Seorang budak lelaki di wilayah Jiangxi di China bertekad menjual sampah yang dikutip di jalanan untuk membantu biaya perubatan ayahnya yang menghidap leukaemia.

Mo Suangyi ialah pelajar darjah lima. Apabila bapanya didiagnosis menghidap leukaemia, keluarganya mendapati kos perubatan ialah lebih 600, 000 RMB (RM 344, 557.35). Untuk membantu, budak itu mula mengutip dan menjual sampah.
Dalam masa dua bulan lepas, dia telah menjual lebih 300kg bahan terbuang, menurut Tencent News. Mo menulis dalam diarinya:
Saya mesti jaga nenek dan adik, supaya ayah tidak risau.
Mo turut membuat kerja rumah, termasuk memasak, mengemop lantai dan membasuh pinggan.
Salah satu entri diarinya tertulis:
Ayah tahu tak? Hari ini saya dapat 36.6 yuan hasil menjual sampah. Saya tahu masih banyak yang perlu dikumpulkan untuk mencapai 600 ribu, tapi saya takkan mengalah. Ayah, sila bertahan dan ayah akan sihat semula!
Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.





aku
January 16, 2015 at 8:41 pm
Betul..kt malaysia..rakyat kebanyakn suka meminta2..tak tau malu.bila lori limau accident,pakat berebut kutip mcm tak mkn seminggu n bg mkn ank bini n perut sdiri.manalah rezki tak berkat..bila miskin,hidup susah,salahkn org lain..cubalah amalkn sikap memberi dr menerima,dunia akhirat pun slmt..bila ditegur..mulalah meroyan.
kak cik
January 14, 2015 at 9:12 am
bagusnya usaha adik ni.. sori to say kalau kat malaysia orgnya lebih gemar meminta2..
rara riri ruru
January 15, 2015 at 11:10 am
setuju..org kat malaysia ni (tak semua) hnya tau meminta dan mgharapkan duit bantuan tnpa berusaha…
asyik mgharapkan belas ihsan masyarakat..
bila ngara nk maju cmni…
puk
January 16, 2015 at 7:31 am
Kat China berapa juta rakyat… kat sini berapa juta? Kat sana dia orh nak matipun kerajaan tak ambik tahu. Lain padang, lain belalang. tak tau belajar