January 5th, 2015

Kan Abang Nara dah cakap. Hanez Suraya memang tak tipu apabila dia memaklumkan hubungannya dengan Romie telah tamat satu ketika dahulu. Mereka berdua memang telah berpisah. Namun sepanjang tempoh perpisahan itu, Romie bersungguh-sungguh datang memujuk Hanez Suraya sehingga dapat mencairkan hati pelakon jelita ini. Kata orang kerak nasi pun lama-lama lembut kalau direndam dalam air. Inikan pula hati seorang wanita yang pernah ditakluki hatinya dengan seorang jejaka. Amboi puitis sungguh!!!

hanez suraya dan romie

Selain daripada berjaya memenangi kembali hati Hanez Suraya, Romie juga telah berjaya memikat hati keluarga tunangnya itu. Iyerlah kita sebagai lelaki kalau nak jadikan anak orang isteri, mestilah dapat restu mak ayah. Jika anda ingat, ada satu ketika Hanez dikaitkan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang juruterbang. Berdasarkan penerangan Hanez, lelaki itu hanya kawan rapat dan bukannya pengganti Romie ketika itu. Terang Hanez Suraya:-

Memang kami putus ketika itu. Cuma dalam tempoh berpisah, Romie bersungguh sungguh mahu memenangi hati saya semula. Dia datang pujuk. Paling penting, dia memenangi hati keluarga saya.

Lelaki itu kawan baik saya. Jangan babitkan dia dalam semua ini. Jangan salah faham hanya kerana dia rapat dengan saya.

Saya mengharapkan penamat yang baik untuk ini. Saya anak sulung daripada tiga beradik dan keluarga juga mahukan yang terbaik untuk saya. Saya tak mengharapkan majlis yang berskala besar, cukup mereka yang datang nanti akan tumpang gembira

hanez suraya dan romie
Untuk makluman, Hanez dan Romie bercadang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh 6 bulan. Berdasarkan pengiraan Abang Nara, mereka akan menyambut Syawal tahun ini sebagai suami isteri. Pasti seronok. Semoga segala perancangan berjalan lancar hendaknya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie
hanez suraya dan romie

January 5th, 2015

Tidak lama dahulu, desas-desus keretakan hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak telah pun diterbangkan oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Namun ia telah dinafikan oleh pasangan merpati sejoli ini. Kedua-duanya turut berkongsi gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing dan meminta para peminat agar tidak mempercayai desas-desus tersebut. Kali ini, sekali lagi, status hubungan mereka menjadi tanda tanya. Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan bahawa Emma Maembong telah meminta kepada Zizan Razak untuk diputuskan hubungan mereka.

zizan dan emma maembong

Menurut satu artikel di Utusan Malaysia, Emma telah memohon agar hubungan dengan Zizan tidak diteruskan kerana dirinya kini berada di dalam fasa menenangkan diri. Malah Emma turut dilaporkan telah pergi bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan untuk mengubati hatinya yang luka. Punca perpisahan? Tidaklah pula diketahui. Namun desas-desus ini diperkuatkan apabila Emma berkongsi bait-bait lagu Already Gone nyanyian Kelly Clarkson di Instagramnya. Hmmmmmmm…
emma maembong

Hanya Emma dan Zizan sahaja yang tahu kesahihan desas-desus ini. Abang Nara percaya hampir kesemua peminat mereka mendoakan agar perhubungan cinta pasangan ini berakhir di jinjang pelamin. Kedua-duanya memang made for each other. Bak pinang dibelah dua. Sekali sekala bergaduh itu perkara biasa untuk pasangan bercinta. Kalau dah kahwin nanti lagilah banyak gaduh. Hehehe. Semoga Zizan dan Emma tabah menghadapi dugaan ini.

P.S: Video pembesaran perut ibu mengandung. Awesome

January 5th, 2015

Wow. Tak sangka lamaran Hairul Azreen terhadap Hanis Zalikha di konsert akhir Gegar Vaganza semalam menjadi topik hangat di media sosial. Kalau tak silap, aksi lamaran tersebut telah ‘trending worldwide’ di Twitter. Memang power!!! Secara jujur, memang romantik dan berani sungguh Hairul Azreen melamar kekasihnya di kala siaran langsung. Iyerlah kalau kena reject tak ke sedih? Nasib baiklah Hanis terima. Hehehe.

gegarvaganza hairul

Sayangnya keromantikan yang ditunjukkan oleh Hairul Azreen ini telah mendapat kritikan hebat di laman-laman sosial. Banyak komen yang dikeluarkan menyatakan ‘kemeluatan’ mereka. Antara komen lain ialah ‘tak kena tempat nak propose’, ‘ini budaya omputih bukan budaya kita’ dan macam-macam lagilah. Malah ada yang kecewa kerana gimik ini menyebabkan mood mereka menonton aksi para peserta akhir Gegar Vaganza terganggu. Amtara komen-komen yang menarik untuk dibaca ialah:-

gegarvaganza hairulgegarvaganza hairul

gegarvaganza hairul

Untuk makluman, lamaran ini telah pun dirancang 3 bulan lebih awal oleh Hairul Azreen. Katanya menerusi Mstar Online:-

Sebenarnya lamaran ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Benda ini semua kebetulan, apabila berborak dengan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli, dia tanya ‘bila nak kahwin?’.

Saya pun cakaplah memang dalam perancangan dan dia bertanya nak tak buat lamaran secara langsung di sebuah program?.

Mula-mula risau la juga, apa orang ramai kata pula, tetapi daripada sudut lain pula saya lihat ia satu peluang untuk memberitahu Hanis betapa seriusnya saya mahu bersama dia.

Tambahan pula dia pernah menunjukkan video-video lamaran di YouTube, dan menganggap ia sesuatu yang sangat romantis. Maka saya pun ingin berbuat demikian untuk menggembirakannya juga.

Adatlah apabila kita melakukan sesuatu perkara pasti ada yang suka dan ada yang tak suka. Nak puaskan hati semua orang memang susah. Yang penting hati kita dan orang tersayang gembira sudahlah. Jangan pedulikan sangat kata-kata orang lain. Lepas ini bolehlah mula merancang untuk perkahwinan anda pula. Semoga segalanya berjalan lancar. Buat anda yang masih belum melihat aksi lamaran ini, sila lihat di bawah:-


Apa pendapat anda mengenai lamaran ini?

P.S: Gubahan bunga seperti percikan bunga api.

January 5th, 2015

Malam semalam telah pun berlangsung konsert akhir Gegar Vaganza. 5 peserta yang berentap ialah Ayai Illusi, Mamat Exist, Ifa Raziah, Rahmad Mega, Haleeda dan Fazli Zainal. Kesemua otai-otai ini telah menunjukkan persembahan yang mantap namun Ayai Illusi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang RM100,000. Tahniah Ayai!!!

ayai ilussi juara gegarvaganza

Haleeda pula membawa pulang RM30,000 dengan mengungguli tempat kedua sementara Mamat Exist pula merangkul tempat ketiga dan membawa pulang RM15,000. Tempat keempat menjadi milik Rahmad Mega, tempat kelima Ifa Raziah dan tempat terakhir menjadi milik Fazli Zainal. Apa pun konsert akhir Gegar Vaganza semalam menjadi hangat apabila persembahan Ifa Raziah mendapat kritikan daripada Rosyam Nor. Di laman sosial juga ramai penonton melahirkan rasa terkejut dengan persembahan Ifa Raziah.

ayai ilussi juara gegarvaganza

Secara keseluruhan, program Gegar Vaganza ternyata memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi lama mengembalikan zaman kegemilangan mereka. Malah program ini turut mendapat sambutan yang hangat. Khabarnya musim kedua sudah di dalam perancangan. Siapakah penyanyi-penyanyi yang anda inginkan untuk musim Gegar Vaganza yang seterusnya? Kongsikan di ruangan komen.