Written by AbangNara | December 4th, 2014

Yeah~~~ Setelah sekian lama berada di dalam fasa percubaan, akhirnya hari ini Abang Nara dah bersiap sedia untuk berkongsi dengan anda semua mengenai satu lagi projek terbaru BeautifulNara iaitu FamilyNara. Memerhatikan kesibukan si ibu dan si ayah mencari barangan untuk diri sendiri, anak-anak, perhiasan rumah dan keluarga tercinta, Abang Nara telah tampil dengan idea untuk mewujudkan FamilyNara, di mana kesemua barangan keperluan harian boleh dibeli di sini.
familynara Berbeza dengan laman web online shopping yang lain, FamilyNara menyediakan barangan-barangan mengikut kategori untuk memudahkan pencarian. Contohnya ada baju sekolah jenama UNI1ONE (beg sekolah dan kain untuk pelajar perempuan pun ada) dengan diskaun sebanyak 15% serta penghantaran percuma. Confirm tak ada kedai online lain atau kedai fizikal yang jual lebih murah daripada FamilyNara. Tak perlu lagi nak bersesak-sesak dan kelam kabut mencari baju sekolah bila cuti nak habis nanti. Beli sahaja di FamilyNara.
familynara

Untuk ibu-ibu, gadis-gadis dan awek-awek di luar sana, FamilyNara menyediakan pelbagai pilihan pakaian, tudung, kasut, makeup dan macam-macam lagilah untuk anda. Sepanjang testing period hari itu, antara produk yang paling laku untuk kategori Hawa ini ialah jubah Lemari Myra. Banyak sangat jubah-jubah yang menarik dengan harga yang amat berpatutan. RM118.15 je dah boleh dapat sehelai. Itu belum campur diskaun yang akan Abang Nara kongsikan sebentar lagi. Confirm harga jubah ini lebih rendah dari RM100 nanti. Mana nak cari?

familynara

Mesti kaum Adam tertanya-tanya ada ke produk yang sesuai untuk anda di FamilyNara ini kan? Jangan risau. Best seller kitorang iaitu jubah Bin Qareem pada harga RM150 tersedia untuk menambahkan lagi kekacakan anda. Kualiti kainnya terbaik, rekaannya moden dan sesuai untuk dipakai ke mana sahaja. Abang Nara pun dah ada 2 helai. Pakai kat rumah pun selesa yang amat. Hehehe.

familynara

Apa kelebihan FamilyNara ini lagi? Untuk anda semua, kami ada dedicated customer service yang akan melayan segala persoalan, permintaan dan apa jua yang anda mahukan (jangan ajak dating sudahlah). Boleh WhatsApp ke 011-333-87668. Dan untuk pembukaan secara rasmi hari ini, Abang Nara nak bagi diskaun sebanyak RM30 dan penghantaran PERCUMA untuk setiap pembelian RM100 ke atas. Masa nak buat pembayaran cuma perlu masukkan kupon NARASAVE. Kalau tak tahu nak guna, silalah Whatsapp ke nombor yang Abang Nara kongsikan tadi. Nanti akan diajar satu persatu caranya.

familynara

Banyak lagi pilihan pakaian, barangan rumah dan macam-macam lagi ada di www.familynara.com. Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli dengan tawaran hebat yang hanya akan sah sehingga 15 Disember ini. Silalah bersegera. Ada sebarang persoalan boleh juga ajukan di ruangan komen. Abang Nara akan cuba jawab sepantas mungkin.

Written by AbangNara | December 4th, 2014

Wow. Baru nak buat ‘comeback’ harga dah tinggi melangit. Secara jujur harga yang dikenakan oleh pengurusan Amelina  iaitu syarikat Wake The Baby untuk mendapatkan khidmat penyanyi tersebut amatlah tidak sesuai. Amelina sudah terlalu lama menyepi, lagu baru pun tak ada, vokal pun tak tahu sama ada masih okay ke tak, tup-tup kena charge setinggi ini. Mesti penganjur fikir 5,6 kali untuk dapatkan khidmatnya.

harga persembahan amelinaWalaupun tidak memaklumkan harga sebenar, namun berdasarkan penerangan Pengurus artis syarikat berkenaan, Liza Ilias (isteri Ajai), Abang Nara boleh mengagak harga yang ditetapkan ialah sekitar RM14000. Kata Liza:-

Kami ada menerima beberapa permintaan daripada penganjur persembahan di Singapura untuk acara korporat, namun kami masih belum mengesahkannya lagi. Daripada harga yang kami beri tidaklah terlalu mahal kerana kalau dulu harga dia RM7,000. Sekarang kadarnya dalam dua kali ganda bersesuaian dengan suasana ketika ini. Takkan nak ikut harga lama juga. Bagaimanapun, harga tersebut masih boleh dibincangkan lagi

amelina

Fuh nasib baik harga masih boleh dibincangkan. Kalau harga mati memang rasanya sukar untuk Amelina mendapatkan ‘job’ pada harga tersebut. Bukan merendahkan keupayaan penyanyi tersebut, namun rasanya dengan harga yang sama boleh dapatkan penyanyi muda yang lebih popular. Apa pun diharap syarikat pengurusan Amelina berfikir sedalam-dalamnya sebelum meletakkan harga untuk artis naungannya. Jangan kerana harga yang mahal tak ada tawaran yang diterima. Harga mestilah berpatutan dan berdaya saing. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Wajah terkini Nur Syafiqa, mangsa torehan di Pasir Putih

Written by AbangNara | December 4th, 2014

Abang Nara merupakan pengguna setia minyak PETRONAS. Sejak pulang dari Korea pada tahun 2008 sehingga ke hari ini, memang Abang Nara tak pernah isi minyak lain selain daripada PETRONAS untuk kereta tercinta. Jadi apabila PETRONAS menjemput diri ini untuk mengikuti konvoi “Experience To Believe” ke Ipoh sambil menguji minyak PETRONAS PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula, tanpa berfikir panjang terus Abang Nara bersetuju. Bukan senang peluang sebegini nak muncul kan?

primax 95

Lebih kurang 30 rakan media telah dijemput oleh PETRONAS untuk merasai sendiri kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Kami semua telah berkumpul di Publika, Mont Kiara sebelum berlepas untuk mendengar sedikit taklimat mengenai konvoi ini. Antara fakta-fakta yang diberikan oleh YM Raja Mazhar Mohar Raja Mohar ialah minyak baru PETRONAS ini dibangunkan dengan kerjasama jurutera PETRONAS dan pasukan Formula F1 Mercedes AMG. Seperti yang kita sedia maklum, pasukan Formula F1 Mercedes AMG baru-baru ini telah pun memenangi kejuaraan F1 untuk musim ini. Teknologi yang digunakan untuk menjana kemenangan ini telah pun dipindahkan ke dalam PRIMAX 95 dan kita sebagai pengguna dapat merasai kehebatannya.

primax 95

Hujan renyai-renyai yang turun tidak mematahkan semangat kami untuk merasai sendiri kelainan PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini. Sebelum berlepas, seperti biasa kenalah ambil gambar berkumpulan. Masing-masing excited tak ingat. Kami dibekalkan dengan Touch N Go, walkie talkie dan juga “PETRONAS Gift card” untuk mengisi minyak di stesen PETRONAS. Apa-apa pun, masing-masing diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati. Keselamatan harus diutamakan.

primax 95

Yeah~~ Itu dia bendera perlepasan. Kereta Abang Nara no 27 jadi diri ini berada dalam kumpulan ketiga. Kami akan memasuki lebuhraya PLUS dan berhenti di RnR Rawang untuk mengisi minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula di sana. Hujan masih turun jadi Abang Nara memandu dengan agak perlahan. Sepanjang perjalanan kami telah menerima arahan daripada ketua konvoi menerusi walkie-talkie yang dibekalkan.

primax 95

Ini wajah gembira Abang Nara ketika berhenti di stesen minyak PETRONAS RnR Rawang. Dah tak sabar nak mulakan perjalanan ke Ipoh setelah tangki kereta diisi penuh dengan minyak PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula. Sedikit fakta untuk anda, selain daripada membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran, PRIMAX 95 baharu turut serta menghasilkan semburan petrol yang lebih halus untuk menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga. Sekaligus dapat mengurangkan geseran bagi meminimumkan kehilangan tenaga dan seterusnya memberikan penjimatan petrol yang lebih baik.

primax 95

Kalau sepanjang perjalanan ikut lebuhraya je tak syok la kan? Kenalah masuk jalan kampung sikit untuk merasai sendiri prestasi optimum PRIMAX 95 baharu ini. Konvoi “Experience To Believe” ini membawa kami menikmati pemandangan indah selepas mengambil exit Bukit Tagar. Walaupun jalan kampung dan berselekoh, enjin kereta Abang Nara tetap bertenaga sepanjang perjalanan. Tak ada sebarang perbezaan. Itulah kehebatan PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula ini.
primax 95 Keluar daripada jalan kampung, kami telah memasuki lebuhraya kembali. Kami dibenarkan memandu laju sedikit untuk merasai kuasa pecutan. Memang lancar. Seperti yang dikatakan, Abang Nara memang sejak dulu guna minyak PETRONAS. Memang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan lebih-lebih lagi bab penjimatan. Sememangnya dengan minyak PRIMAX 95 baharu ini kereta Abang Nara boleh pergi lebih jauh. Itu memang satu kelebihan yang Abang Nara rasai sejak dulu lagi.

primax 95 Selepas hampir 3 jam pemanduan, kami tiba jua ke destinasi iaitu Restoran Indulgence di Ipoh. Tengok tue Abang Nara buat ‘thumbs up’. Memang sangat-sangat puas hati dengan prestasi PRIMAX 95 baharu dengan Advanced Energy Formula. Rata-rata rakan media lain pun amat gembira. Kebanyakannya juga seperti Abang Nara yang merupakan pengguna setia PETRONAS. Orang kata kalau sekali dah rasa kehebatannya, memang akan terus setia guna sampai bila-bila lah.

primax 95 Selepas selesai makan tengah hari, kami pun bersiap sedia untuk berangkat pulang. Seperti biasa kenalah ambil gambar kumpulan dulu. Semuanya puas hati dengan perjalanan pergi yang telah melalui jalan kampung dan lebuhraya tadi. Untuk perjalanan pulang pula, kami hanya akan melalui lebuhraya sahaja. Inilah peluang untuk menekan pedal minyak untuk rasai sendiri kelebihan PRIMAX 95 baharu ini. Memang laju dan pantas. 2 jam setengah je dah sampai di Publika. Terus kami diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada jurutera minyak PETRONAS.
primax 95 Banyak soalan-soalan menarik dikemukakan oleh mereka yang mengikuti konvoi “Experience To Believe” in. Kesemuanya dijawab dengan tenang dan penuh terperinci oleh jurutera minyak PETRONAS yang bernama Mohd Hafiz ini. Secara peribadi, kesimpulan yang Abang Nara boleh lakukan selepas mengikuti konvoi ini ialah PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula ini memang merupakan minyak terbaik yang boleh digunakan untuk kenderaan anda. Kalau anda belum cuba, silalah bawa kenderaan anda ke stesen minyak PETRONAS berhampiran dan rasai sendiri perbezaannya. Anda pasti akan kagum.
primax 95 Abang Nara dah pun mengalami kecekapan baharu dengan PETRONAS PRIMAX 95. Anda bila lagi? Maklumat lanjut jangan lupa layari www.primax.my.

Written by AbangNara | December 4th, 2014

Zaman muda-muda dulu, Fauziah Latiff ini merupakan salah seorang selebriti yang membuatkan Abang Nara tak tidur malam. Wajahnya yang penuh tenang, mulus dan jelita memang memukau sesiapa sahaja yang memandang. Terasa macam angau pun ada juga. Kini berusia 44 tahun, Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin buat kali kedua pada tahun depan.

fauziah latiff kahwin

Jee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan telah berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Bercakap mengenai perkahwinan keduanya, Jee mengakui berdebar-debar. Kata Jee:-

Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami

fauziah latiff kahwin

Anak-anak Jee pun dah besar dan dah pandai menjaga diri sendiri. Memang sesuai sangat untuk penyanyi ini berkahwin sekali lagi. Orang kata, mencari kebahagiaan sendiri. Lama juga Jee hidup sebagai seorang ibu tunggal. Lepas ini ada suami pasti lebih bahagia. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin. Sumber Mstar Online.

Page 32 of 37« First...1020...3031323334...Last »