Written by AbangNara | January 7th, 2015

Pasti peminat kumpulan Virus akan memarahi Abang Nara apabila membaca artikel ini. Namun sebenarnya Abang Nara adalah salah seorang yang menaruh harapan tinggi apabila mengetahui Tauke, Yus dan Zizan akan bergabung di bawah satu kumpulan untuk MLM2014. Membawakan nama Virus, persembahan mereka sentiasa Abang Nara nantikan setiap minggu. Sayangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
virus mlm2014 Minggu pertama dan minggu kedua masih tidak lawak bolehlah diberikan alasan tiada ‘chemistry’. Namun kalau sudah masuk minggu kelapan lawak yang dipaparkan masih hambar, apakah lagi alasan yang boleh digunakan? Tidak dinafikan pada minggu kelapan yang bertemakan ‘artis jemputan’, lawak yang ditampilkan oleh Virus dengan Amyra Rosli lebih baik berbanding minggu-minggu sebelum ini.
virus mlm2014 Namun jika dibandingkan dengan lawak Bocey, Shiro dan Sepahtu, tak melampau dikatakan jika mutu lawak Virus berada satu takuk di bawah kumpulan-kumpulan ini. Kehambaran lawak Virus juga dibuktikan apabila sudah 2 minggu berturut-turut mereka berada di bottom 3. Nasib baiklah minggu lalu tiada penyingkiran. Kalau tak Abang Nara yakin nama kumpulan Virus yang akan disebut.
virus mlm2014 Ada yang berpendapat gabungan Yus, Tauke dan Zizan adalah satu gandingan yang salah. Lebih baik Yus dan Tauke beraksi sebagai kumpulan Jambu. Ini kerana lawak-lawak Jambu dalam Maharaja Lawak Mega sebelum ini ternyata menyengat. Kehadiran Zizan seolah-olah membataskan lawak mereka. Ada betulnya juga pendapat itu. Namun satu jalan penyelesaian haruslah dicari. Nak tak nak kini mereka bertiga bergerak sebagai satu kumpulan.

virus mlm2014

Kalau Abang Nara seorang yang berpendapat lawak Virus masih hambar, bolehlah nak cakap ini adalah satu artikel yang bertujuan menjatuhkan kumpulan ini. Namun ini adalah realiti yang harus ditelah oleh Virus. Hampir 90% komen-komen di laman sosial melahirkan rasa kecewa, sedih dan hampa dengan mutu persembahan Virus setiap minggu. Kami semua sayangkan Virus sebab itulah kami beri komen sebegini. Kalau tak sayang, kami biarkan sahaja Virus hanyut dengan lawak syok sendiri. Tak gitu?

virus mlm2014 Abang Nara memahami yang Zizan, Yus dan Tauke masing-masing sibuk dengan aktiviti sehingga membataskan persediaan untuk MLM2014. Namun jika persembahan yang sama diteruskan, ia pasti akan mengecewakan para peminat. Diharap Virus akan lebih bersedia, banyak buat study, dan kembali membuatkan orang ramai tertawa. Jangan sampai tersingkir kerana peminat sekarang sudah pandai menilai. Populariti sahaja tak guna jika lawak tak menjadi.

virus mlm2014 Sama-samalah kita nantikan persembahan kumpulan Virus minggu ini. Diharap ia akan dapat menggeletek perut Abang Nara. Apa pula pendapat anda?

Written by AbangNara | January 7th, 2015

Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar telah mendedahkan yang sijil nikah Awie dan Rozana adalah palsu selepas semakan di pangkalan data menyaksikan sijil tersebut didaftarkan atas nama orang lain. Untuk makluman, Awie dan Rozana telah pun bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Rozana telah mendakwa bahawa Awie tidak pernah mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia.

awie rozana

Pemeriksaan telah dilakukan menerusi sistem e-Munakahat berdasarkan nombor MyKad, nama Rozana serta nombor siri sijil nikah namun kedua-dua memberikan jawapan yang menghampakan. Menurut Yusoff Abu Bakar, hampir 100 peratus data yang dipaparkan oleh sistem e-Munakahat adalah tepat. Kata Yusoff:-

Pada 4 Julai 2014, kami membuat semakan menerusi applikasi e-Munakahat menggunakan nombor MyKad dan nama Rozana, namun kedua-duanya gagal didapati dalam pangkal data kami. Pada 8 Julai 2014, kami menerima permohonan daripada Ahmad Azhar Othman menyemak dokumen itu dengan menyertakan salinan sijil nikah mereka. Kami membuat pencarian berpandukan nombor siri sijil berkenaan dan mendapati ia didaftarkan atas nama orang lain.

awie Prosiding seterusnya bakal berlangsung pada 13 Januari 2015. Untuk makluman, Awie tidak menghadiri prosiding semalam. Sama-samalah kita nantikan perkembangan kes ini. Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | January 7th, 2015

Populariti kumpulan Bocey mula meningkat sejak menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Tahun ini, nama kumpulan ini semakin femes dan menyerlah dengan lawak-lawak bermutu tinggi di MLM2014. Tidak dinafikan persembahan kumpulan Bocey adalah antara yang dinantikan oleh jutaan penonton MLM2014 pada setiap hari Jumaat. Namun seperti biasa apabila popular, kisah-kisah peribadi ahli-ahli kumpulan ini turut sama menjadi perhatian. Terbaru, gambar Fad Bocey dengan seorang wanita yang dikatakan kekasihnya mula bertebaran di Internet.
fad bocey dan kekasih Gambar-gambar bersama gadis yang bernama Syaheeraa Rahman ini telah dikongsikan oleh Fad sendiri menerusi akaun Instagramnya. Ayat-ayat yang disertakan juga berunsurkan romantik. Kemungkinan besar Syaheera telah berjaya mencuri hati Fad atau dalam erti kata lain, ialah kekasih pelawak ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan.
fad bocey dan kekasih

Pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Itulah korang nak mengorat lambat sangat. Hehehe. Yang penting kita doakan kebahagiaan Fad dan Syaheera. Ada jodoh bolehlah makan nasi minyak. Gembira Abang Nara melihat kebahagiaan mereka. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fad Bocey.

P.S: BMW 5 series yang terbaru

 
Written by serenity | January 7th, 2015

Sebelum ini Abby Abadi pernah memberikan reaksi berkenaan kritikan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkenaan kemunculan artis berhijrah sebagai ustazah ekspres.

Baru-baru ini Abby baru pulang dari mengerjakan umrah dan khabarnya telah membuat komen di akaun Instagram yang mengkritik sukarelawan yang membantu mangsa banjir di Pantai Timur kerana tidak menutup aurat.


 photo 10917512_10152770011107562_966844170_n1.jpg
 photo 10917485_10152770011197562_282820061_n.jpg
Dalam kenyataannya juga Abby mengkritik pihak media yang menayangkan sukarelawan atau mangsa banjir yang tidak menutup aurat. Tindakan Abby ini mendapat kritikan sumber kami yang enggan dinamakan. Beliau berkata:

Bro, ustazah express Ni bru blik umrah, sesuke hati nk mngata org2 yg bntu banjir..Who’s she to judge people – die rase die Mmg dh confirm ahli syurga agaknya.

Memang mengagumkan keprihatinan Abby terhadap aurat, rasanya sudah berkali-kali dia memberikan komen tentang aurat sebelum ini.

Apa yang dikatakan mungkin ada betulnya tetapi tidak dinafikan, cara tegurannya disampaikan mungkin menyakitkan hati pelbagai pihak. Maklumlah dalam keadaan bencana seperti banjir, sukarelawan mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya jika ada aurat yang terselak kerana sibuk menolong mangsa banjir dan pihak media pula perlu melapor berita kerana orang ramai ingin tahu dan memberi bantuan.

Diharap Abby dapat memberikan komen tentang permasalahan lain juga melibatkan agama selepas ini bagi perkongsian ilmu. Apa pendapat anda?

Page 40 of 46« First...102030...3839404142...Last »