Dikritik Beri Pengaruh Negatif Kepada Remaja, Drama Suamiku Encik Sotong Ada Selit Unsur Pengajaran

Hiburan

Dikritik Beri Pengaruh Negatif Kepada Remaja, Drama Suamiku Encik Sotong Ada Selit Unsur Pengajaran

Menarik sungguh artikel mengenai drama tempatan di TheAntDaily yang baru Abang Nara baca sebentar tadi. Di kala adegan bercium di dalam drama/filem Barat ditapis, jalan cerita drama tempatan yang membenarkan isteri pergi bercuti dengan kekasih hati di Bali sehingga mengandung diluluskan pula oleh pihak yang bertanggungjawab. Ia seolah-olah menunjukkan perkara ini adalah satu norma masyarakat dan pastinya akan memberi kesan negatif terutama kepada kanak-kanak yang menonton drama sebegini.
suamiku encik sotong Seorang ibu bernama Julieza Ibrahim melahirkan rasa prihatinnya dengan jenis-jenis drama yang sedang dipertontonkan untuk tontonan rakyat Malaysia di kaca televisyen. Kata Julieza:-

Jika anda ingin menyemai nilai positif kepada belia Malaysia, adakah drama sebegini yang akan tayangkan? Saya tidak mahu anak saya menonton program seumpama ini.

Berdasarkan hukum Islam, seorang lelaki dan wanita yang tidak berkahwin boleh ditangkap ‘khalwat’ tetapi di dalam drama Melayu, ia ditunjukkan seolah satu perkara biasa yang berlaku hari-hari yang dibenarkan.

Apakah yang sedang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem? Adakah ini nilai yang ingin kita semaikan kepada anak-anak kita? Anda bercerita mengenai pembuangan bayi tetapi di masa yang sama anda tunjukkan drama seorang wanita berkahwin yang mengandungkan anak lelaki lain.

Orang muda tertarik akan drama sebegini. Adakah program sebegini yang kita mahu mereka tonton? Mereka mungkin beranggapan apa yang ditayangkan adalah budaya dan ia adalah ‘cool’ dan ‘betul’ untuk dilakukan.

Anda haruslah mempraktikkan apa yang diajar. Sudah tentu Islam membenarkan hiburan, tetapi ia sepatutnya hiburan pada jalan yang betul. Kenapa tidak ditayangkan drama dengan nilai yang lebih positif?

Menarik bukan kata-kata daripada seorang ibu ini? Abang Nara memang dah perhatikan lama dah drama-drama Melayu ini (drama negara lain pun lebih kurang serupa). Jalan cerita mesti sama. Kahwin paksa, lahir anak luar nikahlah, isteri garang tak hormat suami, suami macam dayus dan macam-macam lagilah yang kebanyakan nilai negatif. Jarang dapat tengok drama Melayu yang bagus-bagus. Mungkin jalan cerita sebegini yang digemari oleh penonton drama tanah air.
suamiku encik sotong Apa pun menurut penerbit eksekutifnya drama Suamiku Encik Sotong iaitu Zetty Alia, akan ada pengajaran yang bakal disampaikan di dalam 10 episod terakhir drama ini. Untuk makluman, Suamiku Encik Sotong mempunyai 20 episod. Kata Zetty menerusi Mstar Online:-

Sekarang kita baru tengok episod 10 bersiaran, ada 10 episod lagi yang akan ditayangkan yang mana episod seterusnya akan menampilkan nilai pengajaran.

Kami tidak membuat drama ini untuk menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat, setiap adegan yang tidak baik akan diberi pengajaran pada akhirnya nanti.

Tak kan kita buat drama yang tiada pengajaran kepada masyarakat. Bagi saya penonton perlu tonton hingga akhir baru menilai drama ini

Advertisement

suamiku encik sotong

Sama-samalah kita nantikan pengajaran yang bakal diselitkan kelak. Apa pula pendapat anda mengenai drama-drama tempatan sekarang ini? Banyak yang bernilai positif atau negatif? Sila kongsikan di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...