Written by AbangNara | December 5th, 2014

Petang semalam, Elaine Daly telah pun sah bergelar isteri kepada Nick Borden, seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan. Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di restoran makanan Itali, Ciao yang terletak di Jalan Kampung Pandan. Untuk makluman, Nick telah pun menetap di Malaysia selama 10 tahun dan mempunyai taraf penduduk tetap. Mereka berdua telah bertunang pada Julai lalu.
gambar kahwin elain dalyMajlis meraikan pasangan ini akan turut diadakan di tempat asal Nick Borden yang merupakan seorang duda anak satu iaitu di Johannesburg, Afrika Januari depan. Selepas itu Elaine dan suaminya akan berbulan madu Zimbabwe. Sabtu ini, mereka berdua akan diraikan di dalam satu majlis tertutup di sebuah lokasi yang dirahsiakan.
gambar kahwin elain daly

Tahniah diucapkan kepada Elaine Daly dan Nick Borden atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 4th, 2014

Baru mendirikan rumah tangga pada 15 September lalu, Mon Ryanti dan suami telah pun didatangi dengan berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Mon Ryanti telah disahkan hamil 2 minggu oleh doktor pada akhir November yang lalu. Alhamdulillah. Murah rezeki dapat mengandung awal.

mon ryanti hamil

Di awal-awal kehamilan ini terutamanya pada trimester pertama diharap Mon Ryanti tidak terlalu banyak membuat kerja berat. Banyakkan berehat. Mon Ryanti juga memaklumkan yang dirinya mengalami ‘morning sickness’ sepanjang hari. Fuh. Dugaan tue. Kata Mon menerusi portal Murai:-

Alhamdulilah saya sudah pun disahkan hamil 2 minggu oleh doktor akhir November lalu. Sebenarnya kami dapat kesan saya hamil setelah saya lambat datang bulan dan telah membuat ujian kehamilan sendiri di rumah.

Memang kami gembira apabila melihat alat ujian kehamilan itu positif tetapi saya tidak mahu terlalu teruja sehingga kami berjumpa dengan doctor dan pihak hospital sendiri mengesahkan kehamilan saya.Tak tahu nak gambarkan bagaimana gembira dan terujanya kami suami isteri.

Saya mengalami alahan yang sangat teruk, bukan sahaja morning sickness di waktu pagi malah ianya kini berlanjutan sehingga seharian. Sekarang ni, apa sahaja yang saya makan pasti akan dimuntahkan kembali.

Malah, saya kini tidak larat untuk bangun pergi kerja dan hanya mahu tidur seharian. Nasib baik pihak Ultra.fm memahami dan beri cara alternative lain untuk saya selesaikan kerja saya.

Pun begitu, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan sering membantu dan menemani saya ketika ini

mon ryanti

Sememangnya sikap memahami seorang suami amat penting di kala ini. Kena bagi kata-kata semangat. Kena sentiasa rajin tolong buat kerja rumah. Muntah-muntah memang memenatkan. Rasa nak terbaring je. Semoga segalanya berjalan lancar buat Mon Ryanti. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Harga diesel tinggi kerana subsidi masa lalu

Written by AbangNara | December 4th, 2014

Pergolakan rumah tangga bekas kekasih seorang pelakon, Romie Razin Adilha Abd Jais, bakal menemui titik nokhtah pada Selasa depan.

Peguam yang mewakili Romie, 34, Rubiah Jaafar memohon penangguhan prosiding kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum permohonan cerai secara baik yang difailkan plaintif, Nur Liyana Abdul Manan diputuskan.
romie liyana manan “Ada beberapa perkara yang mahu dibincangkan dan diselesaikan secara muktamat,” katanya.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Azmi Aziz membenarkan permohonan penangguhan prosiding itu.

Di luar mahkamah Rubiah memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah hak penjagaan anak dan sebagainya.
romie liyana manan Nur Liyana yang diwakili peguamnya, Siti Noraira Mat Johar memfailkan penceraian secara baik pada 15 September lalu  mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga pasangan  ahli perniagaan itu menjadi tumpuan ramai selepas Romie, didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon muda, Hanez Suraya. Sumber Sinar Harian.

Written by AbangNara | December 4th, 2014

Pejam celik pejam celik dah 1 bulan rupanya usia anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rana ini. Cepat sungguh masa berlalu. Makin hari makin comel. Macam-macam gaya yang dibuat oleh si Aaisyah ini. Abang Nara pasti ramai yang geram melihat kecomelan si ‘princess’ ini. Abang Nara geram tengok kepandaian Aaisyah buat memek muka. Comel sangat-sangat.

aaisyah dhia rana

Tengok tue Aaisyah main mata. Hehehe. Kecik-kecik dah pandai ambil hati orang. Senyumannya memang boleh membuatkan orang lain turut sama tersenyum. Manis sangat-sangat. Geram!!!

aaisyah dhia rana

Ubatilah hati anda yang rindu dengan keletah Aaisyah Dhia Rana dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Banyak lagi gambar yang akan membuatkan anda berkata ‘oh comelnya budak nie’.

P.S: Darjah kebesaran ‘Dato’ Seri milik Anwar Ibrahim ditarik balik

 
Page 31 of 37« First...1020...2930313233...Last »