahwinan Neelofa dengan seorang kerabat diraja.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Neelofa masih belum memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai status Twitternya serta khabar angin tentang pengumuman tarikh perkahwinannya itu.

Bersabarlah Neelofa dengan dugaan seperti ini. Apa-apa pun, jangan berdiam diri dan tampil menafikan berita itu sekiranya ia tidak benar. Kalau diam, lebih banyak spekulasi yang akan timbul.

Written by Bella | March 13th, 2017

Minggu lepas, kami ada menyiarkan artikel dimana adik kepada Datuk Fazley iaitu Raf Yaakob seakan sedang dilamun cinta dengan pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid menerusi sebuah foto dan kapsyen romantis yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Terbaru, menerusi portal Harian Metro, Mawar telah tampil menjelaskan gosip percintaannya itu. Menurut Mawar, beliau dan Raf masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan mengakui beliau dan Raf diperkenalkan oleh Emma Maembong yang sememangnya berkawan rapat degan Raf sejak daripada kecil. Mawar pula, adalah rakan baik Emma.

Antara saya dan Raf, kami belum lagi isytihar hubungan kami ini sama ada bercinta ataupun tidak. Buat masa ini saya senang kalau umum tahu bahawa kami berkawan. Saya mengenali Raf menerusi Emma Maembong, memandangkan keluarga Raf mengenali keluarga Emma sejak dulu. Emma dan Raf sendiri berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Disebabkan saya mengenali Raf baru dua bulan, jadi saya tidak berani untuk memberi komen lanjut. Pada saya, sebaiknya ikut saja perkembangannya bagaimana. Kalau ada jodoh dan tertulis Raf adalah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing, saya akan terima dengan hati terbuka.

Umum mengetahui Raf adalah seorang duda beranak dua, tetapi Mawar sedikit pun tidak kisah dengan status Raf. Mawar akui Raf mempunyai sifat bertanggungjawab dan apa yang penting lelaki itu mampu membimbingnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Sebagai bapa tunggal, saya dapat tengok bagaimana Raf memikul tanggungjawab. Dia melayan anaknya dengan penuh kasih sayang. Raf juga lelaki yang mementingkan keluarga.

Perkara itu membuatkan saya lagi berasa selesa kerana sebagai mana dia menjaga anak-anak dan keluarganya, sudah tentu kalau kami ada jodoh, dia juga akan menjaga saya seperti itu.

Mawar berjanji sekiranya beliau mempunyai sebarang berita gembira tentang hubungannya dengan Raf beliau pasti akan berkongsi mengenainya dengan peminat.

Sumber Berita : Harian Metro