(Video) : Pramugara AirAsia Ini Menari Ala Britney, Jadi Viral Ditonton Hampir 14 Juta Tontonan

Trending

(Video) : Pramugara AirAsia Ini Menari Ala Britney, Jadi Viral Ditonton Hampir 14 Juta Tontonan

Video yang memaparkan seorang pramugara AirAsia yang bernama Assraf Nasir, menari mengikut rentak lagu Toxic nyanyian Britney Spears menjadi viral di laman sosial.

Advertisement

Bukan sahaja menjadi viral di Malaysia, video tarian bertenaga Assraf itu turut mendapat perhatian seluruh dunia.

Beberapa laman Facebook terkenal antarabangsa seperti milik Liam Dineen juga memuat naik video tarian Assraf itu dan sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 14 juta tontonan.

Ramai yang terhibur dengan gaya Assraf yang bersahaja melakonkan kembali watak seorang kru penerbangan yang dibawa oleh Britney menerusi muzik video lagu Toxic yang diterbitkan pada tahun 2004.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes juga memuji bakat yang ditonjolkan oleh Assraf dengan berkongsi semula video tersebut di laman Instagram miliknya.

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes) on

“Classic. AirAsia version of Toxic. The talent in AirAsia never fails to amaze me. @assrafnasir is the best. Love it that staff can just have fun and be themselves,” tulis Tony.

Selain itu, laman web terkenal dunia, 9Gag juga memuat naik video tarian Assraf menerusi laman Facebook dan Instagram milik mereka.

A post shared by 9GAG (@9gag) on

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...